Ah-Mai-Zing 2020

Thursday, December 31, 2020

Assalamualaikum wbt


2020 dah tamat dah. Sekarang kita berada dalam tahun 2021. 


Kita tak tahu apa yang akan berlaku especially dengan kes COVID yang terpaksa kita 'hidup' dengan dia


Ramai orang cakap 2020 ni tahun yang kosong, nothing dalam life diorang. Aku mengaku kes COVID ni memang bagi impak lain macam dekat semua orang sebab siapa je sangka weh satu dunia terpaksa stop buat kerja, duduk rumah dan terpaksa social distancing dengan diri masing-masing untuk jaga diri?


Its strange kan? 


If you ever asked me, how did 2020 had treated me, im gonna answered "Amazing 2020!" Sebab apa? 




Sebab macam-macam berlaku pada tahun 2020 ni. Ya Allah dari hujung tahun 2019, aku dengan family dah busy dengan prepare nak pindah dan renovate rumah. Syukur kitorang dapat pindah masuk rumah baru 2 minggu before PKP start and boom, tetiba PKP


Lepas tu dengan dugaan something happened yang buat aku down, orang boleh nampak aku jadi kacau bilau ahaha Tapi Alhamdulillah benda tu sekejap je lah 


Then habis PKP tu, aku busy dengan wedding preparetion adik aku pulak. Fuh yang ni memang lain macam dugaan dia sebab pening. Yelah tak pernah handle event wedding kan? Banyak benda nak kena fikir especially bab duit. Kalau boleh kita cut off, kita cut terus


But alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan sangat sempuna :) Ya Allah happy!


Then lepas je wedding adik aku, aku dah mula start cari diri aku balik. Aku start fokus betul-betul dengan Bougas, dengan itu ini, aku buat apa yang aku rasa aku perlu buat


Susah? Penat? Menangis? Sedih? Dikhianati? Eh macam-macam lah.


Tapi aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab aku berjaya lalui semuaaaaaaaaaaaa itu dengan baik. Alhamdulillah syukur. Dan aku dapat rasa diri aku something different in me, aku tak suka bendabenda negatif. Selagi ada masalah, aku percaya mesti ada jalan selesainyaaa


Terima kasih untuk semua orang yang berada dalam hidup aku sepanjang 2020. You guys totally had made me myself today and being better from day to day. Tak ada satu pun perkataan yang mampu gambarkan betapa syukurnya aku dengan kehadiran korang, yang berjaya buat aku rasa hidup ni lebih bermakna


Ya Allah tahun 2021 ni moga menjadi titik tolak yang paling bermakna dalam life aku untuk aku terus ke depan dengan Bougas Beauty dan insha Allah, urusan jodoh. Kita mana tahu kan? Doakan aku ya?


Nah, all my 2020 highlights had been showed in this short video, enjoyed!






 
Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / bougasbeauty.mysaranewrie
Twitter : @mysaranewrie

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Follow my Instagram @mysaranewrie