Tak Gadis laaa Kalau Tak Ada Flats, kan? :)

by - Friday, June 03, 2016

Assalamualaikum


Tak gadis lah kalau tak pernah pakai flats kan? *angkat angkat kening*



Flats. Aku rasa atleast dalam sepanjang hayat seorang perempuan, MESTI akan ada flats! Come on. Flats ni memang cantik dan comel kott. Dah lah sesuai nak pakai dengan macam-macam baju. Baju kurung, slack, jeans. You just name it!


Kalau dulu, aku ada tulis pasal flats shoes kannn, now aku nak highlightkan dekat korang pasal tips-tips nak bergaya dengan flats :D Wehuu ! Meh lah cepat cepat tepuk tangan sebab aku nak bagi tips ni. Ingat senang ke seorang Mysara Newrie nak sharing session? wuwuuw hahaha



Bukan apa. Ramadhan dah nak dekat. Aku konfem sekarnag ni ramai gadis-gadis tengah fikir nak beli flats shoes kan? Sebab yelah ~ senang nak pakai dan buat pakai ziarah menziarahi saudara-mara. Lepas tu nak drive lagi kan? Takkan lah nak pakai heels 4 inci tu nokkss hahhahaha Nak nak orang yang kampung jauh macam aku ni haaa -.- Mau dekat 8 jam driving kalau time raya, itupun nasib baik. Nasib tak baik? Mau dekat 16 jam dalam kereta tau! So apa jalan selesai dia? Flats shoes! *sambil angkat sepanduk besar-besar*


So pentingnya untuk ada flats shoes yang sangat selesa dan tak sakit nak digunakan. Bukan setakat sesuai dengan semua baju tapi senang pulak nak pakai bawa kemana-mana. Cuba pakai flats. Konfem tak ada sorang pun kondem kauu. Even nak pergi sawah padi pakai flats, no hal babeee! Cuba pakai heels 4 inci pergi sawah padi, mau sekarung guni kau kena tegur dengan semua orang hahhahah

Eh banyak pulak bebel aku nie. Nah ni dia tips untuk anda kelihatan bergaya dengan flats shoes!




1) Material

Oh my god. This one is so important okay girls! To ensure that korang akan selesa sepanjang hari, haruslah korang kena ada koleksi flats shoes yang diperbuat daripada material yang tidak menyakitkan kaki kann. Cuba kalau material yang tak elok dan keras jeee, Pergh ~ terus bad mood sepanjang hari kan? Terus muka berkerut dan terus orang ingat you all period pain padahal sebenarnya tengah tahan sakit dekat kaki blergh~


You gais kenalah elakkan pakai flats shoes yang terlalu keras sebab ianya boleh buat jari dan kaki korang melecet. Lepas tu tinggal parut. Okayy ni serius tak kelakar. Tak kelakar.


2) Tapak


Hello semuaa, kalau nak beli flats, make sureeeeeeee korang pastikan tapak flats tu tak licin. Ni tak, tengok je comel, terus kau beli tanpa fikirkan kesan kalau jatuh tergelincir nanti. Nauzubillah -.- In case kalau tak jatuh pun, of courselah kaki korang tak selesa nak berjalan sebab macam kaki terkemut-kemut. HAHAHHA Eh faham ke tak? Pernah tak pakai flats tapak licin then nak berjalan pun bukan main payah lagi sebab nak kasi flats tu sentiasa melekat dekat kaki hahahha


See? Nampak tak betapa pentingnya tapak flats yang selesa untuk korangggg berjalan dengan selesa :)


3) Jenis flats shoes


Eh ni penting okay. Tak semua flats shoes sesuai untuk semua occasion. Ada flats shoes yang macam funky funky tu sesuai untuk masa kau santai dengan member-member ke, family trip ke kan? Yelahh, sekarang ni ada banyak jenis flats shoes. Yang jenis kosong, bercorak, berpolka dot, berjalur. Belum cakap pasal warna lagi! Sekarang ni warna flats shoes semuanya nak bright bright colours!


Contohnya, koleksi Oxford Shoes adalah lebihhh sesuai kalua korang padankan dengan pakaian formal untuk ke pejabat. Pleaseeeeeeeee jangan pakai kasut warna warni pergi pejabat! No no no!


Haaa itulah antara tips untuk korang lebih vasss bila pakai flats shoes. Aku boleh katakan yang flats shoes ni ibarat penyelamat kepada semua gadis dan wanita di luar sana yang pentingkan keselesaan dan bergaya pada masa yang sama. So apa lagi? Pergilah cari flats shoes korang yang best!


Haaa?! Tak tahu nak beli dekat mana? Tak sempat nak p beli dekat kedai?


Ish ish korang niii. Jom cuci mata dekat Zalora hahhaha :D


 

You May Also Like

0 comments