Aku Masih Lagi Seorang Pelajar

Saturday, November 08, 2014

Assalamualaikum


Sekarang aku tengah middle in the busy of assignments and presentations. Research aku pun tengah dalam proses untuk buat pilot test. Aku punya report practical training? Pergh ~ tak tahu apa dah nak jadi dengan aku nie sebab asyik duk bertangguh kerja je


Semuanya sebab kes aku rasa sem ni aku lebih seronok involve dengan kerja-kerja persatuan. Dalam kelas pulak, aku macam dengar tak dengar je apa yang lecturer mengajar sebab duk fikir luar kelas je. Macam tak fokus okayy dalam kelas. Ish ish ish ~ 


Tapi nasib baik masa midterm exam hari tu aku dapat jawab soalan walaupunnnnnnnnn aku memang admit aku study last minute. Fuh ~ tapi alhamdulillah aku dapat jawab soalan midterm tue :) So bila aku dah study, aku faham lah apa yang aku belajar sem ni hehehehe


Kiranya aku boleh buat kesimpulan yang aku memang asyik sibuk dengan kerja persatuan dari kelas punya kerja. So memandangkan aku dah bersara dari BACAS so aku memang ada masa lah nak buat semua kerja aku yang selama ini duk bertangguh kannnnnnnn ~


Memandangkan sem ni adalah semester last aku dekat UiTM Seremban, tak lama nanti akan ada pre-grad dinner. Hmm ~ tak tahu nak cakap sebab kadang-kadang aku rasa malu pun ada bila cakap pasal dinner nie. Sebab aku yakin semua orang akan nampak cantikk masa dinner hahahahha tapi aku? alahaii hahahhaha

Malu pulak dah eyhh ~

Entahlah ~ aku tetiba jadi malu pulak bila fikir pasal dinner nanti. Mesti semua orang akan cantik dan handsome, lepas tu semua orang akan pakai make up hahahhaha ya allah ~ aku tersenyum kot bila taip entry ini tapiii dalam masa yang sama aku macam malu hahah entah apa yang nak dmalukan kekekekke


Tapi aku memang looking forward lah kot nak pergi dinner nie. Al maklumlah dinner last dah nie. Dulu masa diploma, setiap sem pergi dinner. Tapi sejak degree ni, tak pernah pergi lagi so sebab tu aku teringin nak pergi. Lagi pun kawan kawan semua pergi, so pergi je lah :)


Apa lagi eyh nak tulis? Tak ada dah kot! Sebab macam semuanya aku akan update dekat Insta aku je. So korang bolehlah cek dekat situ je, malas nak tulis dekat blog nie tapi tak sanggup nak tutup blog ni sebab sayang kekekekek :)

Sekarang ni, mari sama-sama bagi pendapat ; sama ada aku patut sambung belajar ke peringkat Master pulak atau terus bekerja? Dan kalau sambung Master, patut sambung UiTM atau pergi ke U yang lain pula? I need your opinion :)

Have fun you guys!


 

You Might Also Like

0 comments