Owl Game

By Mysara Newrie - Friday, October 16, 2009

Salam. Sekarang ini saya tengah free dan rasa2nya mau update blog. Haha. Aku tunai janji taw. Kali ini aku akan sambung balik cerita pasal permainan burung hantu yang tertangguh sebelum ini. Hehe.
Lepas dapat tahu yang malam 2 kitorang akan main burung hantu dengan budak2 Form4, aku cuak gak ar. Aku duduk atas meja kat astaka sekolah 2 and pikir2 balik. Dah lah masa 2 malam Jumaat, kebetulan aku tengah cuti-cuti malaysia masa 2. Takut gak ar. Takut 'benda' 2 ikut balik ker. Aku nyaris2 dah nak cakap dengan Peyra nak out dari game ni tapi bile pikir usik mengusik menjadi hobi aku dan dengan muka2 kawan aku yang memang tak sabar2 + keseronokan tak hingat dunia, so aku pown decide, aku on je. Sebelum 2 aku da gak baca2 sikit. Yelah, untuk perlindungan diri.
Lepas 2 Naib Pengerusi Kelab Kembara, Cik Balqis Hanani kite agih2 kan tempat dan budak2 yang nak kena sorok. Aku dapat budak sebelah bilik aku. Haha. Aku redha je. Tapi yang tak bestnya, aku kena bawak budak 2 area parking bas. Kat situ kan kan kan, tempat 2 sangat2lah keras. Sebab ada banyak batu! Haha
So sesi kacau mengacau pown bermula. Mula2 bawak budak 2 pergi berjalan2 sambil tutup mata dia. At first, aku jadi bingung and buntu jugak ar. Tak tahu nak buat apa. So aku serahkan pada Peyra je untuk membawa budak 2.
Hish, nak sorok kat manalah budak nie..
Nak cari tempat yang gelap punyer lah susah sebab kat area parking bas 2 dah tak da pokok2 yang besar2 2 sebab dah kena tebang untuk buat bangunan makmal yang baru. So terpaksalah berpusing2 di area 2 sambil cari2 tempat yang sesuai.

Lepas hampir satu jam jugak ar, akhirnya Peyra letak die kat dalam tandas Bangla yang buat bangunan makmal 2. Tandas 2 aku tgk tak adalah kotor sangat pown. Lepas buka mata budak 2, Peyra dan aku mula cari2 tempat untuk kitorang sorok. Motif game ini ialah letak mangsa kita kat tempat gelap, tinggalkan die sorang2, kite pown kena sorok jugak asalkan kite nampak mangsa kite 2 tapi mangsa kite tak nampak kite dan masa 2 lah bermulanya sessi usik mengusik.

Lama juga lah nak kacau budak ini. Aku baling batu, menjerit lah. Macam2. Peyra lak asyik duk gelak jer. Dah lama 2 skali aku tgk da 2 orang budak laki. Fendi dan Luke dengan selendang yang dorang amik dari mana ntah. Dorang nak dtg kat aku dan Peyra tapi aku bg bahasa isyarat jgn dtg, takot budak 2 nampak. Dorang paham then dorang ikut jln belakang. Masa nilah aku nampak Luke pakai selendang putih 2 dan ikat jadi macam hantu pocong. Seram gak ar masa 2.
Kacau kacau dan kacau. Aku dengar gak budak 2 menjerit tapi sekali dua jer. Dalam dekat2 pukul 1 lebh, barulah Balqis and the geng mari menyelamat budak 2 dan bawak budak 2 ke astaka balik.

On da way nak balik, Luke cerita yang die da kacau sorang budak nie kat dalam bilik stor belakang dewan 2. Bilik 2 sangat kecik dan jarang2 je dibuka. Masa die kacau budak 2, die just ketuk2 je pintu bilik stor 2. Aku ulang, Luke just ketuk2 je pintu bilik stor 2. Tapi tetiba je budak 2 cakap "..jangan sentuh aku boleh tak?.." pe kes?? Luke tak caya, die kacau budak lagi lagi dan lagi dan budak 2 asyik ulang ayat yang sama dan sebut "..janganlah garu.." apahal nie? Luke yang nak kacau budak 2 pon jadi takut and terus panggil Balqis, suruh bawak budak 2 keluar dari bilik 2.
2 cerita lain. Kat surau pulak lain kes nye. Salah seorang budak yang kena nie pandai mengaji. Luke ni pulak [Luke lagi? nasib ko lah Luke nak kena malam 2] pergilan main peranan dier. Masa die dah nak dekat2 pergi kacau budak 2, dier terdengar da orang pompuan mengaji. Sayup2 je suara budak 2. Luke ni mula lah pikir yang bukan. Ditambah lagi surau kitorang 2 terletak kat area kaki Bukit Besar. Haih, die pown pe lagi, terus patah balik pergi ke tempat lain. Actually Luke tak taw yang budak 2 pandai mengaji. Haha
Cerita yang aku dengar pulak dari budak Form4 yang kena. Masa die kena sorok dalam tandas kat surau [tandas 2 jarang2 je guna taw] die da tengok pintu tandas 2 terbuka. Masa 2 lah die nampak da satu lembaga putih dengan rambut yang agak panjang jugaklah, mencecah bahu katanya, lalu kat situ then tiba2 ke pintu tertutup. Budak ini wat rileks je lah sebab die tahu yang kitorang yang kacau. So aku pon tanyalah kawan2 aku yang usik budak ni. Tapi yang menghairankan lah, tak da sape pown dalam kalangan diorang yang buat macam budak 2 nampak. Hah sudah! Then sape die yang budak 2 nampak? Mampos ar ko.
Balik je kat astaka, aku tengok dah ramai dah kawan2 aku dengan budak2 Form4 yang kena sorok dah ada. Masa 2 aku just duk atas kerusi je. Ntah camana kawan aku menjerit "..weh Rosmaria tertinggal!!.." apa lagi berlarilah kawan2 aku yang bertugas untuk menyorokkan die pergi kat tempat dier kena sorok. Rosmaria 2 tertinggal sebab kawan2 aku pergi kacau budak2 yang lain lepas sorok dier. Syok2 kacau budak2 yang lain, budak dorang sendiri yang tertinggal. Haih, nasib2x..

Balik je bilik, aku tengok Peyra Wawa Anis & Ain tengah duk berbual2. Aku pown joinlah sekali. Cerita balik apa yang terjadi malam 2. Lepas 2 aku terus mandi, membersihkan diri dari kotoran2. Sebelum tdo 2 aku da baca2 sikit. Yelah, untuk perlindungan diri jugaklah.

Aku bukan apa. Masa kat sekolah lama dulu, masa Minggu Orientasi Form1 yang duduk kat asrama, dorang da main gak game nie. Akibatnya, sehari lepas game 2, kawan2 aku dan senior2 aku yang lain kena kacau. Teruk jugaklah. Haih, seram gak ar. Masa 2 aku Form2. Lepas kejadian 2 aku decide untuk keluar dari asrama 2. Huhu. Masa 2 kecik lagi lah! Haha
Alhamdulillah. Sejak dari hari kitorang main burung hantu 2 sampai sekarang, tak ada pape yang berlaku. Nasib baik kan? Kalau tak, tak tahulah nak cakap apa.

Muka2 budak2 yang suke sangat mengusik orang. Haha. My friends


Cik Balqis Hanani kite [yang kecik molek dan pakai tudung putih] berucap..

"..saya mengucapkan trima kasih kpd kwan2 kerna menolong kami dan rancangan ini berjaya dengan cemerlang nya.. bla bla bla.."

Cik Aishah kite [yang kat tengah 2] dialah yang tertinggal Rosmaria 2. haha. My deskmate taw!

Pen off..!!




  • Share:

You Might Also Like

5 comments