Cadangan Tempat Makan Yang Best di Melaka!

by - Wednesday, October 18, 2017

Assalamualaikum wbt


Aku rasa sejak aku stay KL ni, dah berjuta kali aku pergi Melaka. Eh nopeee nopeee. Sejak kecil sampai sekarang, aku rasa macam dah berjuta kali aku pergi Melaka! Hahahhaha Sampai kalau nak up gambar pergi Melaka pun rasa macam "Hmm tak payah kot" Hahah 


Kecuali kalau dapat minum Coconut Shake Klebang, yang ni WAJIB kita upload dekat insta! Hahahha


Bila dah banyak kali pergi Melaka, so aku tahulah beberapa tempat makan yang memang boleh kategori harussssssssssss pergi. Sebab sedap! Hello, makanan dekat Melaka memang sedap okay? Kalau pergi Melaka, kau lupakan je lah niat nak diet ke apa. 

  • Asam Pedas

Gambar dari Google yee

Tak sah lah weh kalau pergi Melaka kalau tak makan asam pedas. Memang wajib okayy, esp kalau dapat makan tengahari, sekali dengan ikan pari, kena pulak dengan ulam raja dan telur masin -- Ya Allah, nikmatnyaa weh dapat makan! Hahahha


Antara yang pernah aku makan --

  • Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam

Aku pernah makan sekali je dekat sini. Memang sedap! Di sini, dia macam medan selera so banyak choices kedai makan. Aku tak ingat kedai mana yang sedap, sorry! Semua ada jual asam pedas dan semuanya dijual satu set dengan asam pedas (lauk pilihan sendiri) dan nasi dan telur masin/telur dadar. Harga tak adalah mahal sangat, aku rasa dalam RM 11 je kot! Aku pergi sini pun sebab pakwe Echa, Apit yang bawak kitorang makan sini. 

Tahap sedap?
4/5

  • Asam Pedas Claypot

Waze je, senang nak cari. Parking pun senang. Selalu ramai orang datang sini. Dekat sini pun jual satu set asam pedas dengan nasi. Dekat dengan Bandar Melaka dan Jonker Walk. Rasa dia -- aku suka rasa masam-masam dia, sedap hirup tapi ada kawan-kawan aku cakap tak sedap hahahha Kalau harga pulak, tak ingat tapi rasanya RM 10, satu set dengan nasi

Tahap sedap
4/5

  • Asam Pedas Mona

WOWOWOOW this one is WAJIB hokkay untuk kau pergi makan. Pun Apitt yang bawak kitorang makan sini hahahah dibuka start dari jam 5 petang yeee dan sangat murah! Yes, memang murah dan sedap! Cuma dia rasa pedas-pedas masam laa sikit. Macam biasa, ada nasi dan telur dengan lauk asam pedas yang kita nak :)


Tempat dia senang je nak cari. Dekat je dengan Jonker Walk, park kereta korang dekat depan Hotel Casa Del Rio. Memang dekat sebab aku dah pernah buat! Hahahahahaha 


Tahap sedap?
4.5/5


  • Coconut Shake Original Klebang

Yes and yes! Bagi aku, takkan lengkap kalau pergi Melaka tapi tak minum coconut shake. Tak nak coconut shake yang lain! Aku nak Coconut Shake Original Klebang! Yes pleaseeee! Dengan harga dalam lingkungan RM 2 - RM 3 satu cawan, kau boleh segarkan tekak dan badan kau dengan kandungan air kelapa yang dah selamat di blend dengan aiskrim! Oh my, rasa dia memang lemak lemak!

Serius sedap!

Jangan main-main ye dengan coconut shake ni! Aku pernah berharap untuk minum tapi disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tak dapat coconut shake and Im nearly cry okayy! Sumpah tak tipuuu! Even aku beli coconut shake dekat area pantai yang ada Bustel tu, no no ~ its not sameee!


Kalau nak take away, sila beratur. Kalau nak dine in, boleh park kereta dekat dalam dan makan dekat situ. Selain coconut shake, diorang ada hidang jugak makanan petang macam nasi lemak, popia, kuih-muih. Memang akan ramai orang, konfemm!

Tahap sedap?
5 bintang boleh?


  • Kuih Keria Haji Jalil

Aku pernah makan sekali jeeeeeeeeeeeee. Mau dekat sejam jugak weyh aku dengan Angie beratur masa kitorang p Melaka haritu tapi rasanyaa, ya Allah memang berbaloi! Memang sedap sebab ubinyaaa lembut dan tak keras, makan pulak panas-panas dengan disaluti dengan gula melaka, fuhh! Memang sedap! 

Aku pergi yang niii
Gambar Google

Kalau dah beli dekat sini, please beli banyak-banyak okayy? Barulah berbaloi dengan waktu yang korang beratur tu hheheh

Tahap sedap?
4/5


  • Cendol Jam Besar

Kalau dah penat dan berpanas di Melaka, apalah salahnyaaaa kalau dapat basahkan tekak dengan cendol durian kan? Yang ni aku baru sekali je pergi tapi memang sedap dan murah! This is why I like Melaka so much! Harga dan tahap sedap makan tu seiring!

Kedai dia dekat area yang payung putih, sebelah kiri gambar nie

Cendol durian dia memang sedap! Sepupu aku makan pun cakap sedap! Actually ni aunty aku yang bawak kitorang, dia memang terror bab-bab tahu kedai makan nie hahahaha So kitorang yang anak buah ni, follow je! Hihi


Selain ada cendol, ada jugak air tembikai yang dah siap diblend dalam buah tue. Satu biji RM 10. Sedap sebab rasa fresh!

Tahap sedap?
4/5

  • Roti Canai Awang Bukit Beruang

OH.MY.GOD. This one korang pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee tolong lah pergi makan! Kedai ni cuma bukak waktu breakfast je. Aku pergi jam 9 pagi, dah kena beratur dekat setengah jam sebab tunggu meja. 

Ya, di sini yeee!

Dah dapat duduk, pleaseeeeeee order banyak terus! Kalau setakat order sekeping, then baru nak tambah order, kirim salam je. Roti telur dia memang sedap! Rasa garing dan aku rasa dia guna 2 biji telur untuk satu roti canai tu so rasalah telurnyaaa. Lepas tu, orderlah kari kepala ikan dia. Oh mak oiii, panas-panas berasap terus diorang bawak kari tu dekat meja kau! Hahahhaa

Roti kosong diaaa
Kari kepala ikan diaaa nyum nyum!

Tahap sedap?
LIMA LIMA LIMA LIMA

  • Medan Ikan Bakar Umbai 

Aku tak tahu kenapa tapi tempat ni adalah bawah kategori WAJIB untuk aku dan keluargaa pergi kalau kitorang pergi Melaka. Selalunyaaaa malam pertama kami di Melaka, mesti kitorang akan pergi sini hahahahha


Disebabkan orang mesti ramai, selalunyaaa pukul 6 petang, kitorang dah gerak ke sini. Sampai sana just nice, then solat Maghrib dekat surau then terus makan! Wehhhhhhhhhh ~ memang sedap!


Ramai cakap dengan aku "tak sedap makan dekat sini!" Hello hello, dengar sini you olsss. Korang cakap tak sedap sebab korang salah pergi kedai. Meh sini aku nak bagi tips kedai makan yang sedap untuk korang makan semua seafood ni

Gambar Google
Nampak tak kedai yang tulis No 1 tue? Yesss that kedai! Pleaseeeeeeeeeeeee lah weh pergi kedai makan No 1 ni sebab sejak dari tadika sampai umur aku setengah abad ni, aku takkan pernah pergi kedai lain kecuali kedai ni je! Fuh kalau kedai ni buat membership cards, konfem aku dah tahap Gold sekarang nie ahhahhahaha


Aku bukan cakap benda kosong tapi yes, memang sedap kedai ni! Aku dan parents aku pernah pergi kedai lain but hmm cannot compare dengan kedai No 1 ni. Senang je nak cari. Kedai ni betul-betul dekat sebelah kedai yang jual-jual patung and rotan tue :) Tu lah kedainyaaa. 


Ikan bakar dia sedap, kicap dia, nasi lemak dia, ubutter prawn dia (WEH PALING SEDAP WEH SUMPAH TAK TIPU), sotong celup tepung (BARU BETUL SOTONG CELUP TEPUNG SEBAB KALAU TAK, TEPUNG LAGI BANYAK DARI ISI SOTONG YANG BESAR SERUAS JARI), asam jambu dia yang ada sorang pakcik ni akan jual. OH MY T.T Boleh tak nak pergi Melaka, sekarang jugak?

Butter prawn dia, ya Allah memang sedap!

Serius, korang patut cuba kedai nie. WAJIB! 

Tahap sedap?
10/5
pecah bintang! HAHAHHA

  • Onde-Onde Cinderella

Hahahha sebab lepas makan, terus kau jadi cantik macam Cinderella :D HAHAHHA Just kidding! Kedai ni terletak dekat area Jonker Walk. Kalau kau park kereta dekat depan Casa Del Rio dan jalan kaki ke Jonker Walk, konfem akan jumpa kedai makcik ni :)

Satu paket RM 2 jeee!
Kenapa tempat ni bawah tempat recommended aku? Sebab murah dan sedap! Dia punya onde-onde memang besar dan gula melaka dia, memancut-mancut dalam mulut bila kau gigit HAHHAAH Amboii, mysaranewrie ni kalau bab-bab explain tentang makanan, selalu nak exaggerate kann? Ni konfem ada kawan aku yang baca ni, gelakkan aku -.- 


Tapi yes, you should try her onde-onde. Makcik yang jual ni sangat-sangat tuaaa tapi rileks je buat onde-onde tu. Onde-onde tu memang panas-panas, memang sedap makan!


*****************************

So far, inilah tempat makan yang aku rasa memang wajibbb untuk korang pergi kalau pergi Melaka. Sekali lagi diingatkan, ini adalah based on taste buds aku okay? Kalau ada yang cakap tak sedap, takpeee. Terpulang pada lidah masing-masing :) 


Ada antara tempat-tempat makan di Melaka yang masih dalam wishlist aku. Antaranyaa Chicken Rice Ball tu, Roti Canai Kayu Arang dan yeahh -- if korang nak suggest pun, boleh comment dekat bawah nie :)


Selamat menjamu seleraaaa!

p/s : Semoga owner semua kedai-kedai di atas ni murah rezeki mereka di masa yang akan datang :)


p/ss : Review ni based on pengalaman aku pergi makan di kedai-kedai ini. Not a sponsored posts :)


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

You May Also Like

0 comments