Assalamualaikum :)
Aku tak tahu lah kenapa lately ni kan, aku rasa macam nak berubah sikit demi sedikit. Macam mana ehh nak cakap? Hmm ~ korang tanyalah sendiri kawan-kawan aku. Haha :D
Weyhhhhhhhhhhhh ~ Aku bukanlah seornag perempuan yang ayu ayu dan control ayu cun melecun dan lemah lemah gemalai. Bukan aku tue. Aku seorang yang slumber, tak kisah dan open minded.
Tapi sejak aku memikirkan tentang sesuatu ini, aku terdetik dalam otak aku, aku rasa aku kena berubah, luar dan dalam. Tak kisahlah dari segi perhubungan aku dengan Allah, manusia, alam sekitar, haiwan dan juga penampilan. Aku rasa aku kena ubahakn slow slow :)
Dan kebetulan sejak cuti sem ni aku rasa aku dah mula menjinak-jinakkan diri aku kepada sesuatu yang jarang lah aku buat. Apa dia? Yeah betul! Aku pakai shawl -.-
Kawan kawan aku memang duk push aku suh aku pakai shawl tapi bila aku terfikirkan balik dengan perangai aku yang jenis tak boleh duduk diam kan, aku rasa lebih baik aku pakai tudung biasa. Alaaaaaaaaaa ~ Tudung biasa yang tudung bawal tue. Tudung yang macam Ariani tu pun aku tak pernah pakai walaupun kawan-kawan aku cakap senang je pakai tudung tue.
Bagi aku, aku sangatsangat mementingkan keselesaan aku. Biarlah pakai tudung biasa pun tapi kalau aku dah selesa dan suka, so aku teruskan je lah :) Jujurlah aku cakap, aku pernah jugak terlintas nak pakai cantik cantik macam korang semua tapi takpe ~ Aku hold on dulu :)
Nahhhhhhhh ~ Muka aku bila pakai tudung biasa. Senang je, zap zap zapppppp ~ terus siap. Dalam kalangan aku dengan kawan-kawan aku, aku lah yang paling awal siap. Pergi kelas pun dua jam awal. Tu pun kalau korang nak percayalah. Haha :D
Dalam hidup aku, aku sangatsangat mementingkan masa dan paling tak suka menunggu orang dan orang yang tak punctual. Kalau aku cakap pukul 4 maknanya pukul 4 lah. Bukan pukul 4 baru nak bertolak ke apa ke. Tapi ikut mood jugak sebenarnya. Kalau penat, pukul 4.30 aku baru sampai. Haha :D
Tapi kalau waktu kelas, aku memang pantang kalau ada orang kacau masa aku. Time aku nak study, jangan sesape berani kacauu. Kalau tak, aku tak kan tegur orang tu satu minit. Haha ;D Of courselah weyh! Orang nak belajar, ada orang kacau kau. Mau hanginnnnn satu badan kan?
Eh eh ~ Apa kaitan tudung dengan masa nie? HAHA :D
Jenis aku lah kan, aku kan sangatsangat mementingkan masa. So bagi menjimatkan masa aku pakai je lah tudung bawal. Haha :D
Tapi kalau aku pakai shawl ke aku memang amik masa yang lama nak bersiap. Memang lama sebab aku akan pastikan aku belit tudung tu biar betul. Amboi ~ Belit tudung tauu bukan lilit. Haha :D Tercekik lah aku nanti. Haha :D
Ada sekali tu, aku nak pergi mana entah. Aku dah siapsiap dah cuma tinggal nak pakai tudung je. Entah kenapalah aku tetiba mood nak pakai shawl kan? So aku pakai je lah :)
Sekali bila nak pakai tu, aku memang tak puas hati betul lah ~ Asal lah tudung ni senget? Asal tudung ni tak kena? Asal ni weyh? Asal ni?! Arghh ~ Stressnya aku nak pakai shawl! Asyik jatuh jeee -.-
So aku pun apa lagi, zaaaassssssssss terus rembat tudung bawal aku dan tersenyum dekat roomate roomate aku yang dah pelik dah dengan aku. Argh lantak kauu ~ Lantoklah aku penat-penat gosok shawl tu tapi kalau dah tak kena dengan aku, aku rela pakai tudung bawal :)
Eh eh ~ Mintak maaf! Mintak maaf! Aku bukan nak bagi korangkorang yang perempuan ni terasa ke apa ke. Aku cuma bagi pendapat aku je :) Kalau korang suka pakai shawl, takpe. Teruskan jelah. Maybe sesuai dengan korang dan selesa dengan korang kan? Teruskanlah. Plusss lagipun aku suka jugak tengok kawan-kawan aku semuanya lawa-lawa tau bila pakai shawl. Jelesss aku. Haha :D
Sekarang ni tudung dah macam-macam fesyen kan? So terpulanglah kepada korang jenis tudung yang mana yang korang suka pakai dan sesuai dengan korang. Aku bukannya nak kondem ke apa ke, cuma ni adalah apa yang aku rasalah.
Tak kisahlah jenis tudung kita nak pakai apa pun, yang penting niat kita ikhlas kerana Allah swt :)
8 comments