Assalamualaikum wbt
Finally setelah setahunnnnnnnnnnnnn lamanyaaa plan nak jumpa dengan Mok, finallyyyyyy ~ semalam merupankan harinya! Hahahhaha
Dengan Athina, tapi kami panggil dia Mok jeee ahhaha |
Dulu masa dekat Degree dulu, dialaaa yang selalu dan rajinnnnnn bawak aku p makan tempat makan yang best-best. Habis kelas je, dia akan cakap "Jom Mai, kita g makan" Bila teringat balik macam mana kitorang boleh kenal, kelakar pulak. Masa tu nak cari member untuk buat pairing group assignment Organization Behavior dan aku pulak tak ada member. Sekali aku tengok dia dekat sebelah aku, aku terus cakap "jom kita dua orang nak?" and she accepted and the rest is history hahaha
Antara mereka yang menceriakan hari-hari aku semasa Degree hihihi |
Dengan diorang ni, kitorang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila makan makan dan makan! Kalau ada tempat best yang nak makan, jommmmm! Lepas tu kitorang memang suka gila main bowlingg. Boleh dikatakan every week mesti akan main bowling hahaha Weh rinduu pulak dekat diorang nie
So alkisahnyaaa, aku dengan Mok ni tak adalah contact hari hari sangat tapi tiap kali contact mesti akan "Weh jom jumpaaa!" Everytime yeee, everytimeeeee! Nak nak masa aku stay Shah Alam, dia mesti akan cakap "Takpee, nanti aku turun Shah Alam, kita jumpaa" Tapi semua itu adalah sembang sahajaaaaa hahaha
Sejak mula-mula aku belajar Master sampai dah habis Master, dah dapat results ; finally semalam dapat pun jumpa! Hahahah lawak weyh. Tu pun macam tetiba jeee "Haa tu lah, esok konfem aku p turun KL. Aku amik kau" Terus macam yasssssssss! Sebab apa? Sebab misi kitorang adalah untuk makan dan food hunting
Kawan yang baik adalah kawan yang tolong tunaikan kawan dia mengidam nak makan apa hahahha |
Lepas Mok amik aku, kitorang sesat-sesat dekat area Plaza Sentral, KL Sentral dan Mercu UEM tue. Hahahha entah papeeee je sebab kes tak tahu nak cari jalan keluar tapii tak nak Waze sebab tak tahu nak p mana. So end up, kitorang p area Selangor Mansion ; nak try roti canai yang Mok cakap sedap so pergilah kamii
Sampai-sampai je, orang dah tak makan roti canai sebab masa tue dah waktu lunch hour. Lepas tu ramai gilaaaaaaaaa orang masa tue so dengan kecewanyaaa kitorang macam takpelah, kita makan tempat lainn
Plan nak p Kampung Bharu tapi entah macam mana entah, dekat traffic light simpang mana, kitorang terjumpa satu kedai Nasi Padang hahahhahaha so kitorang terus masuk kedai tue dan makan. Bagi aku not bad laaa Nasi Padang diaa. Tapi sayangnyaa lauk dah banyak habis Y.Y sebab lunch hour kann huhu
So lepas tu gerak pulak ke Kampung Bharu. Kitorang beli apa? Hahahhaha
Mangga susu! |
Main tarammmmmmmmmmmm jee singgah mana-mana gerai dekat Kg Baru tu and terus macam "Bangg, nak mangga susu satu!" Tapi abang tu cakap "Mangga habis dik!" Kecewaaa. Tapi lepas tu cari lagi dekat area-area tu and finally dapat pun!
Oh myyy ~ bestnya weyhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Sedap dan lemak lemak je rasa dia. Hahahhaa Harganya RM 5. Puas hati! Memang sesuai untuk minum bila tengah haus hihih
Lepas tu kitorang stuck dekat traffic light mana entah dekat Kg Baru tue. Tengah stuck tu, tetiba pulak terjumpa kedai apam balik. Hahahah apa lagi, gigih turun semata nak beli apam balikk!
Apam balik RM 3.20 untuk 4 keping |
Weh sedap kot apam balik nie. Sambil borak borak sambil mulut kunyah apam balik dengan jammed lagi. Hahah siap alas surat khabar lagi dalam kereta sebab tak nak bagi apam balik tumpahh.
So ke manakah ke kita? Kami p Bangsar Shopping Centre pulakk. Al kisahnyaaa kitorang nak p MOMA. Sebab tengok dekat IG diaa, masha Allah ~ sedapnyaaa cake cake diaa! Sekali pergi, oh bukan rupanyaaa. Bukan cafe tapi dia more kepada nak bagi cakeee or chocolate as present. Lawa-lawa okayyy dia punya decoration dan boxes yang diorang guna. So kalau sesape ada niat nak bagi hadiah, hantaran, aku recommendkan korang p dekat MOMA ni atau p IG diorang ; momaklifestyle
Duk jalan-jalan dalam BSC tu, kitorang boleh pulak terbeliiiiiii chocolatee durian Hahahahah weyh. Aku dah lah tak makan durian (one facts about me) tetibaaa makan chocolate yang ada perisa durian, tetiba rasa pelik jeee tapi sedap weyh! Hahahhaha inti dia lembut lembut je, macam durian!
Durian chocolateee! |
Sape nak cakee? |
Tepak sirih |
Lawa okay tepak sirih yang di hias nie. Aku rasa kan kalau ada sesiapa yang memang nak cari hadiah atau buat hantaran, korang boleh survey dekat sini. Sebab memang lawaaa. Diorang buat wrapping yang sangat cantik, dengan dalam boxes yang mewah dan ribbon yang lawa-lawa. Nice weyh
Alang-alang dah ada dekat Bangsar, kami p mana? Of courselaaa Dip n Dip! Hahahhaha Yeayy ~ siapaa tak suka makan chocolate kan?
Dip Crispies |
Chocolate Molten Cake |
Ada kawan aku tanya, aku pakai apaa muka glowing ni? Of courselah jawapannya adalah sebab Erlandea Glow Sukinker! |
Dekat Dip n Dip ni, aku dengan Mok lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila lepakk! Kitorang borak pasal semua benda, kitoranggg update dengan cerita memasing. Kelakar je memasing. Tapi aku rasa kalau kitorang semuaaa dapat berkumpul mesti best. Sebab semua orang kelakar.
Lepas Maghrib, kitorangggggggggg nak pergii Little Rara Thai Noodles.
Macam mana nak pergi Little Rara Thai Noodles? Okay macam nie. Korang Waze je Paramount Club, sebab kedai dia dekat car parking club nie. Tapi masalahnyaaaaaaa, harga parking nya RM 15 tauu! So pandai-pandai lah korang nak parking kereta dekat dalam club tu atau nak parking dekat luar je.
Oh ya, kedai dia bukak dari petang sampai malam je. Datang lambat, habisssss korang kena masuk dalam waiting list hihihi. Kebetulan aku dengan Mok pergi, orang tak ramai masa tue. Terus dapat tempat duduk
So apa yang best dekat sini? Nah tengok menu Little Rara Thai Boat Noodles bawah nie
Menu Thai Boat Noodles |
Daging yang sedang dibakar |
Kedai dia. Apa laaaa camera aku nie silau dengan lampu -.- |
Kedai dia, simple je hihi |
So kitorang order apa?
Nasi Pad Ka Praw RM 8.00 OH MY! Sedap gilaaaaaaa! Kalau sesape yang suka pedas, memang yang ni recommended! Sangat sedap, serius tak tipu! |
Ayam dengan pulut. Ayam dia rangup gilaaa! Harga lupa hahaha |
Daging bakar. Harga RM 12. Pun sedapp! Sos cicah dia pedas gilaaaa |
Aku dengan Mok tak order pulak boat noodles dengan omelette seafood. Dah balik baru rasa alaa macam menyesal sebab tak order Hahahhaah takpelah, next time kalau sesiapa yang nak datang, meh ajak aku hihih
Tips aku ; datang awal tau! Kalau tak korang kena beratur untuk tunggu. Parking luar kalau nak jimat duit parking. Portion dia tak adalah banyak sangat tapi okay lah ~ Bagi aku, puas hati sebab memang sedap! Korang boleh tengok IG dia : Little Rara Thai Noodle House
So lepas tu kami p mana? Yeaaaa ~ kami p Danau Kota. Sebab masa tu aim nak p dekat food stall dekat belakang tuu. Hahahah ya Allah ~ kerjanyaa memang nak makan je!
Tapi kitorang p awal sangat so banyak kedai macam baru nak bukak. Tapi tak kisah ~ sebab finallyyyyyyy aku dapat pun makan Pau Cendawan! Hari tu kan kecoh-kecoh masa bulan puasa pasal pau ni kan? So yeayy dapat pun makan hahahhaha Suka pulak aku
Satu pau harganya RM 3.50 |
Lepas tu, kitorang jalan-jalan pusing dekat Danau tue. Ingat nak cari aiskrim hydrogen tu, yang keluar asap-asap dekat mulut tue tapi tak jumpa pulak. Samada tak jumpa atau diorang tak bukak lagi hihihi
Dah sampai Danau kan, so harushlah cuci cuci mata. Tapi tak beli apa pun sebab kitorang macam jalan-jalan je sambil borak-borak
Perempuan mana yang tak seronok tengok benda nie? Hahhaha |
Lepas dah penat pusing, kitorang nak balik. Tapi before balik, aku dengan Mok p beli sate ikann kuah merah tue atau orang panggil Lok Ching! Hahahah Mok pulak beli sosej pulut tu. Balik rumah aku dan makan!
Makan depan TV pukul 1 pagi |
Sambil makan ni, kitorang tengok cerita pasal makanan jugak Hahahha Kitorang tengok My Kitchen Rules 7. Tahniah Tasia dan Grace sebab menang! Tengok TV pun masih lagi berkisarkan pasal makanan hahahhaha
So esok petangnyaaa, Mok pun balik ke Serembann, Tu pun puas aku tahan dia supayaa stay lagi rumah aku sebab dah lama tak jumpa kan hahahaha
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa seharian asyik makan makan dan makan jeee. Aku suka betul p tempat makan-makan ni. Atleast makan sikit pun takpee asalkan dapat rasa kan? Takpelah ~ asalkan hati gembira hahahha
Harap-harap bakal pasangan aku nanti adalah sorang yang sama macam aku, boleh bawak aku p try makan-makan dan jalan-jalan, suka try makan-makan ni, suka jalan-jalan merata tempat ; tak kisah tempat mewah atau tempat biasa, suka adventure p tempat-tempat baru. Barulah rasa ada nikmat hidup! Ye dok? hihihi
0 comments