Scandal ; Perlu Ke?

by - Wednesday, August 28, 2013

Assalamualaikum


When someone asked me to do an entry about scandal, aku macam gulpp ~ apa aku nak tulis nie? HAHA :D Sebab yelah ~ susah gak nie dan skandal skandal ni bukan hanya melibatkan orang yang couple, malah kadang-kadang orang yang dah berkahwin pun ada jugak :O 


Oh ya, aku menulis entry ini bukan untuk kenakan sesiapa, bukan nak malukan sesiapa or yang sama waktu dengannya. Aku tulis ikut apa yang aku rasa dan logik akal :) Kalau ada yang terasa, mohon maafkan hamba nie :)


Apa itu skandal? Skandal ni apa sebenarnya? Okaylah. Bagi aku lah, mengikut tafsiran aku sendiri, skandal ni adalah kau dah ada pasangan tapi dalam masa yang sama kau layan orang lain jugak macam kau layan pasangan kau. Contoh ; kau belikan awek kau bunga mawar, kau pun beli bunga mawar dekat skandal kau. Dan yang paling syoknya pasal skandal nie adalah kau buat skandal ni dalam diam-diam HAHA :D Memandai je aku nie -.-



Dah lumrah dunia kan, makin orang cakap jangan buat, lagilah kau nak buat kan? Sama jugak dengan skandal nie. Orang cakap "Setia pada pasangan!" tapi eh eh kau masih jugak cari skandal lain kan? Tapi skandal ni ibarat macam part time je, bukan full time, bagi aku lah kan ~ Tapi kadang-kadang ada yang break up dengan pasangan dia disebabkan skandal skandal nie


Eh eh ~ aku tak mengata dekat sesapa pun pasal skandal nie. Aku just cakap in general dan bagi pendapat aku je. Sebab kebetulan kawan aku pun suh aku update blog pasal skandal nie, aku buatkan je lah :)


Okay. Kenapa berlakunya skandal?


Skandal ni maybe berlaku sebab pasangan kita sibuk, dah tak layan kita. Pasangan kita sibuk belajar, kerja sampai tak ada masa untuk diri kita sendiri. So macam kita bosan dan kita pun mula cari orang lain untuk hiburkan diri kita


Skandal pun boleh berlaku disebabkan maybe kita terpaksa berpisah dengan pasangan kita sebab tuntutan kerja ke, belajar ke. So bila dah berjauhan, rasa sunyi dan bermulalah misi skandal-skandal nie. Yelah ~ selama ni kan selalu ada bersama, every time mesti jumpa depan mata so bila dah berjauhan, benda ni macam susah nak adapt lah


Skandal juga boleh berlaku disebabkan kita rasa bosan dengan pasangan kita, rasa macam tak sayang so kita pun cari orang lain, tapi tak nak break up dengan pasangan kita atas sebab dah berkahwin ke, dah bertunang or keliru samada nak break up atau tak. Fuh, dalam satu ayat tu!


Skandal pun boleh berlaku disebabkan (isi tempat kosong) sebab kadang-kadang kita tak tahu kan apa reason orang berskandal kan? Yang aku bagi dekat atas ni adalah based on kepada cerita-cerita kawan-kawan aku, based on pengalaman sendiri (HAHA) dan based on kepada logik akal aku sendiri lah :)


Perlu ke nak berskandal-skandal nie?


Bagi aku, A BIG FAT NO TO SKANDAL! Sebab aku sangat-sangat pentingkan kesetiaan. Dan aku percaya yang kalau kita dah sayang pasangan kita, kita takkan tengok orang lain, cari pasal dengan orang lain, takkan sia-siakan kepercayaan yang dah diberi. 



Cuba bayangkan kalau pasangan kita tahu pasal kita ada skandal nie? Mesti dia akan sedih dan tak percaya dekat kita kan? Dan mana tahu, dia nak break up dengan kita kan? Yelah ~ buat apa nak teruskan hubungan kalau dah tak boleh setia, dah tak sayangkan? Haa masa tu macam mana nak buat?


Skandal ni kalau dah terbongkar, memang payah. Memang sakit sebab akan menyakitkan semua orang. Yes, semua orang! Bukan orang yang couple sahaja tapi malah kepada kawan-kawan di sekeilling, keluarga, saudara-mara. Nampak tak? Dan skandal ni boleh jatuhkan reputasi kita pada orang lain dan jejaskan prestasi kerja dan study kita


Dan kepada yang terlibat dengan skandal, kalau boleh, please jangan libatkan diri. Sebab kita kena fikir dan letak diri kita dalam diri orang yang ditipu. Kita suka ke kena dipermainkan dan ditipu oleh pasangan kita sendiri? Tak kan? So kalau tak, jangan buat. Fikir perasaan orang lain dan akibat dari apa yang kita buat nie. 


Tapi tu lah kan, kita maybe boleh cakap tidak kepada skandal tapi bila bercakap tentang hati dan perasaan, kita tak boleh nak cakap apa. Sebab kalau dah tersuka, dah bosan dengan pasangan, walau keluar air mata darah sekali pun, tapi kalau hati dah kata nak, nak buat apa lagi kan?


Apa yang kita boleh buat adalah berdoa dan kuatkan semangat untuk terus bercinta selama-lamannya dengan pasangan kita. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kan? Mana tahu satu hari nanti hati dia akan berubah atau kita sendiri yang berubah kan? 


Aku memang cakap based on pengalaman dan dari cerita kawan-kawan aku. Memang aku tak suka tengok orang skandal ni tapi apa boleh buatkan? Ini soal hati dan perasaan, kita tak boleh paksa


Zie, are you satisfied enough with my thoughts? Korang ada cerita dan pengalaman korang sendiri? Apa pendapat korang pasal skandal-skandal nie?


 

You May Also Like

0 comments