Perbezaan Zaman Diploma dan Degree Yang Perlu Anda Tahu

By Mysara Newrie - Thursday, February 05, 2015

Assalamualaikum


Yezza. Seperti yang dijanjikan di entry yang sebelum ini, aku akan tuliskan pasal apa perbezaan antara Diploma dan Degree. Matriks/Asasi/STPM dan sewaktu dengannya aku tak dapatlah nak bagi tapi at least you guys can read so that you can have a brief understanding about Degree. Wah ~ speaking uolss!


WARNING! Aku akan bagi perbezaan berdasarkan pengalaman aku sendiri dan dari segi skop pembelajaran aku sendiri iaitu perbezaan Diploma Pentadbiran Awam dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Sebab apa? Sebab aku belajar! HAHAHA Okayy tak lawak lulz -.- So kalau ada yang tak sama, mintak maaf yer :)


So I will try to make it short and simple okay? 


10 PERBEZAAN DIPLOMA DAN DEGREE


PERTAMA For sure kau tak boleh samakan Dip dan Degree dari segi pembelajarannya. Kalau dari Diploma, maybe kau boleh amik sambil lewa. Contoh, kalau esok nak midterm, malam ini kau baru study. Yeahh ~ dan kau dengan bahagianya dapat jawab midterm tu dengan senang hati. Sebab apa? Sebab senang kan? Lepas tu tak banyak benda nak kena cover

Study for Service Mgt untuk final exam baru-baru ni :)

Kalau Degree, dua minggu lagi nak midterm, tapi minggu ini kau dah start macam kemas-kemaskan nota, baca apa yang patut, buat past year, jumpa lecturer kalau tak faham. Even lecturer pun akan cakap pasal midterm walaupun midterm kau baru minggu depan! See, nampak tak?


Aku bukan nak cakap Degree ni susah ke apa tapi Degree ini bukan teori semata-mata. Ianya adalah praktikal yang kau kena apply juga dan meliputi pelbagai aspek kehidupan kau. Kalau Dip dulu maybe kau macam faham dari segi satu skop sahaja. Tapi untuk Degree, kau kena fahamkan semuanya dan bila aku cakap fahamkan semuanya, its mean yes - maybe akan melibatkan satu dunia. Who knows kan?


Contoh, masa Diploma aku belajar Local Government dari aspek dalam Malaysia sahaja. Tapi bila Degree, aku kena belajar Local Government yang dekat US, United Kingdom, dekat India, just name a few. Weyhhh ~ amenda nie?! Pergh ~ serius aku macam "seriuslah kena belajar LG dekat negara luar?" Yess! Itulah dimaksudkan dengan perbezaan Dip dan Degree! :D


KEDUA lecturernya! Yezaaaa. Yang ini memang aku akan tekankan sangat-sangat. Lecturer dip maybe akan guide kau 100%, akan bagi dari A to Z dan pelbagai lagi. Sebab masa Dip ni kau ibarat macam kanak-kanak yang keluar nak main jongkang-jongket tapi mak ayah kau masih perhatikan kau dari jauh lagi. Get it? Means that dalam kelas maybe lecturer akan terangkan satu persatu secara details, akan bagitau kau apa yang kena buat, akan bagitau kau apa yang salah dan betul.



Tapi lecturer Degree takkan buat macam tue. Aku bukan nak cakap lecturer dah malas ke apa tapi hello? Kau dah 22 tahun dan ke atas masa kau sambung Degree so aku yakin sangat-sangat otak kau dah matang. Kau dah boleh fikir betul dan salah, apa yang patut kena buat, dah kena ada back up plan kalau plan A tak menjadi, dah boleh belajar sendiri sebelum masuk kelas dan pelbagai lagi. Tips aku adalah always ask yourself kalau ada apa-apa jadi, adakah benda tu akan senangkan lecturer atau tak


Contoh, dah tahuuu lappy kau akan hang atau buat problem, back up lah cepat-cepat semua assignment kau. Macam aku, masa aku buat research - lappy aku macam dah kerepot sangat sistemnya. Kejap hang, kejap bunyi macam mesin sebab kuat sangat hahahah so aku back up awal-awal dekat email. Yes, benda-benda macam ni memang simpel dan hekelehh tapi kalau dah terjadi betul-betul dekat kau, kau mampu nak cakap hekeleh lagi? Takkan punyee





Kebanyakkan lecturer masa Degree akan expect kau dah boleh buat semuanya dan nak tengok hasilnya. Mereka akan tengok dan akan tegur apa yang patut, apa yang tidak. Mereke expect kau datang jumpa dengan dia dengan ada kerjanya, ada benda dah buat, kau dah faham atau ada basic pasal something dan bukan dengan otak yang kosong! Ingat, kita masuk dalam kelas dalam keadaan 80% iaitu kau dah sedia sebelum masuk kelas dan 20% lagi adalah dari lecturer which is akan menjadikan 100% tahap penguasaan kau dalam study! yeahh!


Okay next


KETIGA dari segi nota-nota dan buku-buku. Yezaa. Masa dip dulu yesss aku memang admit aku bergantung 100% pada slides sahaja. Which is aku akan pegang dan hafal dan fahamkan benda tu sahaja. Tak ada nota extra yang lain. Even kau tak beli buku teks pun, kau dah faham sebab senang dan maybe lecturer dah terangkan secara details dalam kelas

Take 5 dulu kejappp masa dalam kelas!

Kalau dekat Degree, takkan punyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee kau nak buat macam tue. Yes, aku mengakku buku teks Degree basically memang mahal. Around RM 80 macam tue lah tapiiii wa bagitau sama lu, buku teks sangat-sangatlah berguna. Bukan sahaja dari segi explanation sahaja, ianya juga akan bagi contoh-contoh supaya kau akan faham. Kadang-kadang ada buku teks yang cantik dan menarik contoh macam Organizational Behavior, Strategic Management dan Public Service Managment, just name a few

Meja study ku semasa part 3 Degree di Shah Alam :)

Buku teks sebenarnya akan bantu kita untuk faham sebenar-benarnya. Macam aku cakap tadi, lecturer just bagitau sahaja tanpa memberi explaination secara details. Slides pulak memang simple giler babeng so haruslah kau kena ada buku teks. Memanglah mahal tapi ilmu tu babe, mana nak dapat?Alangkan iPhone 5 pun boleh beli, apatah lagi buku teks kan? Hihihihihi *gelak tutup mulut


KEEMPAT assignment dan presentation. Assignment Diploma maybe senang sikit dan kau just rujuk buku yang dipinjam library pun dah okay atau kau hanya perlu rujuk je slides kau. Tapi tidak untuk assigment Degree. Kau memang kena faham betulbetul dan applykan semuanya. Takkan cukup dengan satu buku, mesti kau akan kena Google dekat internet jugak. 


Macam aku dan kawan-kawan aku, kami buat assignment bukan setakat guna buku. Kami ada jugak guna research dan journal sebagai bahan rujukan kami. Nak lagi havoc, pergiii ke tempat-tempat yang ada relate dengan assignmet dan interview orang yang berkenaan. Contoh, macam subjek Public Finance dan kami kena buat pasal Audit so aku dengan kawan-kawan aku pergi je Pejabat Audit di Seremban dan Alhamdulillah, we exceed the expectation of our lecturer, Sir Zulhilmi :)

Travel from Seremban to Jitra, Kedah.
Kami p interview orang kampung untuk hasilkan video dokumentari kami, demi assignment kami

Based on my experience, interview orang-orang di Kementerian dan Jabatan memang best sebab dapat ilmu, dapat tengok secara live depan mata, dapat tanya macam-macam. Maybe dari segi nak contact mereka susah sikit sebab kena deal dengan beberapa orang tapi heyy ~ itulah yang dikatakan belajar! Ada pengalaman buat itu ini. Insha Allah akan berguna masa korang nak kerja nanti :)


Dari segi presentation pulak, most of lecturers have high expectation towards your presentation skills and your level of confident and your creativity level. Mereka expect yang kita semua mampu buat. Diorang mesti nak tengok dari segi macam mana kau present dan terangkan semuanya dan nak test samada kita faham ke tak dengan apa yang kita present and please jangan baca slides! Korang dah Degree kan? So present not reading! Its okay nak pegang kertas kecil satu as a guidelines so that helps you to stay in track tapi jangan baca slides tau :)

Gambar fresh dari oven sebaik sahaja selepas ViVA kami haritue hahahha
Alhamdulillah, our VIVA went so well :)
Presentation yang creative dan menarik, better understanding on the issues, high level confident and good presentation skills akan selalu akan dapat pujian dari lecturer. Nanti korang tanyalah lecturer, apa ciri-ciri dan criteria yang lecturer nak dan cuba untuk hit that points. Cuba fikir out of the box okay :)

Salah satu assignment group aku, scrap book bentuk rumah heheheheh

KELIMA kawan-kawan. Kawan-kawan masa Diploma dan Degree adalah sangat berbeza, I tell youuuu hahahah Kawan-kawan masa Diploma adalah mereka yang tak tahu apa-apa, kawan-kawan yang sama-sama giler-giler. Tapi berbeza dengan Degree sebab masing-masing dah besar. Latar belakang yang berbeza juga akan buat kita akan ada kawan-kawan yang macam perangai so nasihat aku adalah pilih kawan-kawan yang memberi kebaikan kepada kita


Ada certain kawan-kawan yang mungkin akan pijak kita dan gunakan kita untuk kebaikkkan mereka sahaja. Avoid them. Once kau dah fikir "diorang ni ikhlas ke kawan dengan aku", saat itulah kau kena avoid mereka serta merta sebab kalau diorang ikhlas kawan dengan kau, kau takkan tetiba ada pop up soalan macam tu dalam otak kau kan? 


Aku bukan nak cakap kawan-kawan masa Degree ni jahat ke apa ke cuma masing-masing dah besar dan akan buat apa sahaja untuk kejayaan diri sendiri. Ada yang akan kedekut ilmu, taknak tolong member, ajak kau buat benda yang tak baik ke apa ke. Dont. Again, avoid them. Kau dah boleh fikir sebab kau matang so kalau ada rasa ada benda tak kena, jauhkan diri cepat-cepat okay?


KEENAM masa! Yes! Masa adalah sangat-sangat bernilai bila kau dah Degree ni. Setiap saat itu macam ya Allah bergunanya kau nak buat itu ini. Nak settlekan itu ini. Masa tu akan lagi suntuk kalau kau ada terlibat dengan persatuan pelajar, macam aku ni. Aku bukan nak berlagak ke apa tapi yeah ~ ini realitinya

One of the meetings that I attend at 6,30 pm where everyone is available at that time 
Masa Diploma kau ada masa nak hang out all the time. 3 hari berturut-turut lepak mamak pun apa ada hal kan? Tapi tidak untuk Degree sebab setiap saat kau akan ada kerja. Habis kerja yang ini, datang pulak kerja yang itu. Memang takkan sempat nak siapkan semua kerja, even kalau kau start buat kerja dari awal hahahhaha


Berdasarkan pengalaman aku lah, even kau buat awal pun, last minute jugak nanti kau akan kelam kabut buat kerja. Nasihat aku adalah dapat kerja, terus buat. Listkan apa-apa yang penting dulu nak buat, mana yang kena siapkan dulu, what is the top priority. Sebab masa Degree ni memang ada banyak kerja cuma kau kena pandai tau mana yang penting dahulu


Di Degree jugak, you have to learn say NO to certain things. Kau tak boleh nak cakap YES untuk semua benda sebab nanti akan makan diri kau. Ingat balik top priority list kau tu. Contoh, kau memag nak sangat karaokeeee dengan kawan-kawan kau tapii kau sedar kau tak study lagi untuk test pada hari lusa. So say NO supaya kau dapat study, melainkan kalau kau dah study dan nak p karaoke. Bolehlah follow sebab atleast release tension kan :) Elehhh tahu sangatlah aku perangai engkorang nie, nak berjimbaaa je hahaha


KETUJUH duit. Perghhh ~ duit memang sangat-sangatlah akan menjadi sebab utama kau stress, esp kalau kau stay rumah sewa. Macam aku, Degree ni aku memang stay kolej sebab aku JPK Kolej so tak terasa sangatlah pasal kes duit tue. Tapiii duit aku tetap habis jugak sebab beli buku, bayar untuk buat assignment, pergi interview orang sebab duit minyak, duit makan, duit tol lagi lepas tu dengan duit photostat lagi, duit print assignment lagi. See? 

Behind the scene making the scrap book

Benda-benda macam yang aku cakap tadi memanglah tak terasa sangat masa Diploma tapi bila Degree, kau memang akan rasa macam tak cukup duit. Again, list the priority things. Sebab masa Degree, kau nak perfect dari segi semuanya. Takkan nak hantar assigment dengan stepler je weyh? Paling kurang mesti nak kena ada tape binding hitam kan? So kenaaaaaaaaaa beli tape hitam, about RM3 kot aku rasa. See? Inilah yang aku maksudkan :)


KELAPAN social life. Aku percaya kita ni masih muda dan kadang-kadang nak jugaklah macam tengok wayang ke, karaoke ke kan? Hahahah ele elel elehhh macam aku taktahu perangai budakbudak UiTM nie hahahahhaha Bagi aku kan, tak salah pun kalau nak hang out macam nie, nak release kan tension sebab kalau berterusan buat kerja pun , tak bagus jugak sebenarnya :)

Mandi air terjun dengan classmates after habis exam midterm!

Tapiiii kalau dah seminggu sampai 3 kali kau karaoke selama 3 jam, amenda tue? Sekali karaoke sampai 3 jam dah total RM60 lepas tu sampai 3 kali so darabkanlah. RM60 x 3 = RM180 seminggu kau habis kan untuk karaoke sahaja! No, this is so not good for you. Duit sebanyak tu boleh cover untuk beli dua buku teks tau? Mana lagi penting? Again, listkan benda utama dalam life kau dan ingat balik, kau datang U nak belajar kan? Ingat balik mak ayah dan harapan mereka


Tak salah nak havoc time dengan kawan-kawan cuma kau kena pandai limitkan. Fikir samada benda tu okay ke tak. Ni sampai every week nak overnight, apa kes? Macam dulu masa Diploma, memang aku admit selalu overnight dekat McD sebab nak buat kerja tapi harapanlahhh sebab end up, aku duk borak dengan kawan-kawan. Tapi bila dah Degree ni, bila kawan-kawan ajak kau p overnight, kau akan macam "Hah? Nak buat apa? Baik aku tidur!" Yesss sampai tahap macam tu sekali sebab kau dah matang, kau dah mula fikir mana benda penting yang perlu kau utamakan


KESEMBILAN kesihatan. Ya, perkara ini kau kena sangat-sangat tekankan esp sebagai seorang pelajar. Busy busy jugak tapi kau punya kesihatan kena jaga. Makan ikut time, tidur kena cukup. Sebab Degree ni terlalu banyak kerja yang melibatkan otak. Bila otak penat, automatik badan akan penat jugak. Sebab tu kau tak nak overnight sebab kau nak tidur! HAHAHAH Nampak tak related dia dekat situ? hahhahaha

Ni masa Diploma, semasa selalu mengantuk dalam kelas hahahhaa

Bila badan dah mula ne no ne no ne no ne no (bunyi siren ambulans lah), rehatlah. P tidur kejap. Serius, tidur sangat sangat membantu kau. Jangan memandai nak paksa diri kau sebab bagi aku lah, takada gunanyaaa kau buat kerja siapkan kerja cepat-cepat tapi quality kerja kau tu zero. Nanti kau sendiri tak puas hati, apatah lagi lecturer kau. See? So kalau penat, mengantuk - go get some rest. Pergilah tidur ke, refreshkan minda kau balik :)


Aku pernah demam tak demam. Siang okay je, tapi lepas Maghrib, badan terus demam panas dan ting tong terus tak boleh buat apa-apa. Mata ni merah semacam je sebab bengkak dan tak cukup tidur. Migrain tu tak usah cakaplah, menjaja aku cari orang yang boleh tolong urutkan kepala aku sebab dah stress sampai kan aku rasa tegang semacam dekat dahi aku nie. Haaaaaaaaaa ~ hebat tau penangan Degree nie?

My research partner with me :)
Apa yang aku nak highlightkan adalah bengkaknya mata kami masa nie
Masa ni adalah paling kritikal bagi aku sebab demam tak demam, demam tak demam

KESEPULUH niat. Dulu masa Diploma niat kau macam main-main, nak jumpa kawan-kawan atau hanya sekadar nak jauhkan diri dari mak ayah sebab yelah ~ first time berjauhan denga family kan? Except kalau kau pernah duduk asrama dulu masa sekolah. Degree ni, tolong betulkan niat.


Bagi aku, niat kita adalah penentu kepada kejayaan kita. Degree ni kau dah tak boleh main-main dah. Kau dah besar, dah matang. After Degree, maybe kau nak cari kerja, nak bagi mak ayah rehat atau ada yang dah nak kahwin kan? So niat tu kena betul. Niat tu adalah penting dan akar kepada segala tindakan kita


So, perbetulkan niat kau. Mintak doa dengan Allah swt. Allah swt lagi sukaaa kalau kita mintak dengan Dia. Istiqamah dengan Dia dan segala perbuatan kau. Insha Allah, kalau kau dapat restu mak ayah, restu Allah swt pun akan turut iringi kau. Kata nak berjaya kan? Takkan nak berjaya di dunia sahaja, akhirat nanti macam mana? :)

Always ask Allah swt to guide and give you strength for all the hardships

Okay dah tamat! Perghhh ~ aku dah try nak make it short and simple tapi macam tak berjaya pun. Bear in mind yang semuaaaaaaaaaaaaaa perbezaan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri yang aku rasa maybe boleh shareken kepada korang semua. Kalau ada yang berbeza, tak sama dengan aku, suka hati lah hahahha


Aku bukan nak takutkan korang yang bakal jadi Degree student tapi ini adalah realitinya. Sebab dulu aku memang totatlly blank dan tak tau apaa-apa. So harapan aku adalah bila korang dah baca entry ini, korang dapatlah gambaran secara kasar dan prepare dari segi fizikal dan mental


Goodluck adik-adik semua. Kalau ada soalan pape, boleh saja tweet atau DM aku di FB. I'm glad to help you guys sebab aku nak kita semua berjaya. Aku dah penatlah baca kes kes tak best dekat paper kita hari hari :/


Jangan ada yang tak nak sambung Degree sudahlah lepas aku postkan entry ni U.U


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments