Kempen Satu Hari Satu Entry ; Mampu Ke Tidak?

By Mysara Newrie - Friday, April 25, 2014

Assalamualaikum

Hai semuaaa! Tetiba macam rasa insaf untuk update blog. Semuanya sebab semalam, kawan aku, Faizah MPP lah semalam! Dia cakap pasal blog aku then suddenly dia tanya aku, 


"Mai tak update blog ke sekarang?"
"Hmm jarang jarang je lah sebab dah busy kan sejak masuk Degree nie"
"Update lah Mai. Kesian dekat followers. Atleast satu hari satu entry pun okay"


Pergh ~ sentap mak jemah kauu ~ terus aku laju menaip wuwuwuwu ~ sedihnya rasa sebab macam dah terabai sangat dah blog aku nie kekekek ~ sorry ye semua :) Tapi aku memang busy punn. Banyak kerjalah kena buat untuk #finalyearDegree nie hmm


So marilah kita semua ; para bloggers sekian untuk jalankan kempen 'Satu Hari Satu Entry' HAHAH Macam hapeeeeeeeeeeeeee je tapi heyy ~ try lah kan? Aku pun tak tahu menjadi ke tak tapi lets give it a try kan :) hehehe


Ni pun sebenarnya aku baru habis midterm test. Pergh pergh ~ midterm test dekat sini memang rasa macam final exam kauu ~ Tak memasal midterm test dah stress macam final hahah :D Tapi yang baiknya midterm adalah masa midterm baru kau faham apa yang dah kau study and atleast kau dah dapat rentak nak study kann ~


Cuba bayangkan kalau tak ada midterm test, terus final? Pergh ~ harunya nak study semua chapter dalam satu malam U.U Tu lah ~ study last minute sangat kannnnn ~

Serabut serabut -.-
Walaupun aku dah habis midterm test, tak bermakna aku boleh bersenang lenang hokkay ~ aku ada kerja, eh eh lagi banyak kerja nak kena buat! Fuh ~ baru nak berseronok-seronok weekend ni, sekaliii kawan aku mengingatkan aku pasal kitorang punya presetation, 2 presentation hokkay ~ Lepas tu dengan research lagi ~ wuwuwuwu 


Sebab tu aku jarang sangat nak update blog. Sebab masa yang ada aku hanya dapat scroll taimline dekat tweet ataupun upload gambar dekat Insta. Eh eh follow lah aku dekat Insta HAHAH

Penat handle event, sampaikan opss tertidur
Dalam aku duk sibuk dengan kerja-kerja dalam kelas, aku pun aktif jugak di luar kelas dengan macam macam event dan kerja kena buat. Buat masa ni, aku adalah JPK Kolej di UiTM Seremban 3 dan juga Exco Bacas iaitu di fakulti aku, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Semuanya aku pegang Exco Publisiti & Multimedia mihmihmihhh ~


So bila dah ada kerja dalam kelas dan luar kelas, ceritanya memang kadang kadang tak menang tangan jugak lah ~ Sebab tu aku tak larat nak update blog sebab macam macam malas dan penat lah ceritanya U.U Kasihanilah diriku ini hahahaha


Hmm tu je lah kot nak update. Memang aku ada banyak cerita nak tulis tapi tu lah ~ kekanganan masa melebihi segalanya. Sebab bila aku dah banyak kerja ni, aku kena utamakan mana yang perlu. Mana yang sampingan tu, aku hold on dulu. Gituuu ~ 


Okay bubye semua! Malam ni nak pergi Pertandingan Tilawah Al-Quran dekat Paroi, Negeri Sembilan pulak! Jomlah! Kita jumpa dekat Paroi ye! Papehal, tweet i olss dulu hahaha. Ambui bajet retis betul kau nie -.-


p/s : kita tengok je lah menjadi ke tak kempen 'Satu Hari Satu Entry' tu -.-

There is someone out there who loves to see you smile :)

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments