[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, August 29, 2016

Majlis Perkahwinan Nadia & Afiq

Assalamualaikum wbt


Sampai-sampai je dekat Concorde Hotel Shah Alam, terus macam "Weyh cantiknyaaa!" Sebab apa? 


Pelaminnyaaaaaaaaaaa, cantikkan?

Tenghari tu aku sampai Shah Alam, balik rumah kejap dan tukar baju sementara tunggu Faizah amik aku. Faizah ni duo terbaik aku sejak dari zaman Diploma hahahhaha Then kitorang amik Abe pulak dekat sebelah Concorde tu dan kitorang gerak sama-sama masuk ke dewan


Lepas dah dapat number meja, terus macam "Haiiii! Korang lamanyaaaaa tak jumpaaaaaaa!" Sebab apa? Hahah sebab dapat jumpa balik my second family masa dekat Degree dulu hahahhaha Of courselah Team Bacas. Bacas ni shortform kepada Bachelor of Administrative Science and Student Society. Dulu masa Degree, aku join lah Bacas dan macam-macam event dekat UITM Seremban dulu, kitorang yang organize dan handle


Dah kalau 24 jam duk menghadap muka yang sama setiap hari, makan tidur minum sembahyang dengan orang yang sama, end up jadi betul-betul rapat dengan budak-budak Bacas. So bila salah seorang dari kami ni dah nak berkahwin, of courselah semua orang nak turun padang! :D Excited kott!


Masa aku dekat Shah Alam dulu, Nadia selalu whatsapp aku "Kak Mai free? Jom jumpa!" kemudian kami akan terus makan makan dan makannnnnnn je sambil berborak dan update dengan cerita masing-masing hahaha Sebab tu masa dia cakap nak kahwin nanti, aku adalah antara orang yang paling happy untuk dia! Hahahha 

Di meja kamii

Aku dan Faizah. Dulu masa Diploma, di mana ada Faizah, di situ ada Mai
Begitulah rapatnya kami waktu dulu hahahhaa

Tunggu punya tunggu, tak lama lepas tu barulah meja kami dah penuh dengan kawan-kawan kami. Ya Allah, seronok jugak dapat kumpul dengan kawan-kawan lepas dah lamaaa habis belajar. Betul lah orang cakap, time majlis kahwin laa ibarat macam reunion sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama lepas tu update masing-masing cerita apa, kerja apa dan tinggal di mana. 

Meja kami tapi Ajip tak nampak pulak hihihi

Pengantin tak sampai lagi
Tak lama lepas tu, ada paluan kompanggg dan masuk lah Nadia dan Afiq. Aku tak ada pulak tangkap gambar diorang sebab ralit duk tengok diorang masuk dewan hahahahah Diorang bersanding kejap then lepas tu apa lagi, makannnn! :D


Makanan sedap! Tu yang penting! Hihi eh chocolate pun sedap jugak! :D

Makanan kamiiii

Bismillahh

Dessert, ice cream cake dan biscotti! 
Lepas dah makan semua, ada tayangan montaj pengantin dan ada persembahan. Lepas tu habis sudah majlisnyaaaaaa


Tapi kitorang tak gerak pun. Stay je dekat dalam dewan sambil sambung makan dan borak hahahhaah Tak lama lepas tu, barulah kitorang ramai-ramai amik gambar dekat pelamin, yang pengantinnya tak ada sebab tengah duduk bergambar dekat photobooth hahahhaha

Dengan Ayunie dan Edy Nuar si kekekeke

Bersama Along dan Faiz, tunangnyaa :) Hahaha ehem, lepas ni
majlis awak pulak yee hahahha

Bersama Ija dan Farah Nabel
Nabel ni pengapit Nadia. Tahniah Farah sbb jadi pengapit berjaya hahahha

Bersama Edy (lagiii?) dan Yaya. Ehem, tak lama jugak nanti mereka nie hahahhahaha

Bersama Shafiq, Ajip dan Ayuniee,
Siapa nak beli kereta atau rumah, boleh call Shafiq
Siapa ada masalah, boleh call Ajip (sebab dia bakal PTD hahhaah)
Siapa nak make up services, boleh call Ayunieee
Baik punyaa aku promote korang! Hahahha

Bersama si cantik Dila dan Pkah, Hailoh, insikeyo aku dengan budak dua orang nie hahaha

Bersama Syer, sanggup tau turun Shah Alam dari Kuching. Hihihi

Dan finally bersama si pengantin, Nadiaaaaaa!
Cantikknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Nadia semalam! Hahahha

Eh tersama warna pulak dengan diorang, Shehati shejiwee shangatttt! hahahha

Bersama Raja Hafiz :) Teringat pulak masa 1st time aku jumpa dia masa interview Bacas dulu hahaha

Bersama Azman, anak jati Johor dia ni hihihi

Selfie ramai-ramai ni wajib 

Selfie dengan pengantinn!

Masa ni tengah bncang nak buat Boomerang hahaha

Masa kitorang nak amik gambar ramai-ramai dengan pengantin, Subhanallah ~ kecohnyaaa. Macam-macam duk bincang nak duduk mana lah, nak buat goyang-goyang badan laa sebab ingatkan nak amik Boomerang (esp Abe dengan Edyy hahhahah) 


Punyalah bising sangat, sampai Faizah tetiba cakapp "Eh ni majlis kahwin orang nie, bukan dinner FSPPP!" Habis semua orang gelakkkk hahahhahahha Aah lah ~ baru teringat ni majlis kahwin Nadia dan Afiq hahahha


Lepas dah XOXO dengan semua orang, aku Faizah Abe Edy dan Yaya lepak dekat Pelita kejap sambil minum-minum. Yelahh ~ mana sempat nak borak borak dekat majlis tadi. Masa ni pun kelakar jugak sebab sambil borak sambil gelak-gelak hahahah


Then before Faizah hantar aku balik, kitorang lepakk berdua dalam kereta dekat tepi tasik Seksyen 7 tu sambil borak-borak pasal masa depan. Banyak benda kitorang ceritaakann, more kepada dilemma dalam diri. Lamaaa tak borak macam tu dengan Faizah. Dulu masa Diploma, kitorang selalu buat macam ni dekat tepi pantai atau bawah kolej Duyung tu before kitorang balik bilik masing-masing


Kepada Nadiatul Herlina dan Afiq, selamat pengantin baruuu! Semoga kekal jodohnya sampai ke akhir hayatt! 


Giliran sape pulak lepas nie? Hihihi



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, August 26, 2016

14 Info Pasal Master Di UITM Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum wbt


Playlist lagu You Dont Own Me -  Lesley Gore


Okay aku percayaaaaaa entry ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang esp kawan-kawan aku! Sebab? Sebab ramaiiiiiii tau yang whatsapp dan DM aku dekat FB tanya pasal macam mana nak sambung Master nie. So untuk memudahkan rujukan masa depan, meh meh aku tulis dekat blog je lah, senang! :D

Suits up everyoneeeeeeeee! 

Marilah berbahagia semua haahha Oh ya, entry ini KHAS untuk mereka yang nak sambung Master di UITM bawah Faculty of Administrative Science and Policy Studies (FSPPP). Kalau sambung Master di bawah faculty lain, Im not sure it is same or not :) Tapi soalan-soalan basic tu adalah aku boleh tolong jawabkan



  • Macam mana nak sambung Master di UITM?
First thing first, korang kenaaaaaaaaaaaaaa selalu rujuk dekat website SINI okay! Di mana? DI SINI. Sebab ini adalah website khas untuk postgraduates students UITM. So dekat sini, diorang akan selalu update pasal intake bila, registration bila etc. So pendek kata, memang dekat website ni je lah okay? Offer letter pun diorang akan bagi dekat sini je, just masukkan IC korang je

Masa register Master tahun lepas

Based on experience aku, before study week final semester aku di UITM masa Degree, aku dah beli pin BSN sebanyakkkk RM 50 kot (lupa dah) untuk register Master dan ada kena isi borang dan kena mintak resource person. Korang boleh mintak majikan korang ke, lecturers ke. Kalau aku, masa tu aku kan dekat UITM Seremban so aku mintak lecturer lah :) Hihihii


Dalam masa yang sama, korang pun akan dapat offer letter dari UITM untuk sambung study Master tauu. Selalunyaa diorang akan offer untuk sambung kos Master in Administrative Science (MAS) iaitu master by research. Korang akan jadi students yang focus on research sahajaaa, tak payah nak pergi kelas. Okay now kita pergi satu persatu yee. Fuhh tetiba excitedddddddddd!



  • Nak amik mod pengajian apa?
Mod pengajian ni ada dua jenis ; korang nak full time atau part time. Full time adalah kelas selalunyaaaaaaa pada weekdays. Memang full time lah kan? Tak ada gap gap. Hailohh ~ hahahhaha Ibarat macam masa zaman kita Diploma dan Degree, hari-hari p kelas kan? Haa itulah full time! Same goes dengan masa Master nie. 


Kalau part time pulak, korang akan ada kelas pada weekend. Selalunya kelas weekend adalah orang yang bekerjaya pada weekdays. Kiranyaaa diorang bekerja sambil belajar laaa. Memang penat weyhh sebab aku pernah tengok kawan aku buat part timee. Isnin sampai Jumaat kerja. Sabtu Ahad kelas dari pagi sampai petang. Memang agakkk penat lah ~ tapi kalau dah determine nak sambung belajar, who cares kan?

Gelak di bibir bertalu-talu,
Gundah di hati tiada siapa yang tahu
HAHHAHAHAHA

Selalunyaa kelas part timee akan ada students yang lebih tuaaa dari kau. Yes, aku tak tipu. Kadang-kadang ada yang dah bekerjaaa sebagai PTD laah, police officer laaa, pegawai situ sana sini laaa tapi diorang buat part time Master. So bagi aku, memang best laaa sebab dapat kenal dengan orang yang dah berpengalaman, boleh share-share cerita kann?


Tips aku : fikir kemampuan kau. Nak datang kelas hari-hari, belajar macam biasa atau duduk rumah buat research yang aku yakin sangattttttttt takkan ada mood nak buat dan tulis dissertation sebab mood tak ada bila duduk rumah. Trust me, been through that before! :)



  • Nak sambung Master apa?
Master di bawah FSPPP ada beberapa jenis ; iaituu Master by Administrative Science (MAS) dan Executive Masters in Administrative Science (EMAS)Master in International Relation and Diplomacy (MIRAD) dan Master in Corporate Administration (MOCA). Berbezaa tau semua ni yeee! MIRAD dan MOCA aku tak tahu sangat so maaf, aku tak dapat nak jawab sangat lahh. Sorry!


EMAS ni adalah student master by coursework. Apa tue? Kita kenaaa p kelas hari-hari, study macam biasa. Dan dalam masa yang sama, kita akan ada kena buat research! Yass! Subjek yang paling digeruni kembali menghantui hahhaha Kena belajar SPSS balik semua etc laaa so simpan elok elok ye buku research Degree korang and pleaseeeeeeeeeeeee jangan pernah sekali pun kau tinggalkan kelas research yang mungkin di ajar oleh PM Rozali, best weyh kelas PM Rozali!


Kelas pulak adalah selama 3 jam setiap satu subjek and its on weekdays. Kelas selalunyaa satu hari satu kelas je so lepas jam 12 tengahari tue, dah boleh p tengok wayang hahahhaha (kantoi selalu buat!) Kelas pagi start jam 9 pagi dan kelas petang start jam 2 petang. So just nice laaa hehehhe Tapi ada jugak kadang-kadang kelas dari pagi sampai petang. Penat sikitlahh ~ tapi dont worry sebab lecturers mesti akan bagi take five kejap yang kadang-kadang akan bertukar jadi 20 minit sebab kami p cafe sebab makan. Otak penat belajar sama dengan perut cepat lapar. Okay hypothesis accepted! 


Menipu sangat take five makan cake SR hahahha

MAS pulak ada students master by research. The whole life of your master will be focus on buat research je sepanjang masa. Hahahhaha yang bestnya korang tak payah nak datang kelas, tak ada exam macam budak EMAS. Duduk rumah pun bolehhhhhhhhh buat research! Hahaha tapi mostly lecturers dekat UITM akan offer budak MAS untuk jadi Research Assistant (RA). RA ni ibarat buat dua kerja dalam satu masa ; dia akan buat research dia untuk grad dan juga bantu lecturers untuk buat research lecturers tersebut. Selalunyaa RA akan buat research tajuk yang sama dengan lecturers so senang, dua kerja siap dalam satu masa. 


Aku nak explain banyak-banyak pun tak tahu sangat pasal RA tapi inilah yang aku tau. RA ni ibarat korang akan bekerja dengan lecturers sambil belajar. Korang akan dibayar rasanya. Tak tahu pulak aku berapa bayarannya. Korang tak ada kelas untuk attend tapi kalau korang nak masuk kelas research yang budak EMAS ada, budak MAS pun akan dialu-alukannn. Sebab budak MAS kan fokus on research so haruslah research mereka kena gempakk hihihi Double the effort, triple the pressure you olss!

Masa ni tengah saat-saat genting nak siapkan research
Satu malam tak tidur!

Oh ya, budak MAS ni tak ada kelas sangattt tapi korang akan kena rajin attend seminar, conference etc yang kadang-kadang melibatkan level international. Ada je lecturers dari U dari oversea datang fac dan bagi talk, sessi presentation paper kau dekat hadapan students dari luar negara, depan kitorang, pre defend proposal, defend proposal. Its a step by step journey tau sebenarnya. Tak lulus yang ni, kena buat balik dari awal dan betulkan dan buat sekali lagi sampai kau berjaya. So you have to stay on the right track and ada milestones untuk research korang supaya korang dapat grad on time :)


Aku sambung EMAS sebab masa tu aku fikir aku nak belajar lagi dalam kelas. Aku rela. Dan dalam masa yang sama, aku tauu aku takkan buat kerja dan tulis research aku dengan betul dan baik kalau aku duduk rumah atau tak pergi kelas. Amik MAS memang kena disiplin tahap macam Cikgu Disiplin masa sekolah ; ikut rules dan tak boleh langgar satu pun pantang larang. Hahahha logik tak? Hahhaha kesahhh ~


Tips aku : fikir kemampuan kau. Nak amik EMAS atau MAS. Nak amik MIRAD dan MOCA pun depends pada korang okay.



  • Berapa yuran Master?
Ini soalan paling femes sebenarnya. Yuran Master UITM tak dinafikan memang paling murahhh sebab aku pernah tengok yuran di U lain, memang agak berbeza sebenarnya dengan di UITM. Yuran master di UITM berbeza-beza ikut kos tauu


Yuran EMAS adalah paling murah kott  ~ Yurannya antara RM 1700 - RM 2500. So korang boleh estimates lah sebenarnyaa. Yuran MOCA, MIRAD quite pricy lah jugak lah sebenarnya. Lagi mahal sikit dari kami budak EMAS nie. MAS pulak aku tak sure berapa bayarannnya tapi rasanya less than RM 1000 kott ~

Salah satu cara nak jimat, potluck! Hahahha

Dont worry gais. Korang boleh apply MyBrain, skim bantuan government yang diberikan untuk galakkan students untuk sambung master. Aku tak tahu sangat step step dia tapiiiiiiii selalunyaaa, masa register master dekat UITM, akan ada satu kaunter MyBrain dan korang boleh lah tanyakan macam-macam. Oh ya, lupa nak bagitau. MyBrain peruntukkan RM 10 000 untuk seorang tapi duit tu tak diberi kepada korang. Duit tu akan di invoice kan direct ke Bendahari UITM terus yee. So korang pun selalu kena rajin p update dekat Pejabat Bendahari pasal bayaran ni. 


Atau nak senang, korang p dekat Google dan taip MyBrain. Dalam masa yang sama, korang boleh start cari biasiswa MARA atau JPA. Unfortunately, aku tak layak untuk semua biasiswa nie. Kalau korang tak dapat jugak, korang boleh je nak apply PTPTN for master tapi aku tak amik


Oh ya, kepada budak-budak yang lahir di Terengganu, korang akan dapat bantuan persediaan dari Yayasan Terengganu sebanyak RM 1 000. Pergilah dekat website Yayasan Terengganu tu, prepare documents etc dan isi surat dan borang, make sure sediakan offer letter dan prepare documents yang ada cop pengesahan JKKK dan hantar ke Yayasan Terengganu tingkat 2. Kalau semuanya dah settle dalam satu hari, terus dapat duit cash on the spot! Hahahhaha


Tips aku : cuba cari sponsor. Master memang banyak guna duit ; duit print assignments, duit makan minum, duit naik bas Rapid p kelas, duit minyak dan tol kawan-kawan, duit berjimba hahahhaa OKay nexttt!



  • Kalau nak dapat dekan, kena berapa pointer dia?
Yasss. Ini adalah hakikat yang perit untuk diterima tapi inilah hakikatnya! Dekan Master UITM kena GPA above than 3.70. Paper failed akan dikira sekiranyaaaaaaaaa korang dapat gred B ke bawah. Maknanyaaa B- pun dah failed


Sebab tu, CGPA dan GPA budak-budak Master mostly memang tinggi-tinggi sebab semua aim tinggi. Kalau dapat grad on time tue, memang seratus juta ribu rahmattt sangat-sangat sebab bukan senang tauu?

Masa study week. Study group sangat-sangat membantu okay!

Master full time ni maximum kau boleh ada 4 semester je, untuk budak EMAS laaa ~ kalau lebih semester dari tu, dismiss rasanya. Rugi je tauu. So better tukar mod pengajian masa tue ke part timee sebab maximum semester part time 5 rasanya.


Tips aku : kejar carrymarks. Doa banyak-banyakk. Applied kan setiap apa yang kau belajar dalam exam nanti, bagi contoh yang real dan explain dengan details. Baru mantop!


Tips kedua : buat study group. Bahagikan nota-nota dan fotostatkan untuk kawan-kawan. Lepas tu sama-sama terangkan dan bincangkan. Buat past year sama-sama. Ya Allah ~ semua ini sangat membantu okay

Dengan dioranglah aku selalu study sama-sama hihihi


  • Sambung Master dapat kolej tak?
Unfortunately, memang takkan dapat. KECUALI kalau korang memamg rajin nak pergi Unit Kemudahan Kolej (UKK) dekat Menara SAAS every day untuk update ada tak bilik kosong atau terus pergi ke mana-mana pejabat kolej untuk tanyakan pasal bilik kosong. Selalunya bila diorang tau kau budak Master, diorang macam akan KIV dulu borangnya sebab diorang akan fokuskan dekat budak Degree dulu


Bila aku cakap diorang tunggu budak Degree, itu bermaknaaa paling kejap pun atleast akan amik masa sebulan lebih untuk tunggu update bilik kosong. Sementara nak tunggu tu, korang akan kena stay dulu lah mana-mana. Nasib baik, korang akan dapat bilik kosong. Nasib tak baik, korang kena cari rumah lain. Its 50 50 situation laaa


Aku pernah sekali tue, apply nak duduk kolej. Sementara tunggu tu, duduk rumah sewa. Tapi lamaaaaaaa gila keputusan nak keluar sebab tunggu budak second intake Degree masuk. Bila results dah keluar, masa tu aku dengan kawan-kawan aku dah start sibuk dengan assignments etc so end up kitorang decide nak stay je dekat rumah sewa sampai habis Master.


Tips aku : duduk rumah sewa. Cari dekat mudah.my rumah sewa atau p mana-mana bustop dekat Pusat Komersial Seksyen 7 dan dekat situ, berlambakk poster untuk cari housemates. Call dan tengok ruamh tu sendiri macam mana.



  • Banyak assignments tak Mai?
HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH banyak weyh! Sebab tu aku gelak dulu sebab tetiba terkenangkan berapa jam je dapat tidur dan rehat bila dalam keadaan genting nak siapkan assignments. Tergelak sebab teringat karenah kawan-kawan yang stress dan macam-macam perangai keluar bila dah mood tak betul, otak tak cukup oxygen. Teringat betapa sakitnya tulang belikat aku sebab lenguh duduk menghadap laptop dari pagi sampai ke pagi hari esok Y.Y

Take five dengan selfie hihihi



Bayangkannnnnnn ~ satu subjek ada atleast 4 assignments kena buat. 4 subjek dalam satu sem darab dengan 4 assignmentss kau kena buat. 16 assignments babe. 16 16 16 16 16 16. Takut tak? Hahaha tak adalah ~ bukan nak takutkan korang tapi inilah realitinyaaa. Better korang prepare awal-awal dari korang terkejut nanti


Kadang-kadang aku rasa macam 'Ya Allah, dah habis kerja yang ni. Yang ni pulak menanti' Ibaratnya assignments dan kerja ni macam tunggu giliran nak kita belai dia. Macam doktor. Rawat patients sorang per sorang. Non stop. Haa ~ macam tu lah ceritanya dengan budak master nie hahhaha Kerja memang banyakkk! 


Kadang-kadang kann, bila ada kawan kitorang macam "Eh, korang tau tak kerjaaa.." dan kitorang terus potong cakap dia sambil hempas pen dan buku dan serentak cakap "Huaaa, apa lagiiiiiiiiiiiiii?" lepas tu semua orang gelak-gelak hahahha Kenangannyaa weyh! Sebab masa tu memang tahap dah tak larat dah.

Group policy, dengan diorang sama-sama betulkan assignment yang sama
sebanyak 3 kali hahaha

Tips aku : buatlah kerja dari awal hahaha aku ni yang sampai tak tidur dua hari sebab siapkan research Chapter 4 dan 5 sebab kes buat kerja lambat laa ~ duk tangguh-tangguh lepas tu dan lagi p tengok wayang sampai 4 malam berturut-turut apa kes? Okay ni tak valid sebab masa tu memang semua kerja dah siap sebenarnya hahahhaha



  • Guna buku ke untuk Master nie?
Yes and No. Sebab memang ada yang guna dan memang yang takada. Tapi aku perasan kan, memang masa master ni memang banyak giler guna journal. Tak kisah subjek apa pun, memang ada guna journal. Buku tu tak banyak sangat. Slides pun ada jugak tapi selalunya slides ni adalah ringkasan kepada journal jugak sebenarnya


Nota? Dont worry. Guna je journal! Hahahhaha kadang-kadang ada jugak lecturers bagi nota dekat students portal. So korang download dan print kan je lah. Even buat assignment atau research, memang depends on journal je. Tak payah nak p library rujuk buku sangat. Sebab semuanya di hujung jari anda

Aku banyak buat mind map je untuk cepat faham

Tips aku : kalau lectures suruh baca journal sekian sekian, SILA BACA. Sebab adalah tu hintnyaa. Serius tak tipu. Kisah benar : lectures kami suruh baca 8 journal dan kitorang buat study group. Tahu tak, berbaloi gile study group kitorang sebab semua journal yang kitorang baca tue, masuk dalam final exam weyhhhhhhhhhhhhh ! Alhamdulillah, semua orang dapat jawab! Yang tak baca journal, tak dapat jawab sangat. See? Told ya!



  • Susah tak Mai assignments dia?
Hmmm agak lahhh ~ actually depends pada otak korang jugak. Kalau dah memang pandai, memang akan dapat buat. Macam aku, kadang-kadang aku macam terdown jugak lah sebenarnya. Sebab aku rasa macam aku dah bagi yang dah tahap tip top jugakk tapi bila lecturers cek dan komen, eh rupanya tak cukup lagi? Aduii ~ stress mak nok.


Bila dah di master nie, memang kena fikir luar dari kotak, KBKK memang kena tahap lagi tinggi dari bangunan KLCC. Oh yaa ~ Aku pernah sekali tue. Assignments yang sama kena edit dan buat balik dekat 3 kali Y.Y Nangis weyh. Stress gilaaa masa tue sebab aku rasa aku dah bagi yang tahap terbaik betul-betul dahhh tapi bila lecturers cek, terus macam eh eh kenapa rasa aku ni bodoh sangat nie? Aku ingat lagi masa tue, aku dengan Echa sama-sama dekat Teh Tarik Place duduk termenung macam mana nak buat assigments tue hahahaha Hasilnya? Dapat markah 14 per 20. Fuhh ~ kau rasa?


Tips aku : banyakkan jumpa lecturers. Kena jugak selaluuu bincang dan tanya lecturers apa yang diorang nak, apa expectation diorang dan kita as students, kenalah cuba untuk capai KPI mereka. Sebab ada lectures aku pernah bagitau, kita ni dah di tahap master so takkan kerja nak cikai-cikai je kan? Logik gak tueee

Dengan supervisor research aku, Dr Azizan. Banyak dia tolong aku sepanjang
pengajian aku nak habiskan study nie


  • Kena buat proposal ke untuk register Master?
Nopeee. Once dah tahu bila korang kena interview, korang datang bawak document yang diperlukan. Rasanya kena bawak transkrip korang masa Degree, IC korang. Tu je lah kot. Interview nyaaa rileks rileks jeee, Macam borak-borak macam biasa dengan lecturers. Kejap jeee, tak lama pun



  • Macam mana nak cari tajuk research / dissertation?
Itu terpulang pada korang. Bincang dengan supervisor korang. Masa dalam kelas, please fokus dalam kelas esp kelas SPSS sebab tu semuaaaaaaaaaaaaaaaaa korang akan guna masa nak buat research dan present resultsnya masa VIVA nanti. Setiap assignment SPSS tu pleasseeeee buat sendiri sebab barulah korang faham okay!

Zaman stay up dekat MCD buat SPSS sama-sama hihih

Tetiba teringat masa zaman-zaman stay up dekat McD sebab penangan SPSS punya pasal -.- Oh ya, korang boleh refer dekat blog Othman Talib. Dia adalahh sifu bab-bab Master nie. Sangat bagus weyhhhhhh! Highly recommended laa untuk korang esp budak MAS untuk p seminar dia ke, p baca blog dia. Memang bagus. Aku ni pun baru jumpa blog dia masa dah start halfway buat research dah huhu



  • Boleh ke apply Tenaga Pengajar Muda (TPM) masa sambung Master?
Boleh tak ada masalah. Cuma tertakluk pada kekosongan dan ada tak open offer nyaa. Masa aku, memang tak ada TPM so tak adalah ~ kami tak boleh apply. Macam mana nak apply TPM tu? Sorry aku tak tahu sangat sebenarnya huhu Kena selalu cek dekat website kot ~ Serius, aku memang tak tahu langsung pasal TPM nie huhu



  • Banyak tak guna duit untuk sara diri?

Basically, depends pada orang jugak sebenarnya. Macam aku, RM 150 dah aku save awal-awal untuk sewa rumah. RM 80 untuk bil telefon. Dan yang lain-lain untuk makan, jimba (wayang, karaoke etc) dan shopping. Oh ya ~ save jugak yee duit untuk assignments. Sebab kena banyak print journal, assignments dan research lagi.

Dah stress belajar, mari tenangkan diri dengan menjerit sekuat hati dalam wayang
Masa ni tengah excited nak tengok The Conjuring 2 hahahah

Masa VIVA hari tue, aku buat 3 hardcover dan 2 CD dekat Print Expert Seksyen 7 Shah Alam. Recommended untuk korang pergi dekat sini. Sebab servis terbaik and murah. Satu lagi, p dekat Pandawaja, dekat area sebelah kedai BurgerByte dekat Seksyen 7. Aku dah bagitau awal-awal nie haaaa hahahah Kalau nak kedai printer yang 24 jam, boleh p dekat OKU Seksyen 7 Shah Alam. Pukul 4 pagi pun aku pergi menapak print assignments sebab jam 9 pagi dah nak kena submit hihihi



  • Macam mana nak p kelas?

To be honest, aku memang tak bawak transport. So aku naik bas je. Bas free UITM tu yang bas C atau bas Rapid number berapa entah. Aku lupa. Boleh je tunggu dekat bus stop dekat Seksyen 7 tu atau depan Flat PKNS tu.



So aku rasa aku dah jawab kot soalan-soalan yang kerap di tanya oleh kawan-kawan aku bila diorang nak sambung Master. So aku asyik ulang benda yang sama je so end up aku fikir tulis dekat blog je lah hihi Boleh korang rujuk bila-bila masa dan untuk orang lain jugak kan hihihi


Kalau orang tanya aku kenapa aku sambung Master? Sebab masa tu aku tak dapat offer kerja lagi, aku macam tak ready nak kerja lagi. Plus, masa tu memang aku dapat peluang untuk sambung. Dengan support dari family aku yang tak putus-putus so aku sambungkan je lah. Lagipun, berkat Allah swt tu datang bila ada nya berkat dari ibubapa. Wah gituuu ~


Mengikut pengalaman aku sendiri, Master ni memang a tough journey. Bukan setakat nak kena study semuanyaaa dengan lebih mendalam, tapi ianya macam agak stress jugak bila tengok kawan-kawan kau yang sebaya yang dah kerja, dah ada duit sendiri, dah p melancong p sana sini. Jealous gak sebenarnya, sebab yelah ~ orang lain dah huahuahahuhuaua bersuka-suki, kau pulak duduk dekat rumah, stress nak register course dekat student portal hahhahahahahahhaah


Dari segi kawan-kawan pulak, aku rasa kawan-kawan masa Master adalah paling best in terms of teamwork dalam buat assignments. Sebab semua nak habiskan kerja cepat-cepat dengan kualiti tip top. Lepas tu, aku sendiri dapat rasa yang kami sama-sama nak tolong sesama sendiri. Dah tak ada competition, nak tunjuk aku lah paling hebat, aku lah paling pandai. Tak ada langsung sentimen fikiran macam nie.

Classmates aku, paling best kalau dah berkumpul sebab semuanya kelakar

Kalau ada kawan kau yang down, yang lain akan macam cepat cepat berkumpul dan bagi semangat. Kalau ada kawan kau yang tetiba nak quit Master, yang lain akan macam "weyhhh" dan akan menyusul lah berjuta dozen sebab-sebab kenapa kau tak boleh quit Master hahahhaah Kalau ada kawan kau yang tak tahu nak buat assignment, tak faham ; maka akan ada kawan yang lain akan tolong terangkan "okay dia sebenarnya macam nie..." sampai kau faham. Tapi ada jugak kes yang macam tak faham nak buat assigment dan ada seorang hamba Allah akan cakap "bagi email kau, aku send assigments aku kasi kau tengok macamana, tapi jangan tiru! Tengok sahajaaa!" Weyh bersyukurnyaaa dapat kawan-kawan satu perjuangan yang best dan baik macam nie! Semua insiden yang aku cakap ni adalah kisah benar yang berlaku di antara kami hihihi


Memandangkan tak ramai sambung Master, aku boleh kenallah most of budak batch aku. Tapi lecturers aku cakap batch kami paling ramai sebab mampu hold sampai dua kelas, sedangkan senior-senior kami mampu cukup untuk satu kelas je. Best dapat kenal kawan-kawan baru and ada yang perangai memang masuk air.

Batchmates aku hihihi tak ramai pun tapi kecoh bila dah bergabung


Masa last day habis exam hari tue hehehhe

Sepanjang perjalanan Master ni jugak, ada je beberapa kawan-kawan kami yang tersungkur. Maksudnya, dia quit Master lah ~ sedih bila tauuu kawan sekelas, kawan satu batch yang cakap byebye dekat kami. Ada sebab-sebab tertentu kenapa diorang berhenti. Padahal masa Part 1 Master, penuh je satu kelas. Tapi lama-lama , makin kosong huhu


So yeahh ~ this is it. Aku rasa aku dah delievered my best untuk bagitau pasal Master dan info-info yang korang patut tahu kalau nak sambung Master di UITM. Aku bukan nak takutkan korang tau! Aku cuma nak bagi korang general view pasal Master so that korang boleh prepare awal-awal. Tak macam aku dulu-dulu, tercengang-cengang jugak lah ~


Kalau ada yang nak sambung, aku nasihatkan sambung je lah. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Kuatkan semangat dan percaya pada diri sendiri. Usaha kena lebih, main-main pun kena lebih. Sebab kalau asyik belajar je tanpa rest, lama-lama gila jugak jadinya. Aku bersyukur sebab aku dapat kawan-kawan yang sama-sama kuat belajar, sama-sama kuat melagha. Always doa dan mintak diperkuatkan semangat dan dipermudahkan urusan. Banyak dugaan sebenarnya, esp dengan diri sendiri, okay? :)


Kalau korang ada nak tanya apa-apa dekat aku, yeahh ~ boleh je contact aku. Insha Allah aku akan tolong jawab semampu aku :)

  
Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, August 25, 2016

Makan-makan Bersama Mok

Assalamualaikum wbt


Finally setelah setahunnnnnnnnnnnnn lamanyaaa plan nak jumpa dengan Mok, finallyyyyyy ~ semalam merupankan harinya! Hahahhaha

Dengan Athina, tapi kami panggil dia Mok jeee ahhaha
Dulu masa dekat Degree dulu, dialaaa yang selalu dan rajinnnnnn bawak aku p makan tempat makan yang best-best. Habis kelas je, dia akan cakap "Jom Mai, kita g makan" Bila teringat balik macam mana kitorang boleh kenal, kelakar pulak. Masa tu nak cari member untuk buat pairing group assignment Organization Behavior dan aku pulak tak ada member. Sekali aku tengok dia dekat sebelah aku, aku terus cakap "jom kita dua orang nak?" and she accepted and the rest is history hahaha

Antara mereka yang menceriakan hari-hari aku semasa Degree hihihi
Dengan diorang ni, kitorang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila makan makan dan makan! Kalau ada tempat best yang nak makan, jommmmm! Lepas tu kitorang memang suka gila main bowlingg. Boleh dikatakan every week mesti akan main bowling hahaha Weh rinduu pulak dekat diorang nie


So alkisahnyaaa, aku dengan Mok ni tak adalah contact hari hari sangat tapi tiap kali contact mesti akan "Weh jom jumpaaa!" Everytime yeee, everytimeeeee! Nak nak masa aku stay Shah Alam, dia mesti akan cakap "Takpee, nanti aku turun Shah Alam, kita jumpaa" Tapi semua itu adalah sembang sahajaaaaa hahaha


Sejak mula-mula aku belajar Master sampai dah habis Master, dah dapat results ; finally semalam dapat pun jumpa! Hahahah lawak weyh. Tu pun macam tetiba jeee "Haa tu lah, esok konfem aku p turun KL. Aku amik kau" Terus macam yasssssssss! Sebab apa? Sebab misi kitorang adalah untuk makan dan food hunting

Kawan yang baik adalah kawan yang tolong tunaikan
kawan dia mengidam nak makan apa hahahha

Lepas Mok amik aku, kitorang sesat-sesat dekat area Plaza Sentral, KL Sentral dan Mercu UEM tue. Hahahha entah papeeee je sebab kes tak tahu nak cari jalan keluar tapii tak nak Waze sebab tak tahu nak p mana. So end up, kitorang p area Selangor Mansion ; nak try roti canai yang Mok cakap sedap so pergilah kamii


Sampai-sampai je, orang dah tak makan roti canai sebab masa tue dah waktu lunch hour. Lepas tu ramai gilaaaaaaaaa orang masa tue so dengan kecewanyaaa kitorang macam takpelah, kita makan tempat lainn


Plan nak p Kampung Bharu tapi entah macam mana entah, dekat traffic light simpang mana, kitorang terjumpa satu kedai Nasi Padang hahahhahaha so kitorang terus masuk kedai tue dan makan. Bagi aku not bad laaa Nasi Padang diaa. Tapi sayangnyaa lauk dah banyak habis Y.Y sebab lunch hour kann huhu


So lepas tu gerak pulak ke Kampung Bharu. Kitorang beli apa? Hahahhaha

Mangga susu!

Main tarammmmmmmmmmmm jee singgah mana-mana gerai dekat Kg Baru tu and terus macam "Bangg, nak mangga susu satu!" Tapi abang tu cakap "Mangga habis dik!" Kecewaaa. Tapi lepas tu cari lagi dekat area-area tu and finally dapat pun!


Oh myyy ~ bestnya weyhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Sedap dan lemak lemak je rasa dia. Hahahhaa Harganya RM 5. Puas hati! Memang sesuai untuk minum bila tengah haus hihih


Lepas tu kitorang stuck dekat traffic light mana entah dekat Kg Baru tue. Tengah stuck tu, tetiba pulak terjumpa kedai apam balik. Hahahah apa lagi, gigih turun semata nak beli apam balikk!

Apam balik RM 3.20 untuk 4 keping

Weh sedap kot apam balik nie. Sambil borak borak sambil mulut kunyah apam balik dengan jammed lagi. Hahah siap alas surat khabar lagi dalam kereta sebab tak nak bagi apam balik tumpahh. 


So ke manakah ke kita? Kami p Bangsar Shopping Centre pulakk. Al kisahnyaaa kitorang nak p MOMA. Sebab tengok dekat IG diaa, masha Allah ~ sedapnyaaa cake cake diaa! Sekali pergi, oh bukan rupanyaaa. Bukan cafe tapi dia more kepada nak bagi cakeee or chocolate as present. Lawa-lawa okayyy dia punya decoration dan boxes yang diorang guna. So kalau sesape ada niat nak bagi hadiah, hantaran, aku recommendkan korang p dekat MOMA ni atau p IG diorang ; momaklifestyle


Duk jalan-jalan dalam BSC tu, kitorang boleh pulak terbeliiiiiii chocolatee durian Hahahahah weyh. Aku dah lah tak makan durian (one facts about me) tetibaaa makan chocolate yang ada perisa durian, tetiba rasa pelik jeee tapi sedap weyh! Hahahhaha inti dia lembut lembut je, macam durian!

Durian chocolateee!
Sape nak cakee?

Tepak sirih

Lawa okay tepak sirih yang di hias nie. Aku rasa kan kalau ada sesiapa yang memang nak cari hadiah atau buat hantaran, korang boleh survey dekat sini. Sebab memang lawaaa. Diorang buat wrapping yang sangat cantik, dengan dalam boxes yang mewah dan ribbon yang lawa-lawa. Nice weyh


Alang-alang dah ada dekat Bangsar, kami p mana? Of courselaaa Dip n Dip! Hahahhaha Yeayy ~ siapaa tak suka makan chocolate kan?

Dip Crispies

Chocolate Molten Cake
Ada kawan aku tanya, aku pakai apaa muka glowing ni?
Of courselah jawapannya adalah sebab Erlandea Glow Sukinker!

Dekat Dip n Dip ni, aku dengan Mok lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila lepakk! Kitorang borak pasal semua benda, kitoranggg update dengan cerita memasing. Kelakar je memasing. Tapi aku rasa kalau kitorang semuaaa dapat berkumpul mesti best. Sebab semua orang kelakar. 


Lepas Maghrib, kitorangggggggggg nak pergii Little Rara Thai Noodles. 


Macam mana nak pergi Little Rara Thai Noodles? Okay macam nie. Korang Waze je Paramount Club, sebab kedai dia dekat car parking club nie. Tapi masalahnyaaaaaaa, harga parking nya RM 15 tauu! So pandai-pandai lah korang nak parking kereta dekat dalam club tu atau nak parking dekat luar je. 


Oh ya, kedai dia bukak dari petang sampai malam je. Datang lambat, habisssss korang kena masuk dalam waiting list hihihi. Kebetulan aku dengan Mok pergi, orang tak ramai masa tue. Terus dapat tempat duduk


So apa yang best dekat sini? Nah tengok menu Little Rara Thai Boat Noodles bawah nie

Menu Thai Boat Noodles
Daging yang sedang dibakar

Kedai dia. Apa laaaa camera aku nie silau dengan lampu -.-

Kedai dia, simple je hihi
So kitorang order apa?

Nasi Pad Ka Praw RM 8.00
OH MY! Sedap gilaaaaaaa!
Kalau sesape yang suka pedas, memang yang ni recommended!
Sangat sedap, serius tak tipu!

Ayam dengan pulut. Ayam dia rangup gilaaa!
Harga lupa hahaha

Daging bakar. Harga RM 12.
Pun sedapp! Sos cicah dia pedas gilaaaa

Aku dengan Mok tak order pulak boat noodles dengan omelette seafood. Dah balik baru rasa alaa macam menyesal sebab tak order Hahahhaah takpelah, next time kalau sesiapa yang nak datang, meh ajak aku hihih


Tips aku ; datang awal tau! Kalau tak korang kena beratur untuk tunggu. Parking luar kalau nak jimat duit parking. Portion dia tak adalah banyak sangat tapi okay lah ~ Bagi aku, puas hati sebab memang sedap! Korang boleh tengok IG dia : Little Rara Thai Noodle House


So lepas tu kami p mana? Yeaaaa ~ kami p Danau Kota. Sebab masa tu aim nak p dekat food stall dekat belakang tuu. Hahahah ya Allah ~ kerjanyaa memang nak makan je!


Tapi kitorang p awal sangat so banyak kedai macam baru nak bukak. Tapi tak kisah ~ sebab finallyyyyyyy aku dapat pun makan Pau Cendawan! Hari tu kan kecoh-kecoh masa bulan puasa pasal pau ni kan? So yeayy dapat pun makan hahahhaha Suka pulak aku 

Satu pau harganya RM 3.50
Lepas tu, kitorang jalan-jalan pusing dekat Danau tue. Ingat nak cari aiskrim hydrogen tu, yang keluar asap-asap dekat mulut tue tapi tak jumpa pulak. Samada tak jumpa atau diorang tak bukak lagi hihihi


Dah sampai Danau kan, so harushlah cuci cuci mata. Tapi tak beli apa pun sebab kitorang macam jalan-jalan je sambil borak-borak 

Perempuan mana yang tak seronok tengok benda nie? Hahhaha
Lepas dah penat pusing, kitorang nak balik. Tapi before balik, aku dengan Mok p beli sate ikann kuah merah tue atau orang panggil Lok Ching! Hahahah Mok pulak beli sosej pulut tu. Balik rumah aku dan makan!

Makan depan TV pukul 1 pagi
Sambil makan ni, kitorang tengok cerita pasal makanan jugak Hahahha Kitorang tengok My Kitchen Rules 7. Tahniah Tasia dan Grace sebab menang! Tengok TV pun masih lagi berkisarkan pasal makanan hahahhaha


So esok petangnyaaa, Mok pun balik ke Serembann, Tu pun puas aku tahan dia supayaa stay lagi rumah aku sebab dah lama tak jumpa kan hahahaha


Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa seharian asyik makan makan dan makan jeee. Aku suka betul p tempat makan-makan ni. Atleast makan sikit pun takpee asalkan dapat rasa kan? Takpelah ~ asalkan hati gembira hahahha


Harap-harap bakal pasangan aku nanti adalah sorang yang sama macam aku, boleh bawak aku p try makan-makan dan jalan-jalan, suka try makan-makan ni, suka jalan-jalan merata tempat ; tak kisah tempat mewah atau tempat biasa, suka adventure p tempat-tempat baru. Barulah rasa ada nikmat hidup! Ye dok? hihihi



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / serumforyou
Twitter : @mysaranewrie


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts