Assalamualaikum
Hai semua. Ini adalah entry yang menunjukkan effort aku nak memenuhkan blog aku dengan kisah tulisan aku hehehhe
Okay. Hmm entahlah, tak tahu nak tulis apa hihihi
So my weekend berlalu dengan begitu sahaja. Tak ada special things pun. Just keluar makan dengan family, spend time dan tengok cerita dekat TV
Oh yess! Pasal dekat cerita dekat TV kan, aku paling melekat depan TV kalau ada cerita memasak atau macam reality shows. Ok copp! Bukan macam reality shows macam menyanyi ke apa. Eh tipuuu ~ padahal lepas Subuh menghadap TV layan The Voice dekat AXN -.-
Aku rasa family aku tahu aku dekat rumah kalau aku bukak channel 727 iaitu Food Network Channel. Hahah sebab aku suka betul orang memasak dan belajar tips tips dan tengok diorang masak apa. Walaupunnnnnnnnnn jarang memasak aku ni tapi alhamdulillah, setakat ini kalau aku masak bolehlah orang makan tanpa muntah hahahah
Aku ni tak adalah pandai masak tapi kalau belajar, rasanya boleh jadi chef dekat rumah. Aku ni suke memasak tapi tu lah ~ biasalah malas kan? Balik kerja tidur, Balik dari kelas tidur. Sebab tidur adalah best heheh
Aku paling suka Barefoot Contessa dari Ina Garten sebab dia masak memang nampak sedap dan bersih je tengok dia memasak. Macam tak adalah nampak eiiii eiii kotornya! Sebab kebersihan dalam memasak tu kan penting. Lepas tu dia pun jenis slow je, tak kecoh dan tergopoh gapah sangat masak so best lah tengok hehehe
Padahnya tengok Food Network Channel adalah - terliur dan teringin nak makan lepas tu pergi dapur, konon nak masak tapiiiiiiiiiiii bahan tak cukup! Nak keluar makan, malas so simpanlah kempunan sensorang diri hahahhaha
Lepas tu cerita yang aku tak boleh nak alihkan dan memang akan stay diam depan TV sambil cakap "Gilerlah!" adalah Ghost Hunter. Dulu dulu aku ni tak suka giler tengok cerita hantu tapi sekarang ni macam dah okay sikit, rasa macam ingin tahu dah makin ada so bolehlah layan tapi kena berpada-pada hahahah
So alkisahnya duk layan channel KIX HD sekali terlayan Ghost Hunter nie. Ceritanya pasal diorang satu group yang akan pergi ke rumah client mereka yang didakwa kena kacau lah, dengar suara lah, dengar orang berjalan kaki lah dan macam-macam lagi.
Diorang ni satu group ni tapi yang gambar atas ni group lama diorang. Sekarang ni dah ada orang baru, ada yang investigator in training. Apa yang aku suka sebab ianya adalah satu hunter yang memang betul-betul, diorang hunt hantu tu bukan sebab nak menakutkan ke apa tapi sebab nak tahu, kenapa hantu ni suka kacau. Adakah sebab diorang mati tak tenang ke apa ke kan
And diorang sumpah berani nak mampus. Kalau aku, konfem takkan dah nak join benda-benda macam nie. Diorang pulak akan rekod, akan cek guna peralatan canggih dan kalau nasib mereka baik, diorang akan ada direct interaction dengan hantu. Contoh macam kalau diorang tanya soalan "Adakah awak ni pemilik rumah ini dulu?" dan hantu tu akan bagi jawapan macam bunyi ke atau boleh detect kehadiran mereka dengan guna alat mereka yang entah apa entah nama dia
So benda-benda ni memang akan buat kau cakap "Gilerlah! sambil cakap dan pleaseeee siapa tengok cerita ini jangan nak cakap jugak. Sebab kadang-kadang kau kena dengar betul-betul bunyi tu dan baru ada feel. Hahah over tauu ~
So dua cerita ni setakat ini yang memang boleh buat aku macam "Alaaa tak nak keluar lah! Nak duduk rumah tengok TV!" HAHAHA Tapi Barefoot Contessa tu aku tak kisah sangat kalau tinggal cerita dia. Tapi kalau cerita Ghost Hunter tu, oh please no no no no ~ memang akan melekat depan TV sampaikan dengan ayah aku pun join sekali tengok cerita tue
Act ada lagi cerita lagi dekat TV yang aku suka tengok contoh macam The Voice, American Ninja Warrior, My Kitchen Rules (WEYH SUKE GILER TENGOK!) lepas tu cerita macam talk show ke macam Oprah Winfrey kan? Entah ~ sebab aku suka tengok cerita yang bagi aku info dan input. Lepas tu yang sekali tengok, terus habis cerita tue. Tak adanya nak bersiri bagai macam cerita Rindu Awak 200% Opss! Hahah :D
TBH, aku tak tengok Rindu Awak 200% sebab aku rasa masa dia tak sesuai nak tengok TV dan aku tunggu orang download then aku boleh copy je terus dalam lappy hahaha
So apa cerita favourite korang setakat nie? Boleh share?
0 comments