I dont know what Allah had planned for me but Alhamdulillah
Memang sakit pada mulanya, rasa nak marah. Rasa nak burnout. Rasa nak menjerit sebab tak ada siapa dengar apa yang aku rasakan. Meluahkan pun takkan ada orang yang akan faham. Rasa sangat tak puas hati.
But I just go with the flow. Buat je lah macam biasa dan doa. Tarik nafas dan hembus perlahan, hadap je lah
Until that messages comes to me, which really hits me hard. Its on 9 September 2025.
Terus call, sebab tak percaya. Nak confirmkan "betul ke ni?" Then when I heard "ya Mai" I remembered that I become like a small kid who gets her Barbie doll, yang dah adored lama sangat. Then bila dapat, dia macam terus lompat-lompat tanpa pedulikan orang sekeliling pun. Rasa nak menjerit tapi kena control sebab dekat public place kan?
But sumpah, I wish I can scream at that moment :)
Finally, finally :')
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.
Ya Allah moga rasa syukur dan gembira ini berpanjangan dengan lebih banyak lagi perkara yang baik-baik sahaja yang berlaku. Moga semua doa-doa yang aku panjatkan kepadaMu dimakbulkan olehMu pada masa, tempat dan pada orang yang tepat mengikut ketentuanMu. Disaat aku menunggu itu, Engkau kurniakan aku kesabaran, kematangan, kebijaksanaan dan ketenangan padaKu yang menantikan takdirMu, amin
ps : Baru perasan, at the end of my last entry pun aku pujuk diri sendiri pasal rezeki :) Cantikkan Allah dah susun :)
Bismillahirrahmaniirahim
Banyak benda berlaku dalam life aku. Mostly pasal kerja je lah. Now aku faham bila ada orang busy kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Even kadang-kadang time weekend pun kerja? Aku macam whatt?
Now, aku lah orang itu. Yang nak ajak lepak pun kena tengok calendar. Yang tengah packing baju untuk travel lagi 2 jam, tetiba dapat calendar invitation kena p travel lagi. Yang lepas balik kerja pun sanggup p lepak mana-mana cafe sebab tahu kalau balik rumah, konfem takkan buat kerja. Dateline back to back sampai kena curi-curi masa nak bukak laptop. Yang dalam dewan tengah ada event berlangsug, tapi kau dekat luar dewan dengan colleagues kau sebab nak bincang untuk next event. Yang lagi 2 jam event nak start then kau and team kau terpaksa hijack event sendiri dengan plan on the spot yang baru terfikir. Belum campur lagi dengan kerja-kerja hakiki yang kena hadap data, reporting dan pelbagai event kena handle dalam masa yang sama, yang semuanya tak samaaaa langsung.
Hectic kan? But yeah, thats me.
Aku macam sedang menahan je sekarang ni. Nak kata okay, tak okay sebenarnya sebab benda ni hectic sangat sampai aku terpaksa amik vitamin untuk maintainkan diri sendiri. Nak kata tak okay, aku masih mampu gelak ketawa dan aku appreciate sangat dengan the journey itself sebab aku banyak belajar, nak lawan rasa takut aku. Aku pun tak faham dengan diri sendiri.
Dan bila dah jadi ini semua, mulalah diri tak stabil. Emosi entah pape je yang datang. Mengarut betul kan? But itulah hidup, itulah seorang perempuan yang perasaannya pun entah okay atau tak.
Doakan aku kuat. Aku mampu buat ini semua cuma kadang-kadang rasa best kalau kita tahu ada orang take care pasal diri kita kan? Lah?
Nevermind. I think I can manage this. Insha Allah pasti ada rezeki lebih yang berkat yang Allah nak bagi :)
Aku pun taktahulah apa yang tak kena dengan diri aku nie
Kadang-kadang macam okay, kadang-kadang macam tak. Bila okay, semua okay tapi bila tak tu, rasa macam nak ribut, tunggang-langgang semuanyaaa. Serba serbi tak kena, nak marah, nak nangis.
The truth is I feel nobody see me. Like 'see' me, in depth and real me. Maybe sebab aku sangat selalu portray diri aku yang sangat okay dan always "takpe" so maybe people take me for granted? Idk.
Kadang-kadang aku rasa adakah ini sebab childhood trauma aku? Aku tak dapat yang aku perlukan semasa kanak-kanak so end up, bila besar, aku jadi memberontak.
You know what, dalam hati dan jiwa aku ni, macam-macam aku plan aku nak buat itu ini tapi semuanya sebabkan satu benda, plan aku tu terus hilang. Why lah? Why lah aku masih nak stay di tempat yang sama sedangkan aku boleh je explore ke luar dan jadi bebas
Im afraid tapi why not, bebaskan diri kan?
Entahlah. Aku tak tahu dan aku jadi penat dah. Aku cuma nak rehat je. Aku rasa aku ni macam parasit pada diri sendiri yang makan diri sendiri dalam diam dan dalam.
Wow. What had happened to you mysara? You are not okay and thats not okay.
Orang cakap kalau overthinking kena journal kan? So here I am
Aku tengah fikir benda yang tak best ini. Rasa tak sedap. Rasa serabut so aku nak alihkan perhatian aku dengan menulis ni, senang je dekat blog. Plus, aku tahu tak kan ada sapa yang baca ni hihihi
I know Im gonna be okay but at first, aku kena acknowledged dulu rasa tak best ni
Aku ni manusia biasa, anak perempuan, kawan, kakak, mak long dan apa-apa sahaja yang orang anggapkan. Aku tak kisah
Tapi aku pun ada perasaan jugak.
*sigh
I dont have any words left to say. I need to spill it out tapi rasa macam takpelah, sebab kadang-kadang ada benda yang lebih enak kalau didiamkan sahaja, tak perlu nak diberitahu
Whatever happens, takpee Allah dah tentukan. Kau kena sabar dan berdoa banyak-banyak. Thats how I pujuk myself lah. Penat nak pujuk diri sendiri tapi I have to. Bukannya aku lemah dan lembik tapi alangkah bagusnyaaa bila kita tahu yang ada orang yang ada dengan kita untuk tolong ingatkan kita benda tu, kan?
Aku tahu Allah letakkan aku dalam keadaan ini sebab ada something yang lebih besar Dia nak bagi. Tapi sementara benda besar tu nak jadi, Allah bagi aku ujian dulu. Haihh - sabar tau Mysara? Kuatkan diri, senyum dan selalu buat baik dengan orang. Jangan sedih, jangan nangis tapi senyumlah :)
ps : doakan aku okay!