Mari Mari Mari Dengar Aku Membebel Pasal HP =.="
By Mysara Newrie - Sunday, January 30, 2011
Salam. Hari ini aku dan ayah aku pergi meronda-ronda di sekitar Kuala Terengganu sambil beli barang-barang apa yang patut. Macam barang dapur ke, lampu kalimatang ke, bateri ke and sesi rondaan kami termasuklah dengan mengsurvey-survey HP. HAHA :D
Sesi mengsurvey HP memang dah menjadi kewajiban aku ketika keluar berjalan dengan ayah aku sebab manalah tahu kannnnnn, kot-kot lah tersangkut dengan HP baru dan mood ayah aku ok, untung-untung dapat HP baru. HAHA :D Makcik kayooooo ! :D
Ketika aku tengah mengsurvey-survey HP, aku ada lah aim beberapa HP nie. Aku tak taw kenapa tapi aku dah kurang minat dengan Nokia. Aku pun tak taw kenapa. Dah puas hidup dengan Nokia kott ;p
Sony Ericsson? Lagilah aku tak nampak masa aku jalan-jalan tadi. Entahlah. Aku pun tak tahu mana SE dah hilang. HOHO
Tapi sekarang ini aku lebih tertumpu dengan HP yang boleh muat 2 sim card dan Qwerty keypad sebab bestt ! Dan kebanyakkan HP yang mempunyai ciri-ciri yang aku minat ini adalah HP yang Malaysian and China made. So ada aku kisah? :)
Weyh kawan-kawan, aku tak kisahlah pasal brand apa. Macam HP yang aku guna sekarang ini. Tiap kali aku keluar je dari poket aku, mesti orang akan tanya "Eh Blackberry ker?" Ehem-ehemmm, cik abang, cik kak dan cik adik, aku guna Ximax je lahhh ~ Malaysian made punya :)
This is my current HP. Best guna HP ni sebab nipis giler-giler dan keypad die best dan keras. Lepas tu erm ahh erm ahh ~ tapi memang best lah ! Haha :D
Excepat for the button yang tengah-tengah tue. Aku punya dah tercabut dah. Haha :D Ganas sangat guna lah weyhh ! :D Masa butang bulat yang tengah-tengah tu dah tercabut, susah giler aku nak tekan right left up down. So dengan kepakaran aku dalam bab musnah-memusnahkan ini, aku guna pisau dan cungkil belaka keypad die. HAHA :D
E72. Ok fineeee. HP ini memang bagus. Ayah aku guna E71 dan die berhasrat nak tukar yang E72 yang original. Tukar lah ayah ! Sara sokong ! Haha :D
Tapi sayanggg. HP ini gagal menarik perhatian aku ketika aku kat kedai tadi. Ok babai awakk ! Next HP plissss ! :D
Nokia X5. Sumpah mula-mula aku berkenan giler dengan HP ini sebab die cute sangat-sangat ! Haha ;D Dah lah bentuk petak, slide pulak tu, kecik comel loteeee je aku tengok. Haha :D
Tapiiiiii lepas aku fikir-fikir balik, aku bukan nya perempuan yang jenis suka benda-benda yang comel and girly sangat. So teettttt ! Aku reject HP ini. Lagipun HP ini extra die just Wifi jeee. So tak naklah aku. Kalau boleh aku nak HP yang ada belaka. Haha :D Apa yang belaka nya? Entah
-.- Aku pun tak tawww. HAHAH :D
Nokia C7. Ok ni adalah HP manyak latessttt maaaa ! Ada macam-macam tapi aku tak tahu apa yang macam-macam. Sebab apa? Sebab aku tak minat HP nie. Sebab apa? Sebab die screen touch. Aku susah sikit nak maen HP yang screen touch nie. Dah lah aku ni jenis yang nak cepattt je. Screen touch kan lambat sikit kan? Hehe :p
Nokia E5. Sumpah mula-mula aku tengok dekat Dungun, aku dah berkenan giler dengan HP ini dan aku target HP ini dari awal-awal lagi. Tapi petang tadi, aku jadi tak suke dengan HP ini. Entahlahh.
HP ini ada Wifi, kamera 5mgpx, memori 2 @ 4 Gig tak silap aku, tapi aku fikir-fikir balik, aku tak jadi nak berkenan dengan HP ini. See? Aku ni, bab-bab HP nie memang cerewet sikit ! Susah kalau nak beli HP dengan aku
Bagi aku, baik beli HP yang berkenan di hati. Lepas tu HP tu ada kelebihan-kelebihan yang aku rasa bestt dan berguna bagi aku. Dan HP tu pulak mestilah murah sikit, bersesuaian dengan features apa yang dia ada.
Dan prinsip aku, kalau beli HP, baik beli yang ada semua terusss ! Lagi senang. Kau boleh guna lama-lama sikit. Hehe :)
Makanya, dikala aku tengah berada dalam kekecewaan kerana ketiadaan HP yang berkenan di hati, tiba-tiba HP ini telah berjaya memberi sirna suria dalam senyuman aku pada petang ini :D
ETouch 707 ! Hoiiiii ! Sumpah design die menarik perhatian aku. Lepas tu ada 2 features yang paling aku nak iaitu Qwerty keypad dan boleh muat 2 simcard. Kamera 2.0 megapixels dan kamera die sumpah clear sebab aku dah test dah tadi ;p
Lepas tu yang paling best ada Wifi, TV, Bluetooth, sound best giler. Dah dah dah cukup itu ! Kang aku bagitahu lebih-lebih kang, korang pulak yang pergi dulu beli HP ini -.- Lepas tu bila turn aku nak beli, dah habis. Menangis aku kat kedai tu nanti T___T
Harga? RM450 je bebbb ! Haaaaaaaaaaaa ~ Amacam? Murah kan? HAHA :D Ayah, sara nak beli HP ini. Muktamad ! :D
Eh aku cakap, macam lah ayah aku bagi. Kang kalaulah ayah aku tak bagi, aku bawak keluar duet PTPTN je terusss ! HAHA :D
14 comments