2013 Taught Me ;

by - Wednesday, January 01, 2014

Assalamualaikum

Its almost 4 am in the morning and I'm sitting alone in my room, thinking what have 2013 taught me. What can I said is 2013 is quite a tough year for me


 Mac 2013, aku baru mulakan perjalanan hidup aku as a degree student. Degree ni memang lain sangat dengan zaman Diploma aku. I dont really have enough time for myself to update my blog hehe. Sejak masuk Degree, nahh kosong sebab aku memang tak ada masa yang cukup nak update blog. So end up, blog makin senyap U.U


And yes, aku memang culture shock dengan life dekat tengah-tengah bandar ni, UiTM Shah Alam. Aku memang amik masa yang agak lama jugak lah nak adapt dengan semua ni tapi slowly, sekarang aku dah okay dah :) Alhamdulillah. Cuma its not an easy journey for me to face all the thoughts, alone


Alone? Sebab aku rasa macam kena menghadapi dan kenal dengan orang-orang baru yang tak pernah aku kenal rapat sebelum ni. By hook or crook, memang kena kenal and start dari A dari semua benda. First night aku dekat Shah Alam, aku call kawan aku yang jauh di Sarawak and bercerita dengan dia. Susah. Susah. Susah


But now, aku dah sayang mereka semua dan merekalah pil kegembiraan, pil kedukaan dan mereka yang melayan karut mengarut aku. I love you all, with all my hearts. Never thought that we gonna close like this

The one who I knew they love me but didnt show to me HAHA

My other part :)

At the same time, something happen to me. Pasal hati dan perasaan. You know what I mean kan? Susah, pedih dan sakit. Semua dalam satu perasaan yang sama and the worst part is, it happen right before my final examination. Now, its just a memory, a lesson to me as well. I dont know who is wrong and who is right tapi biarlah, let gone by gone kan?


Tapi sekarang baru aku tahu apa itu rasa dendam. I always thought "macam mana perasaan dendam ni", "apa rasa dia?" dan disebabkan that so-called-something-happen tu, aku dah tahu apa itu dendam. Ya, mula-mula memang dendam tapi lama-lama aku terfikir "tak ada guna aku nak dendam" so yeah ~ aku let go and Alhamdulillah, I'm getting a new perspectives of life today and as well as got lesson for myself ; never trust people too easy, Mysara


But all the tough journey during the first semester as a Degree student paid off when I got Dekan. Even not as high as my expectation tapi aku tetap bersyukur. Sebab dalam aku duk patah hati, aku dapat come out dengan results yang cemerlang. Alhamdulillah


September 2013, new semester. Jujur aku cakap, semester ini adalah sem yang paling penat bagi aku sebab aku involve dengan banyak benda dan handle event itu, create banners and posters, meeting tu meeting ni. Tak nak cakap banyak tapi yeah ~ penat sangat tapi aku enjoy


Dalam masa yang sama, aku masuk kelas baru, dengan kawan-kawan baru lagi tapi kali ini aku dah get ready dari segi fizikal dan mental dan Alhamdulillah, everything is went well dan aku dapat kenal dengan ramai orang dan semuanya baik dengan aku. Syukur alhamdulillah, 
My awesome new classmates! :D
Batchmates :)

Study? HAHA Currently I'm in the middle of final examination and right now I'm updating my blog. Tadi masa sambutan new year, aku just tengok fireworks dari kolej je dengan budak-budak yang lain. Aku tak pernah sambut new year #fact


Tapi apa yang paling manis and the best moments sepanjang tahun 2013 adalah aku berjaya tamatkan dan graduate Diploma in Public Administration. Alhamdulillah. Sangat manis dan akan tetap dalam hati aku sampai bila-bila. Seriously, zaman Diploma adalah zaman paling manis dan sangat enjoy sepanjang aku hidup haha :D
Diploma In Public Administration, Alhamdulillah :)
Dan penutup pada tahun 2013, aku masih seorang diri dengan keadaan overthinking aku yang tak habis-habis dan masih sedih. Sedih dengan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan apa yang akan berlaku pada hari-hari akan mendatang


Aku cuma mengharapkan tahun 2014 ni adalah tahun gembira aku. Tahun di mana aku dah tak menangis, tahun aku enjoy dengan life aku, tahun aku dipermudahkan semua urusan dunia akhirat aku, tahun aku dengan family dan kawan-kawan. 


And I do really hope that 2014 gonna make my heart happier than before. You know what I mean. Penat sebenarnya bila kita simpan perasaan seorang diri tanpa diketahui apa perasaan di pihak sebelah sana hanya kerana kita malu dan tak jujur dengan pihak sana. I do really hope something good is really gonna happen this year, Insyallah


Dan aku paling harap, aku dapat menjadi hamba Allah yang istiqamah dalam melakukan ibadatnya. Berubah memang senang cuma untuk kekal dalam perubahan itu adalah sangat mencabar. Itu yang aku sedang mencuba. Orang memang tak nampak tapi aku tahu apa yang aku sedang lalui, dari luaran dan dalaman. 


Dan apa yang aku cuba praktikkan setiap hari adalah untuk jadi better person than yesterday. Better woman, better friend, better partner to my future partner, better daughter, better person etc.  Cuba utk lebih sabar, tenang, lemah lembut dan jadi ayu sikit haha :D Yeah, dah nak masuk 22 tahun dah, kenalah jaga diri baik-baik. 


After all this year, 2013 memang mencabar bagi aku. Too much to say tapi aku simplify kan jadi macam ni, cukuplah. Tapi aku bersyukur sebab dari semua kesakitan dan kepedihan yang aku dapat tu, Allah bagi something yang manis dan baik untuk aku. 


Sebab aku percaya, dalam hidup nie Allah takkan bagi kau dugaan kalau kau tak mampu hadapinya. Allah bagi kau ujian sebab Dia tahu kau mampu hadapi dan so do I. Allah sedang berbicara dengan kamu bila Dia turunkan ujian sebab Dia rindukan rintihan dari kamu, maka pergilah kamu mengadu kepada Dia. Dia tak pernah jemu mendengar cerita kamu



I really hope 2014 gonna make my life happier than before, Insyallah amin!


 

You May Also Like

0 comments