Assalamualaikum
Haaa ~ tak menjadi langsung kempen 'Satu Hari Satu Entry' aku tue. Takpelah, kita proceed je lah berapa entry dalam setahun untuk tahun ini -.-
So alkisahnya, aku balik secara mengejut untuk minggu ini atas sebab sebab tertentu. Sampai je dekat KL, aku terus ke AEON Setiawangsa sebab ada benda nak cari dekat situ. Tapi barang yang aku nak cari tak ada so pusing pusing je lah dalam tu. Window shopping lah katakann ~ tapi aku rasa happylah sikit sebab dapat tengok benda-benda cantik, cuci-cuci mata :)
Rasa hilang stress tengok benda comel, seperti ini contohnya hehe :) |
Sekalikannnnnnn, aku ternampak lah kawasan games yang kena bayar guna token tu. Pergh ~ penuh dengan budak budak je tapi aku pedulikk hapeee. Masuk je dalam tu dan tengok budak budak tue main kekekek ~ Bayangkan akak yang berumur 20-an ni bagi sokongan dekat budakbudak lelaki yang main game tembak-tembak
Ya you olss, percayalah. Aku suh diorang tembak tepat kena sasaran tapi haram nak kena sebab diorang main randomly tembak je lepas tu mati. Aish ~ sakit pulak hati aku -.- Main tu biarlah betul betul dikk!
Game ni lah diorang main tak betul -.- Sakit hati pulak aku tengok |
Budak ni memang enjoy himself lah main sorang sorang |
Macam nak main game kereta tapii tak syok lah kot ~ |
So end up, aku pergi beli token RM20 hahahah hamik kauu ~ lepas tu aku terus aim satu game tembak-tembak nie. Ya Allah, aku rasa seronok sangat dapat main game tembak tembak tue! Macam lepas stress aku. Hello, mau dah sampai stage 3 kot aku lepas main game tembak tembak tue! Satu stage ada 3 arena. So korang fikirlah sendiri betapa banyaknya level aku dah lepas heheh :)
Sekali bila aku nak proceed sebab dah mati, token aku dah habis padahal aku ada 2 arena lagi nak complete full main game tue. Stress pulak aku tapi aku rasa puas dah lah sebab dapat main game tembak tembak tue.
Paling kelakar, bila aku duk main ada budak budak kecik yang ralit tengok aku main game tembak tembak. Hahaha comel je awak ni semua tengok akak main game ye? Haha mesti pelik aku perempuan, dah besar duk asyik main game tembak tembak diorang hahaha siap cakap "hah kak, tembak tu! Belakang tu kak!" Dah lah semuanya tinggi takat takat pinggang aku je hahahah comel lah awak semua ni!
Tapi on the top of that, aku rasa happy sangat sebab dapat spend time dengan budak budak kecik tue. Tak tahulah kenapa tapi rasa macam happy yang tak dapat diungkapkan. Tengok diorang main game, bagi support dekat diorang and bagi jeles dekat diorang sebab aku take over game diorang kekekek ~
Dipendekkan cerita, semalam aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebab kebetulan aku kena stay rumah sorang sorang, so aku mintak Fatin Liyana drop aku dekat situ. Parents aku pulak tak ada sebab pergi keluar. Jadinya, dari pukul 12 tengahari sampai pukul 6 aku duduk dekat PWTC tue
So ceritanya, aku bahagia lah dapat tengok buku buku, cuci mata kenn ~ paling best tengok orang ramai dengan keluarga, karenah anak anak, dengan pakwe makwe masing-masing. Ambui ~ bahagia tau. Aku? Aku sorang sorang je lah jalan dekat PWTC tu and I'm okay jee hehehe
And on the top of that, setelah aku pergi ke Pesta Buku setiap tahun dan tak jumpa writer, finally tadi aku jumpa jugak dengan Adi Wafi! Yeayy ~ dia ni penulis puisi dan aku baca puisi dia dah lama dah. Dia ada release buku puisi baru dia, #SampaiWaktu after publishkan buku #Rahsia2Pria dengan Mosyuki Borhan.
Err ~ motif hashtag? Suka hati lah ~
Bersama Adi Wafi. I'm the first person yang mintak autograph dia hehe :) |
Tak sampai rumah lagi, dah baca dah -.- |
So ini buku yang aku rembat.. Buku-buku yang lain aku dah ada kekeke ~ Opss ~ untuk lihat sahaja, bukan untuk pinjam! cause I've OCD with books. Apa tu OCD? Baca SINI |
So puas hati lah jugak. Sementara tunggu parents aku amik aku, aku lepak dan borak borak dengan budak sekolah yang kebetulan buat trip ke Pesta Buku nie. Masing masing sibuk tanya life dekat U macam mana so aku pun apa lagi, ceritalah itu ini based on pengalaman aku sendiri :)
Masing masing seronok dan semangat nak masuk U. Hehe ;) Seronok pulak aku tengok dan cikgu diorang perhatikan aku je bila aku cerita pasal U hehehe. Before diorang nak balik, diorang salam aku. Haihlah adik adik semua, jaga diri baik baik dan belajar rajin rajin ye! Adik adik tu dari Sek Men Keb Agama Slim River :)
I dont know why. Aku boleh dikatakan dalam level stress dan risau sekarang ni tapi bila aku buat apa yang aku suka ; tengok barang barang comel, layan budakbudak, main games, pergi tengok dan beli buku-buku, cerita dekat budakbudak - aku jadi sangat happy. Yup, aku sangat happy dan aku rasa aku dah release stress sikit
Sebab apa ni kak stress stress nie?
Nah ~ ni sebabnya, midterm test minggu lepas yang study last minute. Tahniah untuk diri sendiri
Berpinor-pinor mata aku @.@ |