Sailang? Bincangkan.

By Mysara Newrie - Tuesday, September 02, 2014

Assalamualaikum


Sailang? Fuh ~ satu perkataan yang macam boleh menusuk jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh ke dalam hati bila sebutnya. Sebab apa? We already knew the meaning whattt


Tapi honestly, aku tak rasa semua orang ada definisi yang sama dengan maksud SAILANG ini. Sebab semua orang ada sejarah dan pengalaman masing-masing dan of course akan ada bermacam-macam maksud sailang dari perspektik korang kan? 


Tapi cuba fikir-fikir baliklah sebenarnya. Sailang ni sape je lah yang nak kan benda tu berlaku. Selalunya kes ni akan terjadi bila si A dan B couple lepas tu tetiba dapat tahu si C ni pun ada affair dengan si B. Dah si A ni yang meroyan tak tentu pasal, apatah lagi si C ni sebenarnya adalah kawan baik kepada si A. Perghh ~ havoc kau kes sailang nie. Well ~ basically semua orang tahu dan faham macam tu lah jalan ceritanya kan?


A dan C adalah kawan baik dan B adalah pakwe kepada si A. Get it now? Nak kasi korang faham sikit apa yang aku nak explain cause I have my own theory behind the sailang case nie. fuh ~



Bagi aku lah ~ ada certain people yang memang akan macam habis-habisan kutuk dan meroyan si C ni dan tuduh macam-macam. Cakap perempuan sundal lah, dasar betina jalang lah, perampas lah dan macam-macam lagi. Tak cukup dengan itu, pergi pulak update dekat social media, tuduh orang itu ini lepas tu nak lagi havoc pulak, pegi kecohkan dekat member-member yang lain dan tak memasal semua orang tahu dan bila ada kes sampai-meyampai ni, konfemlah ada tokok tambah kepada ceritanya kan? Mana aku tahu? Sebab its happened around us cuma kita je yang tak perasan kan?


Ada dua keadaan yang mungkin berlaku kepada si C sama ada :


1) Dia akan hentam balik jugak. Well ~ dia akan kutuk balik si A. Dah elok kawan baik, terus jadi musuh ketat utama sebab kan hal nie. Dah masing-masing duk pung pang pung pang dekat social media. Why social media? Cause they are keyboard warriors! Hahahaha tapi ada jugak kes yang memang berani bergaduh depan-depan, tu yang sampai kes tarik tudung tu kan?


2) Dia akan senyap. Dah tau dah buat salah, takkan lah nak bising jugak kan? So duduk diam dan buat macam tak tahu pape dan berbahagialah dengan pasangan barunya. Orang yang macam ni pulak ada dua jenis ; samada dia tahu dia salah dan sebab tu dia diam atau dia memang jenis memang tak malu sebab dia pentingkan diri sendiri. Ibarat "Aku dah dapat apa yang aku nak, so persetankan semuanya"


Dan of course si lelaki atau si A ni akan bangga sebab dua perempuan berebutkan dia atau dia akan mula berasa salah. Aku tak tahulah dari pihak lelaki macam mana kan tapi entahlah ~ tak tahu apa yang diorang rasa sebab tak pernah tahu. So tinggalkan yang kes si A ni dulu, biarkan sesiapa yang nak tolong explainkan ke 


So ini adalah senario yang basically semua orang tahu dan faham dan dah dapat agak dah. Konfem punya. Sebab kes sailang ni bukan dah sampai ke orang couple bahkan kepada orang yang kahwin pun ada jugak. Come on dude ~ sekarang ni nak curang bukannya susah kan? Apatah lagi adanya social media yang berlambak tue


BUT IN MY OWN PERSPECTIVE okay, sailang means yang kau memang tak ada jodoh dengan dia. Thats it. Simple je kan? Kalau tak, kenapa ada sailang kan? Sailang ni macam ibarat salah satu cara je yang menunjukkan kau memang tak ada jodoh dengan dia selain dari pasangan kau meninggal dunia, bercerai atau berpisah, halangan keluarga etc dan sailang adalah salah satunya




Why?


I believed in Allah swt dan sailang ni adalah salah satu cara yang nak tunjukkan maybe dia bukan pasangan yang baik untuk kita. Maybe dalam satu tahap, kita akan terus merayu dan menangis, pujuk rayu tapi kalau dah Kun Fa Ya Kun yang mengatakan dia adalah jodoh kita sampai ke akhirat, jadilah seteruk mana pun kes sailang kau - when he is our jodoh, he will be, Insyallah


Mungkin kes sailang ini terjadi sebab Allah swt nak uji kita berdua. Yes, hidup ni memang penuh dengan cubaan dan Allah swt takkan pernah berhenti nak uji kita sebab Dia rindukan rintihan kita. Tu je. He miss you and when He find you lost, He will guide you.


Tapi kalau dah kes sailang ni sampai dah peringkat yang sampai mereka berkahwin, ask ourself - siapa kita untuk menidakkan takdir Allah swt yang Maha Besar tue? Kita ni hanya HambaNya yang terus menerus akan berharap dengan dia. Kalau dah memang jodoh mereka berdua, kita doakan yang baik-baik sahaja dan percayalah bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita



So bila jadi kes sailang ni, istighfar banyak-banyak. Renung balik apa yang kita dan dia buat yang mungkin Allah swt murka dengan kita dan Dia tarik dia dari kita untuk kita perbaiki diri kita. Believe in Allah, remember that. Sudah jodoh mereka berdua, who are we to question about that?


Kepada si A dan si C - berdamailah kamu. Masing-masing dah besar dan takkan kamu berdua bodoh sangat sampai nak putuskan tali persahabatan yang dah terjalin? Come on ~ be matured bebeh and always pray good for both of you. Selagi boleh bincang, try bincang elok elok. Kepada si A, jaga pakwe awak baik-baik. Kepada si C, atleast cuba elakkan dari sailang atau apa apa sahaja berkaitan dengan ini. You know the consequences kan?


Si A - just setia pada yang satu. Kalau ada masalah, cubalah bincang dulu. Jangan buat kerja belakang sebab bila dah terbongkar rahsia, korang jugak yang menanggung. Bajet hot lah tu ye sebab ada orang berebutkan kamu? Dont .


Ingat Dia. Redha dan mohon diberi petunjuk Allah swt. Doa banyak-banyak moga diberi kekuatan. Ada sebabnya Allah swt jadikan ini caturan hidup kamu. Cuma hikmahnya adalah cepat atau lambat saja. Kalau dah memang dia jodoh kamu sampai ke akhirat, larilah dia sejauh mana pun ; dia akan tetap balik kepada kamu. Pegang ni


Tapi aku tak nafikan ; sakit tu memang sakit. Tapi dah nak buat macamana kan? Cinta tak boleh memaksa dan dipaksa. Its come naturally.



Kenapa aku macam boleh relaks dan tenang je? 
Sebab aku pernah berada dalam situasi ni. 


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments