My Hari Raya :)

Sunday, July 19, 2015

Assalamualaikum


Rasanya tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya semua :) Tak sangka, dah dekat 6 tahun aku berblogging. Walaupun dah jarang update entry dekat blog, tapi yeahh ~ terima kasih ye semua followers :) Wah macam appreciation post pulak dah hahaha


Raya kali ini memang tak meriah. Sebab Wan dah tak ada. Okay kejap. Nak tarik nafas supaya jangan sebak. Tapi sebenarnya sedih jugak. Hari last puasa, kami sekeluarga pergi kubur Wan. Ramai orang dekat kubur masa tue :)


Aku bersihkan kubur Wan dan Tok. Kebetulan kubur mereka sebelah-sebelah je. Hmm ~ sedihnya hanya Allah swt je yang tahu tapi takpelah ~ sabar je lah kan? Kita yang hidup ni mampu sedekahkan Al Fatihah je. 


Well ~ tahun ni memang rumah Wan sunyi je. So kami banyak lepak dekat kampung belah ayah aku, dekat Losong. Lepas sembahyang raya, kami lepak sana sampai petang. Seronok dekat sini sebab semua ada, meriah :) Dan untuk tiga tahun berturut-turut, kitorang pakai baju warna sekali tanpa berjanji! HAHAHAHA

my family belah ayah :D

Well ~ gambar atas ni baru separuhh hokayyyy ~ Ada lagi tapi tak datang lagi hahah so kami ahhh kisah apa, jom amik gambar lagi lagi dan lagi! HAHAHA Tapi macam biasalah, aku lah yang tukang pegang monopod tue hihihi


Susah kami semua nak berkumpul, baik keluarga belah mak aku atau ayah aku sebab memang masing-masing duduk jauh. Penghubung kami ; hanya group whats app je lah :) Lepas tu time Hari Raya, barulahhhhhhhhhhh dapat jumpa semua :)


Tahun ni selain dari soalan "buat apa sekarang nie?", soalan yang paling kerap aku dapat adalah pasal kahwin dan pasangan :) To those who read this, tolong doakan semoga Allah swt mudahkan perjalanan jodoh Mysara Newrie dalam usaha untuk menghalalkan dia ya? Terima kasih! hahaha


Sha and Balqis :)
Sayangnyaaa aku dekat budak dua orang nie :) Petang tadi, memang tak ada orang dekat rumah so apa lagi, aku ajak diorang duduk lepak depan rumah and selfie banyak-banyak sambil suruh diorang pakai wedges memasing hahhahaha Lepas tu dah lenguh, tu yang sambil duduk pun boleh selfie. 


Diorang ni kecik lagi. Belum umur 12 tahun pun lagi! Hahahaha so aku layankan je lah diorang, suruh selfie, suruh tengok gambar, suruh makan ; aku layankan je lah :) Seronok layan budak-budak nie. Diorang jenis simple je, tahu nak happy happy je :) Release stress aku bila layan diorang heheh Aku rasa macam aku jadi budak-budak balik dengan diorang :)

Main bunga apii! :)

Selamat Hari Raya :D
Ni masa malam raya hahaha Lepas berbuka, aku rasa satu kampung duk berperang main mercun ke meriam apa entah -.- Tapi memang bergegar satu rumah hahahah Tapi kitorang mampu main bunga api je :) 


Kalau dulu, main bunga api seronok! Siap nyanyi lagu "Selamat Hari Raya!" tapi sekarang bila nak buat macam tue, dah tak ada feel. Kitorang bakar bunga api lepas tu sibuk "cepatt ambik gambar kitorang sementara bunga api ada lagi niii!" lepas tu, dah. The End of main bunga api


I guess, itulah cara orang besar main bunga api kot? 

Jammed dekat Tol Kuala Terengganu
Masa on the way balik ke Terengganu, Alhamdulilahhh perjalanan kitorang memang lancar je! Tak ada jammed langsung padahal dalam otak aku dah prepared akan jammed dekat Tol Gombak tue -.- Tapi guess what, tak jammed langsung! Kereta memang banyakk tapi semuanya lancar je. Maybe kitorang bertolak time bukan peak hour kot. Kitorang gerak balik Terengganu pukul 2 petang, sampai Terengganu around 9.30 malam macam tue :) Alhamdulillah, 


Tapi bila sampai dekat Tol Kuala Terengganu, dah start jammed sebab tol -.- Dekat dua jam stucked and kitorang berbuka puasa dalam kereta je. Nasib baik mama dah bekalkan siap-siap air, roti dan kurma. Jadilah tu untuk alas perut kan :)

My Bortaks :)
I guess, I miss them so much :) My soulmate, my sisters from the other mother since 2010 :) Pagi raya tue, semua whats app gambar masing-masing hahahah selfie raya katenyaaaaaaa so layankan je lah. Dan disebabkan aku yang edit gambar ni, haruslah gambar aku yang paling besar perimeternya kan? Hahahhaa Semoga Allah swt mudahkan kita berlima untuk berkumpul satu hari nanti :)


Rindu Angie, Faizah Hani dan Lisda . Bilalah agaknya Allah swt nak aturkan pertemuan kita ni?


Selfie raya
Raya kali ini baru ada berani sikit nak pakai shawl :) And aku rasa this is the first time ever kot aku pakai shawl and expose it to others by upload the picture. Korang boleh baca dekat SINI betapaaaaaaa aku tak sukanyaaa nak pakai shawl -.- Tapi tu cerita dah lama, tahun 2011 :) Sekarang dah tahun 2015 hihihi


Semua sebab Echa yang bagi semangat "Kau pakai je shawl!" dan slowly aku dah start suka pakai. Perhaps lepas nie aku kena borong shawl kot? Hahahah


Kadang-kadang, kita kena berubah, keluar dari comfort zone and I'm into that and Alhamdulillah, I think Ive managed to do that. Biarlah orang cakap tak ada beza cause I know myself better :) Moga-moga Allah swt sentiasa dengar doa aku, Insha Allah amin!


 

You Might Also Like

0 comments