I'm Most Likely Suffering OCD. Apa itu OCD?

by - Thursday, August 01, 2013

Assalamualaikum


Okay. Aku tak tahulah samada orang tahu ke tak aku ada satu perangai di mana aku sangat-sangat teliti dalam buat kerja. Nak kata aku nak perfect 100% pun tak jugak sebab kadang-kadang aku pun macam cincai boncai je tapi aku nak benda tu nampak kemas, bersih, nampak lawa dan cantik di pemandangan.

Slide presentation aku ; mesti nak kena nampak kemas dan teratur

Contoh ; aku tak boleh tengok tandas kotor HAHA :D Sebab kalau tandas kotor, aku akan macam ada satu feeling "Eii mana berus sabut nie?! Kang aku sental-sental jugak lantai dengan dinding nie" Lepas tu aku tak boleh tengok baju-baju yang berlonggok atas lantai, getah paip or sabun yang bersepah.Tak percaya? Boleh tengok entry yang INI


Lepas tu aku tak boleh tengok dapur yang kotor dan tak kemas dan berselerak macam dengan pelbagai jenis sisa makanan, peralatan dapur yang tak susun dengan betul dan yess aku memang pantang dengan lantai dapur yang ada basah dan licin, melekit kecuali kau baru habis mop lantailah. Tu pun aku akan pasang kipas laju-laju sebab nak suruh lantai cepat kering. Sangat pantang. Tak boleh. Cannot. Okay dah cukup? 


Lepas tu aku memang tak boleh nak tengok buku-buku dah lunyai, lepas tu ada conteng-conteng dan berlipat. Ya Allah ~ even lunyai sikit pun aku dah macam nak nangis sebab aku tahu, buku adalah ilmu dan benda ni sangat penting untuk kita jaga, bukan sahaja untuk kita guna masa sekarang tapi jugak untuk kita guna pada masa-masa yang akan datang. Dan aku akan susun buku-buku tu dengan elok dan kemas di almari buku aku


Kecuali buku yang aku belajar, aku memang suka lunyai-lunyai kan dia, conteng-conteng dia dan highlight kan apa yang aku rasa penting. Sebab when it comes to study ; buku yang lunyai, conteng dan penuh dengan highlight adalah buku yang aku anggap aku dah belajar dan faham. Kalau buku tu bersih, aku rasa susah hati sebab aku tahu aku tak belajar lagi. See? Thats me

Buku aku. Puas hati penuh dengan conteng-conteng macam nie

Sebab tu kalau ada kawan-kawan aku yang nak pinjam buku-buku yang aku beli, aku macam berat hati sangat-sangat nak bagi. Sebab aku tahu, tak ramai orang yang mempunyai perangai macam aku nie. Aku kalau sudah baca buku, buku tu still nampak macam buku baru lagi. 


Kalau aku jual pun, orang masih percaya tu buku yang baru keluar dari kedai. Tapi ada ke orang yang macam aku ; yang jaga buku macam aku jaga? Sepanjang aku hidup nie, lepas aku kasi buku dekat orang pinjam, aku akan sedih dan kecewa sorang-sorang. Even nak lipat helaian kertas untuk tanda dekat mana aku baca punnnnnnn aku tak sanggup tau?


Lepas tu, before aku nak keluar rumah untuk holiday ke atau just nak pergi ke bandar, aku akan selalunya macam double cek semua suis kipas, lampu dan especially susi iron sebab kalau tak, dalam perjalanan tu aku akan macam "Eh aku dah tutup ke tak tadi eh?" Kalau nak pergi travel jauh-jauh, masuk je dalam kereta dan ayah aku nak start drive, aku akan menjerit "Jap jap ayah! Nak cek jap!" Dan aku akan cek lah IC aku, beg duit aku, HP aku dan semua benda-benda yang penting akan zazzz zazz bermain dalam otak aku. This is Mysara Newrie

Aku sanggup lakarkan planning aku dengan kawan-kawan
masa nak hangout sebelum cuti sem lepas

Okay dah cukup. Tu adalah contoh-contoh yang aku boleh bagi di mana certain things yang aku sangat-sangat pantang. Okay. Aku ingatkan benda ni normal sampailah satu tahap di mana aku tengok dekat Instgram Fynn Jamal. Oh Kak Fynn pun ada perangai macam aku rupanya


Kak Fynn ada mentiol pasal OCD ; Obsessive Compulsive Disorder. Ini bukan macam penyakit yang serius tapi kalau dibiarkan, agak bahaya jugak sebab sampai satu tahap yang aku rasa mengarut adalah di mana kau sanggup padam-pasang balik api yang dekat lilin tu sebab kau nak api tu dalam bentuk yang sempurna. Yang ni bukan aku lah, aku bukan sampai tahap yang macam ni hehe


Okaylah. OCD ni atau dalam bahasa Melayunya adalah Kecelaruan Obsesif Kompulsif adalah satu penyakit mental (WHAT?!) menyebabkan pemikiran dan tindakan yang berulang-ulang dan tidak diingini. Kebimbangan adalah salah satu daripada gejala-gejala yang biasa dan menyebabkan seseorang itu percaya jika sesuatu kerja yang tak siap, something bad is gonna happen. Wah wah ~ okaylah, ada sikit macam aku -.-


Ohh patutlah ~ memang dah macam aku nie. So bila dah tahu macam ni kan, aku pun macam yeah amiklah OCD Test. Kalau korang pun ada habit macam aku, saja-saja nak cek kan, bolehlah cek dekat link yang bawah nie




Tapi sebenarnya dekat website yang aku bagi link dekat atas nie, ada banyak lagi test yagn boleh korang nak amik. Contoh macam Depression Test, The Loneliness Quiz. Korang just boleh click Quizzes dekat atas tue dan nahh, pilih je quiz apa yang korang nak. Its a good to know whether you are in a perfect condition or not :)


So hasil dari OCD Test aku tadi tue, heheheheheheh ~

Results OCD

Oh yeahh ~ thats explain a lot to me -.-

 

You May Also Like

6 comments