Mari Mari Mari Dengar Aku Membebel Pasal HP =.="
By Mysara Newrie - Sunday, January 30, 2011

Salam. Hari ini aku dan ayah aku pergi meronda-ronda di sekitar Kuala Terengganu sambil beli barang-barang apa yang patut. Macam barang dapur ke, lampu kalimatang ke, bateri ke and sesi rondaan kami termasuklah dengan mengsurvey-survey HP. HAHA :D
Sesi mengsurvey HP memang dah menjadi kewajiban aku ketika keluar berjalan dengan ayah aku sebab manalah tahu kannnnnn, kot-kot lah tersangkut dengan HP baru dan mood ayah aku ok, untung-untung dapat HP baru. HAHA :D Makcik kayooooo ! :D

Ketika aku tengah mengsurvey-survey HP, aku ada lah aim beberapa HP nie. Aku tak taw kenapa tapi aku dah kurang minat dengan Nokia. Aku pun tak taw kenapa. Dah puas hidup dengan Nokia kott ;p
Sony Ericsson? Lagilah aku tak nampak masa aku jalan-jalan tadi. Entahlah. Aku pun tak tahu mana SE dah hilang. HOHO
Tapi sekarang ini aku lebih tertumpu dengan HP yang boleh muat 2 sim card dan Qwerty keypad sebab bestt ! Dan kebanyakkan HP yang mempunyai ciri-ciri yang aku minat ini adalah HP yang Malaysian and China made. So ada aku kisah? :)
Weyh kawan-kawan, aku tak kisahlah pasal brand apa. Macam HP yang aku guna sekarang ini. Tiap kali aku keluar je dari poket aku, mesti orang akan tanya "Eh Blackberry ker?" Ehem-ehemmm, cik abang, cik kak dan cik adik, aku guna Ximax je lahhh ~ Malaysian made punya :)

This is my current HP. Best guna HP ni sebab nipis giler-giler dan keypad die best dan keras. Lepas tu erm ahh erm ahh ~ tapi memang best lah ! Haha :D
Excepat for the button yang tengah-tengah tue. Aku punya dah tercabut dah. Haha :D Ganas sangat guna lah weyhh ! :D Masa butang bulat yang tengah-tengah tu dah tercabut, susah giler aku nak tekan right left up down. So dengan kepakaran aku dalam bab musnah-memusnahkan ini, aku guna pisau dan cungkil belaka keypad die. HAHA :D

Tapi sayanggg. HP ini gagal menarik perhatian aku ketika aku kat kedai tadi. Ok babai awakk ! Next HP plissss ! :D

Tapiiiiii lepas aku fikir-fikir balik, aku bukan nya perempuan yang jenis suka benda-benda yang comel and girly sangat. So teettttt ! Aku reject HP ini. Lagipun HP ini extra die just Wifi jeee. So tak naklah aku. Kalau boleh aku nak HP yang ada belaka. Haha :D Apa yang belaka nya? Entah
-.- Aku pun tak tawww. HAHAH :D

Nokia C7. Ok ni adalah HP manyak latessttt maaaa ! Ada macam-macam tapi aku tak tahu apa yang macam-macam. Sebab apa? Sebab aku tak minat HP nie. Sebab apa? Sebab die screen touch. Aku susah sikit nak maen HP yang screen touch nie. Dah lah aku ni jenis yang nak cepattt je. Screen touch kan lambat sikit kan? Hehe :p

HP ini ada Wifi, kamera 5mgpx, memori 2 @ 4 Gig tak silap aku, tapi aku fikir-fikir balik, aku tak jadi nak berkenan dengan HP ini. See? Aku ni, bab-bab HP nie memang cerewet sikit ! Susah kalau nak beli HP dengan aku
Bagi aku, baik beli HP yang berkenan di hati. Lepas tu HP tu ada kelebihan-kelebihan yang aku rasa bestt dan berguna bagi aku. Dan HP tu pulak mestilah murah sikit, bersesuaian dengan features apa yang dia ada.
Dan prinsip aku, kalau beli HP, baik beli yang ada semua terusss ! Lagi senang. Kau boleh guna lama-lama sikit. Hehe :)
Makanya, dikala aku tengah berada dalam kekecewaan kerana ketiadaan HP yang berkenan di hati, tiba-tiba HP ini telah berjaya memberi sirna suria dalam senyuman aku pada petang ini :D

Lepas tu yang paling best ada Wifi, TV, Bluetooth, sound best giler. Dah dah dah cukup itu ! Kang aku bagitahu lebih-lebih kang, korang pulak yang pergi dulu beli HP ini -.- Lepas tu bila turn aku nak beli, dah habis. Menangis aku kat kedai tu nanti T___T
Harga? RM450 je bebbb ! Haaaaaaaaaaaa ~ Amacam? Murah kan? HAHA :D Ayah, sara nak beli HP ini. Muktamad ! :D
Eh aku cakap, macam lah ayah aku bagi. Kang kalaulah ayah aku tak bagi, aku bawak keluar duet PTPTN je terusss ! HAHA :D

Salam. Memandangkan ramai giler yang request dengan aku, macam mana nak buat tab menu, maka dengan ini, aku dengan murah hati, nak kongsi ilmu dengan korang :) Baik kan aku? Haha :D

Credit untuk Kak Intan sebab aku belajar dengan die :) Punyalah aku tak faham sangat-sangat, sampaikan die call aku taww sebab nak explainkan macam mana. Haaaaaaa ~ Ada berani nak buat ker? Hehe ;p
PERTAMA
Mula-mula korang kena ada tab menu tue. Ok. Macam aku punya ni, aku edit-edit dekat Picnik. Dekat Picnik, kita boleh edit tab menu ni sesuka hati kita.
Macam aku punya ni, aku amik gambar colourful. Aku nasihatkan korang guna background gambar tab menu yang kosong sebab nanti orang lain boleh tengok tulisan die :)
Size untuk tab menu adalah 100 x 40 pixel ! Ingat tuuu ~ Kang kalau tak, tak jadilah die :)
Ok kalau dah siap save dulu korang punya tab menu tu
KEDUA
Korang kena dapatkan URL bagi kesemua gambar tab menu yang korang buat tadi. Macam mana? Korang boleh uploadkan dalam Photobucket untuk dapatkan HTML Code die tue.
Tapi cara aku? Haha :D Konfem korang gelak punyaaaa . Aku upload dalam akaun Friendster aku. HAHA :D Sebab kat Friendster dia ada sediakan khidmat untuk dapatkan code-code gambar ini. Hehe :)
Tak faham? Tengok gambar bawah ini

Yang anak panah tu adalah macam mana nak dapatkan code gambar dan yang dalam kotak biru yang aku dah buat tu, adalah code bagi gambar home aku tue :)
Dah buat? Ok lets proceedd ! :D
KETIGA
Pergi ke Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/Java Script

Korang copy code-code gambar tadi kemudian paste kan di kotak HTML/Java Script dan dia akan jadi macam gambar dekat atas nie. Pandai-pandailah korang anggarkan berapa banyak space korang nak letak antara tab menu tue
Jangan bimbang kalau die ada terlebih ke bawah macam dalam gambar atas ini. Sebab tak ada effect apa-apa pun

Kalau lepas korang copy dan kotak tu akan keluar code-code macam dalam gambar atas ini, cepat-cepat klik 'Rich Text' kat atas tue. Aku dah buat arrow dalam gambar atas supaya korang faham
Kalau boleh kita tak nak code-code tu jadi macam ini sebab kita nak dapatkan gambar sebab nanti senang kita nak hyperlink kan die :)
Faham? Ok nexttt ! >
KEEMPAT
Lepas tu, korang pergi ke Dashboard > Posting > Edit Pages
Haaaaaaa ~ Ramai yang tak tahu apa function pages ni kan? Meh sini aku nak bagitahu
Pages ini adalah dimana kalau korang klik satu link atau gambar yang telah di hyperlink kan, dia akan bawak kita ke satu pages yang lain. Err faham tak?
Macam ini lah ! Kalau korang klik butang 'Tutorial' dekat aku punya blog ni, die akan keluar satu pages yang lain kan? Haaaaaa ~ Itu lah PAGES ! :D Adoii ~ terlebih excited lah pulakk ! -.-
Lets prodceed. Korang klik 'New Page'

Dia akan keluar satu window yang lebih kurang macam ni. Ok fine. Memang sama macam bila korang nak update blog tu kan? Tapi ni adalah PAGES ok? Bukan POST !
Dekat Page Tittle tu, suka hati korang lah nak tulis apa-apa pun. Contohnya, korang nak buat pages ini pasal diri korang kan? So korang tulis je lah 'About Me' keee. Hehe :) Macam gitu lahhhh ~
Lepas dah siap tu, korang boleh klik Preview, nak tengok jadi ke tak kan? Kalau dah puas hati, korang tekan lah Publish Page ! :D
Lepas korang tekan Publish Page tu, mesti akan ada keluar macam kat bawah ini kan?

Haaaaaaa ~ Jangan takut, jangan bimbang weyyhh ! Ni hanya cobaan sahaja ! HAHAHA :D
Korang klik dekat Blog Tabs dan cepat-cepat tekan butang Save and Publish tue :)

Bila korang view blog korang, die akan terpapar macam dekat gambar atas ini kan? Mesti korang pelik kan? Dah tu mana tab menu yang aku edit cantik-cantik tadi?! Haha :D Sabar cik kak, cik abang dan cik adikk. Aku nak bagitahu lah nie
Tapi sebelum tu, teruskan buat berapa banyak pages yang korang nak buat dan ulang benda yang sama macam aku bagitahu nie :)
Dah siap semua? Ok nextt !
KELIMA


Ok macam nie. Korang tekan pages-pages yang korang dah buat tadi. Kemudian korang copy link die yang ada kat bahagian atas sekali ! Yang mana? Yang macam nie haaaa ~ -.-

Haaaa ~ Korang copy link kat atas ni ok? Lepas tuuu pergi dekat HTML/Java Script pulakkk

Dekat sini, korang klik mana-mana gambar tab menu yang related dengan Pages korang yang korang copy tadi. Contohnya macam ini, kalau korang copy link Pages korang yang berkaitan dengan pasal diri korang, korang klik lah gambar tab menu yang ada tulis pasal korang. Faham tak?
Lepas dah klik tu, akan ada kotak-kotak putih yang kecik di sekeliling tab menu yang korang klik tu. Ok lepas korang dah klik, korang tekan butang HyperLink. Kat mana butang tue? Tengok kat gambar atas ini. Aku dah bulatkan untuk korang.
Lepas dah tekan, akan ada satu window keluar. Then korang paste kan link yang korang copy tadi dekat window tue. Then save ! :D
KEENAM
Teruskan buat sampailah korang dah habis paste kan link-link pages dalam tab menu korang. Lepas tu tekan je butang Save dekat window HTML/Java Script korang macam dekat gambar bawah ini

Lepas tu korang boleh lah letak kan kat mana-mana korang punya tab menu tu kat layout korang. Tapi aku nasihatkan korang letaklah kat bahagian atas blog korang atau bawah header korang macam aku buat nie :) Kang senang orang nak tengok dan klik jee :)

Haaaaaaa ~ Korang letak lah tab menu korang tu kat bahagian atas tawww ! :D
Then view lah korang punya blog ! Wahh ~ Dah ada tab menu korang sendiri kan? :D
KETUJUH

Apa yang akan terjadi dengan korang punya tab menu yang simple ni? Alaaa ~ Yang masa koragn buat mula-mula tadi. Hehe :D
Tak usah khuatir. Nampak tak butang Tools yang kecik tu kan? Korang just remove jeee ~ Tak payah takut sebab korang kan dah siap copy and paste and buat tab menu yang jauhhhhhh lagi cantik and comel kan? So yang ni kita remove je lahhh ~ :)
DAH SIAP !
Haaaaaaaaaaaa ~ pening kepala tak? HAHA :D
p/s ; Tolonglah baca dan fahami betul-betul apa yang aku buat nie. Jangan mudah berputus asa dan jangan cakap "saya tak tahu buat" sebab kalau aku boleh buat, korang pun mesti boleh buat. Ok? :D


Mana nak dapat kereta nie?!
Lepas tu aku nak cat kereta tu sebijik macam kat dalam gambar atas ni !
AYAAAAAHHHHHHHHH!