[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, August 03, 2013

1st Time Dapat Result Final Exam Degree :)

Assalamualaikum



Well ~ start 3hb Ogos, budak-budak Degree UiTM dah boleh cek results mereka. As for me, aku ingatkan dalam pukul 2 pagi tu dah boleh cek dekat email dah sebab selalunya masa diploma pukul 2 pagi adalah waktu aku untuk cek results HAHA :D


Eh tapi bila aku cek, tak ada email lagi. So aku pun chatting dengan kawan-kawan aku. Dalam pukul 3.45 pagi macam tue, aku cek dan here it goes :)


My results :)


Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah. Aku rasa macam nak menangis masa tengok results nie HAHA :D Ya Allah! Sape tak happy weyh?! 


Walaupun pointer aku tak adalah tinggi sangat, aku tak kisah sebab asalkan aku dekan :) Yang tu pun aku dah cukup syukur sangat-sangat! Alhamdulillah! :D Wiwiwiwiwiiw happynya! :D

Apa yang kitorang buat dalam kelas -.-

Dalam kelas Law :) Hehe

Terima kasih mama ayah Hakim. Sebab selalu dengar leteren aku pasal "Degree ni payahlah" tapi berkat doa mama ayah Hakim, Sara dapat buat :) Masa final ari tue, Sara sakit kepala teruk dan demam yang macam nak demam tak nak demam, Mama Ayah sanggup turun Shah Alam lepas tu bagi Nasi Ayam. HAHA :D Yeayy! Terima kasih mama ayah! :*


Hakim, yang banyak bagi semangat dekat aku :) You know what kan? Terima kasih adikkku! Tshirt Superman aku ada beli, ada dalam almari baju aku. Kau amik je okay nanti? HAHA :D


Kepada kawan-kawan, ahh yang ni memang tak boleh nak tinggalkan :) Korang memang terbaik! Sebab bagi aku support, tarik aku masa aku betul-betul dah jatuh then sedarkan aku. Lepas tu lepak dekat library sampai Subuh dan gelak-gelak dekat library macam library tu pasar minggu je! HAHA :D Lepas tu kita makan sama-sama, share cake sama-sama masa birthday Zura! Dengan Geng-geng Benchmark pah cerohh ~ :D Ya Allah, terima kasih korang! Rasa nak hug semua orang! HAHA :D

Terima kasih sebab buat lawak-lawak, bertukar-tukar pendapat
dan tolong belikan makanan utk sahur kitorang hari tue! HAHAHA :D

Terima kasih sebab selalu gelak bila dengar lawak aku, dengar cerita-cerita
mengarut aku, dengar luahan hati aku yang berduka lara ini HAHA :D
Bukak sem ni aku nak makan chicken chop PKNS okay? Tak ada alasan dah!


Aku sebenarnya rasa happy dengan results aku nie :) Sebab aku jawab paper final dengan keadaan kesihatan aku bukan dalam tiptop. Oh ya, terima kasih jugak dekat roomate aku, Farhana sebab dia memang tolong aku sepanjang aku roomate dengan dia. Kejut aku bangun tidur, stay up sama-sama, makan sama-sama. Hmm rindu pulak dekat roomate aku nie. Terima kasih Ana! :D Harap awak baca tau?


Dan aku baru sedar yang aku jawab paper final baru-baru ni dengan keadaan emosi aku tak stabil, hati dan perasaan aku tengah tak betul tapi Alhamdulillah, benda tu macam tak jejaskan aku sangat :) Syukur. Aku tak sedar pun pasal benda ni sampailah kawan aku cakap "terrorlah kau dalam keadaan tertekan hari tu, jawab final lepas tu dapat results macam nie" Aku macam, eh? Ohh ~ aku baru sedar :)


Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang kau berikan ini :) Terima kasih, terima kasih!


Tahniah dekat semua kawan-kawan aku yang dapat Dekan. Wah wah ~ aku rasa semua kawan-kawan aku yang satu batch dengan aku dekat Shah Alam, mostly dapat Dekan semuanya. Wah wah ! Hebat tau kawan-kawan aku ni :) Tak kisahlah korang dari kampus mana dulu masa Diploma, sebab sekarang ni kita semua dah satu batch! :D


Okay now looking forward nak kutip duit raya banyak-banyak dari semua orang sebab aku dapat Dekan! HAHA :D Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts