Wedding Pekjah & Akob

Tuesday, October 17, 2017

Assalamualaikum wbt


Special entry for my special bestfriend, Nor Faizah Baharuddin and Fitri aka Akob :)




Alhamdulillah. Kahwin dah Pekjah dengan Akob ni :) Aku dah kenal Pekjah masa Diploma lagi. Semuanya bermula dengan "Mai jom join Debat!" Aku macam pelik jugak masa tu, kenapa budak ni beriaa betul nak ajak aku join debat masa kitorang Part 1 Diplomaa. Even aku dengan dia satu kelas masa Diploma, tapi kitorang memang jarang cakap masa tue


Tapi siapa sangkaaa pertandingan debat tu lah yang buat kita semua rapat dan sekali dengan Hani dan Angie. Lisda pulak mastermind di sebalik semua perdebatan yang berlaku hahahahha


So lepas jadi rapat, banyakkkkkkkkkkkkkk Pekjah share cerita dia dengan Akob, macam-macam hahahaha Pukul 7 pagi pun dah bergayut telefon dengan dia hahahha Teringat pulak masa time dia dengan Akob duk bergayut telefon dekat tepi tangga masa kitorang sama-sama stay up untuk buat assignment CSC dekat bangunan lecturer tu (kes sebab nak aircond!) Hahhahaha


So finally, setelah bertahun-tahun bercinta, akhirnyaa urusan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan telah diperkenankan oleh Allah swt :) Pada 14 Oktober 2017 pada jam 11 pagi, Akob dan Pekjah dah selamat diijabkabulkann :)


Aku sampai pada malam sebelum tu dengan Miza. Wanna dan Akma pun datang. Datang makan then buat-buat kerja sikit. Settlekan inai dekat jari Pekjah, settlekan hantaran dan juga khemah. Malam tu kami semua pergi ke khemah dan masjid yang diorang nak bernikah. Actually diorang menikah di Masjid Ar Rahman Meranti dan sebelah masjid ada khemah. Memang efficient! 

Masa sessi survey khemah hihih

Pagi tu, MUA Pekjah datang dan makeupkan Pekjah. Nasib baik akak tu sporting sangat-sangat dan siap share lagi tips nak make up etc. So kitorang pun banyaklah tanya itu ini. Lepas siap make up, just nice kitorang terus ke masjid. Sampai masjid, tunggu imam sekejap


Then masa yang ditunggu-tunggu pun tiba! Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Tahniah Akob dan Pekjahh!! Hahahha Angie dah pesan dekat aku "Mai, jangan menangis" Pekjah rileks je. Aku tanya dia "Nervous tak?" Dia cakap "Tak langsung" Hahahha

Hantaran 
Beberapa minit sebelum selamat menjadi isteri orang hehe
Ayah Faizah sendiri yang nikahkan mereka berdua
Yeay dah selamat semuanyaaa

Halal gap no more! 
Dengan ibubapa masing-masing
So cute mak Pekjah and mak Akob!
Masa ni diorang dah rush nak ke homestay untuk tukar baju pengantin pulak
Tu yang tetiba ada orang dekat belakang tue hehehe

Lepas nikah, diorang pergi ke homestay untuk tukar baju pengantin. Kitorang yang lain apa lagi, makan lah! Hahah sedap betul makan masa wedding Pekjahh! Dan seperti biasa, jumpa kawan-kawan adalah part paling best masa wedding hahahhaa


Boleh dikatakan circle of Faizah's friends dengan aku punya kawan-kawan adalah lebih kurang sama. Kawan dari Diploma, dari Degree semua sama hahahha Kawan-kawan yang rapat dan classmates Pekjah masa Degree pun aku berkawan jugak! Hahahha Oh ya, masa Degree, Pekjah senior aku satu sem sebab dia amik fastrack dan aku pulak decide nak continue habiskan Diploma aku masa tue :)


Lepas tu masa Degree, Pekjah lah banyak guide aku dengan dibantu oleh kawan-kawan dia semua yang turns out to be my friends as well hahaha Sharing notes, sharing books, pinjam itu ini, tanya tips-tips dan assignment semua :) 


Ini lah antara senior-senior ku hehehe
Ini antara senior yang paling paling rapat! Hahahha
Actually ada sorang lagi, Dada tapi dia tak datang sebab kerja Y.Y
Last jumpa diorang, masa Degree. Bayangkan dah berapa tahun tak jumpa?

Sebelum pengantin berarak

Gambar wajib di atas pelamin lah hihih

Ini kawan-kawan satu persatuan pelajar dulu! Masa belajar dulu,
24 jam menghadap muka diorang! Lepas rinduu!
SMF BACAS & CASS bersatu! Ecehh! haha

Sempat jumpa Ana dan mama nyaaa :D
Lepas tu Ana dengan mama dia kena balik sebab ada hal. Actually, aku ada jumpa ramai lagi kawan-kawan tauu, antaranya budak-budak Debat dekat Dungun dulu! Hahahah Jumpa Hana and the geng! Lamaaa tak jumpa diorang tapi tak sempat amik gambar pun Y.Y 


Jumpa Shafiq dan Shu! Haha Tiap kali pergi wedding kawan-kawan kitorang, Shafiq dan Shu adalah antara mereka-mereka yang selalu aku akan jumpa :) Then before balik, mesti aku dengan Shu akan "Okay lepas ni kita akan jumpa di wedding siapa pulak?" Hahhahaha


Then dapat jumpa Sofea dan anak dia yang comel, Juwitaaa. Pun tak sempat amik gambar. Sempat berborak jeee, tanya pasal Juwitaaa sebab Sofea baru je lepas habis berpantang :) Masa nak balik pulak, sempat pulak jumpa Aqmil dan Irda yang baru sampai sebab diorang kerja half day pada hari tersebut. Tu pun Aqmil hon dari dalam kereta sambil panggil "Maii!" Hahaha Kalau tak, memang takkan jumpa lah :)


Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah, 

This geng!
Budak-budak UITM Dungun!

Ini geng-geng yang sama belajar masa Diploma. Hahaha aku pun tak tahu kenapa tapi selalu lookig forward nak jumpa diorang :) Kalau ada apa-apa pun, mesti boleh percaya dekat diorang and boleh nak kawtim. Bestkan ada kawan yang macam nie, time susah senang dan melagha bersama hahahah

Hahah candid!

My ex roomates masa Part 1 Diplomaa!
1st time masuk UITM, diorang lah yang banyak ada time susah senang dulu :)
Tapi Myra Evandra pulak tak ada, tak cukup korumm 
Ada yang single, berpunya, mencari, bertunang, isteri dan ada yang mengandung.
Semua status ada hahaha
Lelakisss
Lepas tu lepak kejap bawah khemah. Sambil berdiri sambil berborak pun bolehhhhh hahahaha Masing-masing update dengan cerita memasing, borak-borak. Tak lama lepas tu Khalis and Ida pulak datang. Eh sambung borak lagi hahaha

Dengan Ayen, kawan lepak dulu masa mula-mula belajar di Dungun.
Time study, time makan, time lepak, time melagha -- semua ada hahaha
Amik gambar dulu lagi before balik!
Then masa nak balik, aku Angie Akma dan Farah decide nak p IOI Putrajaya sebab kitorang nak makan-makan dan minum-minum. Ya Allah, masa ni memang penat dia lain macam terusss. Tapi bila nak makan, tak rasa lapar pun. Last last sekali kitorang lepak sambil berborak dan gelak macam apa hahahah

Sakit kaki pakai kasut, so aku dengan Angie decide p
beli selipar jepun. Selesa!
Classmates masa di Dungun dulu :)

Lepas tu Angie hantar aku dekat LRT dan balik rumah masing-masing :)


Alhamdulillah. Majlis Pekjah dan Akob pun dah berjalan dengan lancar dan sudah selamat semuanyaaa. Kitorang yang dah lama tahu kau dengan Akob pun rasa happy sebab finally korang dah selamat disatukan :)


Selamat Pengantin Baru Pekjah dan Akob, tahniahh! Ucapan panjang dah aku tuliskan di Whatsapp heheheheh Tak ada apa yang lain aku harapkan kecuali kau berbahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat ada Pekjah Akob junior hihihihi


Lepas ni turn sapa pulak ye? :p


Oh ya, kalau sesiapa yang nak tahu apa yang aku pakai di muka masa ni, boleh jenguk di IG @maiserum :D



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / begkite
Twitter : @mysaranewrie

You Might Also Like

0 comments

Follow my Instagram @mysaranewrie

Subscribe