Officially Graduated in Bach. Degree in Administrative Science (Hons.), Alhamdulillah :)

by - Monday, February 16, 2015

Assalamualaikum


Hai semua apa khabar? Semoga semuanya sihat di bawah lindungan Allah swt. Wah dah macam buat surat kiriman tak rasmi masa sekolah pulak! HAHAHAHAh lulz -.-


Sebelum tu, mari kita baca Al Fatihah kepada Allahyarham Datuk Hasbullah Awang dan Tok Guru Nik Aziz. Ya Tuhan, rasa sedih sangat bila dapat tahu Tok Guru dah meninggal dunia. Tengoklah macamana pemergian dia telah menyatukan kita semua, tak kisah dari latar belakang apa, politik apa, umur dan asal mana. Sedihnya bila Tok Gura dah pergi. Aku pernah jumpa sekali je Tok Guru masa dekat Kota Bharu dulu. Senyum sentiasa di muka dia, jernih dan bersih je. Tenang rasa :')

Al Fatihah

Okaylah. Dalam duk sedih dengan pemergian Allahyarham, aku dengan kawan-kawan aku yang lain duk berdebar dengan results exam. Malam tu, aku memang tak amik port sangat sebab cek cek email, pah cerosss tak da. Tapi around pukul 3 pagi, kawan aku call so apa lagi - borak mak jemah lah kau hahahha


Bangun pagi tu, aku terus cek email. Aku macam ya Tuhan, nak nangis pun ada. Alhamdulillah, I've got Dean List Award, again for this final semester :) Antara pointer yang paling tinggi antara semua empat semester Degree aku hehehe Alhamdulillah :D


Tetapiiiiiiiiiiiiiii aku rasa down sangat-sangat sebab I cant managed to get First Class Degree Hon. Sumpah sedih sampai aku terus down dan duduk je berkurung dalam bilik sambil main henfon. Sebab apa sedih sangat? Sebab sikitttttttttttt je lagi weyh nak dapat First Class Degree tu Y.Y Itu yang paling aku ralat sangat sangat tuu


Aku whats app member-member, mengaduuu dekat group and diorang bagi semangat. Mula-mula rasa okay lepas tu tak okay pulak sampaikan pada satu tahap, aku terus menangis sebab tak tahan sangat! Sedih nya ya Tuhan! First time menangis sedih sebab results exam Y.Y Its not I'm not redha ke apa tapi perhaps, my expectation is too high kot? Sebab tu jadi kecewa semacam nie hmm :(


So lepas dah positifkan diri dan have a talk with my parents after our Saturday's morning breakfast, aku niat untuk let it go je lah. Benda dah lepas, buat apa nak kenangkan? Kalau dah Allah swt dah bagi itu, siapa kita untuk menidakkannya? Kenapa kita tak nak redha dengan kententuan Dia? Subhanallah, kenapa macam tueeeeeee mysaraaaaaaa?! *ketuk kepala dekat dinding*


Someone told me last night "Aku tau kau sedih dengan results kau, tetap cuba fikir balik. Kau seorang yang aktif dengan Bacas, buat event itu ini. Lepas tu kau pulak jadi JPK dalam masa yang sama, tolong diorang. Belum campur dengan assignment dan presentation yang kena buat dan banyakkkkkkk sangat, dengan research dan VIVA lagi yang kena hadap. Dengan waktu kau nak lepak dengan kawan-kawan lagi, nak get into social. Tambah pulak, kau pun tidur tak cukup, makan tak tentu, dengan demam lagi, migrain kau lagi Mai tetapiii kau manage untuk dapat CGPA dan Dekan final semester ni, what do you expect? Despite with your results macam nie dengan penglibatan kau dengan aktiviti-aktiviti persatuan dan kau balancekan belajar kau dalam kelas, kau dah bagus dah Mai"


Terus kau menangis tang tu jugak sebab sedih sangat, terharu pun ada jugak. Nangis je kerjanya Y.Y Lepas tu macam tetiba throwback pulak dengan apa yang kawan aku cakap tue. Yelah ~ sekarang ni semua benda nak throwback kan? Lulz hahahha

Note yang banyak benda nak kena ingat, buku teks yang tebal dan manage untuk fahamkan semuanya dalam masa yang singkat? Pening mana satu buku dan nota yang nak percaya, dengan sumber Google yang banyakkkk dan end up, tutup buku dan tidur sebab pening tapi akhirnya faham jugak? Alhamdulillah untuk kefahaman yang Allah dah bagi ini :)



Ni diaaaa, geng-geng JPK yang paling asal, peneroka di Kolej Mayang Selida dan Kolej Bendahara Skudai bawah kelolaan Mama aka Puan Saadiah. Tapi sekarang, masing-masing dah tak ada sebab dah terlibat dengan jawatan lain, dah habis belajar dan berpindah keluar. Dengan diorang lah sama-sama tersepit lif sebab nak elakkan dari mak seorang pelajar dari tersangkut lif, tangan sama-sama lebam. Dengan diorang yang sama-sama makan bersila dekat kaki lima selama hampir dua minggu berturut-turut! Rindunya masa tue :) Alhamdulillah untuk semua kenangan kita jaga budak Diploma dulu hehehe

Geng-Geng JPK yang penat buat kerja, tengok budak sakit pukul 2 pagi, tidur kena kacau dan event event mingguan lagi. Ya, Alhamdulillah sebab dapat manage diri dengan betul dan dapat kawan baru dan baik seperti mereka :) Gambar di atas adalah ganjaran untuk diri sendiri dan kawan-kawan dengan melepak di mamak dan makan-makan-makan padahal masa ni baru lepas buka puasa dekat Nasi Arab Damsyik tapiii nak jugak pekena mamak lepas terawih! HAHAHA

My other big families dekat Seremban ; MPP, SMF, BACAS & CASS sessi 2014/2015 yang sentiasa ada kalau nak mintak tolong, susah senang bersama, penat ketawa kongsi bersama, esp masa kita semua baruuuuuuuuuuuu pindah Seremban. Hanya Tuhan je yang tahu betapa kelam-kabutnya kita semua masa tu nak handle students kan? Mereka mengajar aku untuk sentiasa improvekan diri dari segi abilities dan skills dan secara tak langsung dapat kawan dengan mereka, kenal dengan kawan-kawan yang baik. ya, Alhamdulillah untuk yang ini


Its 10.00 pm already tapi masih di Bilik Mesyuarat MPP, meeting dengan mereka setelah seharian penat dengan kelas dan assignment. Masih mampu untuk bergelak ketawa dan fikirkan idea dan selesaikan masalah yang timbul dengan mereka. Ya, Alhamdulillah untuk yang ini
Its midterm holiday dan semua orang balik bercuti di rumah tapi siapa kisah nak kena stay di Seremban, handle event kalau ada team yang best dan superb macam korang semua nie? Yang dalam-dalam stress pun, ada je benda nak buat gelak. Well - at least terubat lah kesedihan tu kann bila ada korang! Hahaha Alhamdulillah untuk yang ini :)

Okay dengan mereka lagi simply because I cant move on. Bawah nama FSPPP UiTM Seremban, kita bersatu!

Bersama dengan BACAS Committee yang baru, yang bakal meneruskan legasi yang telah kami tinggalkan. Dah anggap macam adik-beradik dengan diorang, susah senang bersama. Nak mintak tolong tu, tak payah nak cakap tolong dah, sebab masing-masing dah tahu bila nak hulurkan bantuan. Share macam-macam cerita, gelak ketawa nangis tu tak usah cakap lah. Pantang ada masa dalam Bilik BACAS, mesti nyanyi ramai-ramai sambil sorang main gitar. Thats how we roll our lunch hour hahhaahah Alhamdulillah untuk kehadiran awak semua :*


Bortaks. Masing-masing bermula dengan menyampah antara satu sama lain tapi end up, terus melekat sampai sekarang. Yang kenal diri aku sebenar-benarnya. Yang selalu terima baik buruk aku, yang selalu bagi nasihat secara sindiran, yang pedas. Walau jauh dan susah nak jumpa, tapi tetap mesra sampai sekarang. Alhamdulillah. Sorang tertinggal - Nabilah Hani Azali yang berada di UK :)

Ini pun Bortaks saya jugak! Yang selalu bagi nasihat dengan cara yang lemah lembut, hahhaa yang sentiasa gelak dengan lawak-lawak aku, yang sentiasa mendengar resah lewat malam aku. Satu-satunya yang bagi nickname gummy bear dan dobot-dobot dekat aku sebab menurut mereka, ianya sesuai dengan aku. Alhamdulillah untuk kehadiran mereka :)
Classmates! Dari kelas E, tetiba bertukar ke kelas D sampai habis Degree. Kelas je bertukar huruf tapi mostly orang sama je dalam kelas hahhaha Siapa boleh lupakan classmates yang sentiasa ceria, sporting dan buat lawak je sepanjang masa? Yang selalu ada je idea bernas nak kasi aku gelak even the simplest thing ever, yang sentiasa tanya "Jom buat makan-makan!" dan yang lain akan "JOM!" Yang sentiasa tidak pernah berkira dalam apa-apa hal sekalipun, even tenaga masa dan wang. Yang sentiasa ada 1001 perangai yang buat aku rindu. Yang tak lokek dengan bantuan kalau diperlukan. Siapa sangka, kita semua bersatu hanya kerna menurut perintah pihak pengurusan untuk daftar kelas yang sama kan walhal tak kenal sesama sendiri pada mulanya? Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, hari-hari nak jumpa! HAHAHA Alhamdulillah untuk yang ini :)


Our last gathering as classmates dekat PD sebab before this pernah buat makan-makan besar dan pergi mandi-mandi dekat air terjun dengan diorang semua hehehe Walaupun tak cukup orang, tapi really had fun with you guys especially masa main game dan makan-makan HAHAHA Tengah syok makan tetiba hujan, lepas tu kemas-kemas barang. Pergi sembahyang kejap. Lepas tu boleh pulak balik tempat yg sama, sambung makan balik! HAHAHA Lepas tu main games bagai, amik gambar dan ketawa bagai. Lepas tu siap ada carta organisasi. AJK Tempat, AJK Disiplin, sape lambat kena denda, AJK Makanan, AJK Transport, AJK Games hehehe Haih ~ rindunya dekat korang :/ Korang rindu dekat aku tak? mihmihmihhh ~

With Jebons, my classmates and my two lectures. Haa cuba cari mana satu lecturers kami? Hehehehe Yang ni memang susah senang bersama. Kalau orang lain stress buat research, aku dengan diorang boleh gelak bersama sama lagi siap boleh order Dominos sebab konon nak jimat masa hahhaa. Yang sama-sama galas beg lappy dan beg belajar dan printer ke hulu ke hilir dekat fac FSPPP tu sebab kalau nak print, terus print je. Senang! HAHAHAH :D Tak payah nak cari kedai printer dan photostat bagai. Kalau bab duit tu, dah tak payah nak berkira dah. Masing-masing give and take. Aku akan boleh jadi cramp perut sebab gelak dengan diorang, dengan cerita-cerita mengarut, dengan lawak-lawak yang diorang buat. They really made my day. Alhamdulillah untuk yang ini :)



Dan yang tak boleh lupa, of courselah, Geng Benchmark aku :) Yang ni adalah yang sama-sama dari Dungun, sebab sama-sama amik Diploma Pentadbiran Awam tapi tak kenal dan tak rapat tapi bila kami sama-sama di Shah Alam, sama-sama jadi rapat. Yang sama-sama kenal susah senang first time hidup di Shah Alam, yang sama-sama belajar naik bas Rapid KL HAHAHA Yang sama-sama pergi ke Menara SAAS dan sama-sama share air mineral sebab letih naik tangga. Yang sama-sama berbuka puasa dan gelak sama-sama lepas makan. Yang sama-sama share bau bawang putih sebab tersalah order naan cheese bawang putih dan baunya ya Allah, kuat giler! Yang sama-sama stay up dekat PTAR 3 untuks study for our fnal exam. Yang sama-sama share cerita susah senang, apatah lagi share bantal dan selimut dan katil :) I miss all of you. Eh eh yang share-share bantal tu dengan yang perempuan eyh! Kang ada yang salah fikir pulak LOL 
Jangan mintak untuk aku pilih salah seorang dari mereka sebab aku takkan mampu sebab aku akan pilih mereka semua. Sebab Degree life aku memang bermula dengan mereka, from zero sampai saat aku habis Degree. Merekalah yang terima susah senang aku. Merekalah yang ada time aku sakit dan nangis-nangis dulu. Diorang lah supplier atau rakan kongsi aku dari segi semua benda ; notes, duit HAHAHA makanan, ideas dan semangat, ink printer, movies dan lagu - you just named it. Bayangkan, masa malam raya orang duk sibuk kemas rumah bagai, prepare for Hari Raya, boleh pulak kami semua berborak dalam group dan gelak gelak sesama. Hari last praktikal, kami sama-sama share gambar kami sebab nak tengok suasana ofis memasing. HAHAHHA :D
Kalau datang Shah Alam, mesti teringat dekat diorang. Sebab di Shah Alam, aku belajar semuanya bersama-sama mereka. Hmm nanti mesti rindu. Tak nak lah datang Shah Alam. Boleh macam tue? HAHAHA :D Eh mana boleh! Alhamdulillah untuk kehadiran mereka yang sama-sama bersama aku ketika susah dan senang, yang sampaikan family masing-masing dah kenal dan tak kisah kalau nak keluar bersama. Yang mama ayah pun dah kenal :)

Dia ni kawan aku. Kawan paling rapat, yang sama-sama sengal, yang tak payah nak cakap ; hanya dengan tengok sesama sendiri dan gelak berdekah dekah macam apa, tak kira masa dan tempat. Yang sama-sama sorok belakang tiang dekat fac kemudian nyanyi lagu apa entah lepas tu gelak padahal masng-masing dah lewat 5 minit masuk kelas. Yang sama-sama nyanyi lagu Bunga-Bunga Matahari sampaikan lagu tu semua orang sanggup download sebab dah terpengaruh dengan nyanyian kami.


Dia yang sama-sama susah senang, share cerita susah duka, apatah lagi gelak ketawa. Yang sama-sama stay up buat past year sama-sama, share jawapan dan fikirkan jawapan dan kenapa untuk soalan itu dan ini. Yang sama-sama share notes dan idea macam mana nak improvekan FSPPP HAHAHA Yang sama-sama share gossip UiTM  Yang sama-sama suka puisi, konon nak buat puisi sepetang dekat kolam UiTM Seremban tapi haprakk tak ada hahhaa


Dia yang sama-sama suka buat puisi dan benda-benda deep macam nie hahhahaa Yang sama-sama kacau budak junior main roller blade yang end up jadi kawan kami hahaha Yang sama-sama tak berkira duit kalau p makan dekat cafe, Yang selalu (dan satu-satunya kawan aku) yang akan nyanyi "Awak kat mana? Awak kat mana?" bila jawab call aku atau dia call aku HAHAHA 



Dia yang sama-sama share idea dan tegur-menegur sebab kami sama-sama adalah Team Media FSPPP, Yang sama-sama plan dan lantik diri sendiri sebagai Presiden dan Naib Presiden KESARA which stand for Kelab Persatuan Dalaman Bersara HAHAHAHA Yang sama-sama boleh share dan borak pasal pelbagai isu, tak kisah isu politik ke, semasa ke, pasal ekonomi ke - yes semua isu. Kalau dengan dia, memang aku akan automatik jadi loyar buruk, sengal dan macam menjadi diri aku sendiri. Hahahahah Dia lah Azidi Anuar aka Edy Nuar. Lulz Thanks weyh sebab selalu buat aku gelak dan menjadi teman lepak aku bila dekat kolej. Dan tak lupa jugak, kepada buah hatinya sekali, Yaya yang dah automatik jadi kawan rapat aku! :D Hari hari lepak dan call pun boleyyy! :D Sorry Yaa, takjumpa gambar kita bersama dalam lappy hmm :/


Eii panjang pulak aku taip pasal Edy ni sebab jari aku betul-betul laju je taip semua apa yang kami pernah buat masa dekat Seremban dulu hehehe "Today is not the last day" - Aku akan ingat ayat ni sampai bila-bila dan please jangan lupakan gelak kekekekek aku nie? HAHAHA
Macam mana bersepahnya meja dekat atas meja ini, macam tu jugak lah betapa 'sepahnya' otak aku dengan macam-macam benda nak fikir. Mana nak belajar, mana nak buat assignment, mana nak social life, mana nak buat tanggungjawab aku sebagai seorang anak, kawan. Tapi dalam sepahnya dalam gambar ini, ianya penuh dengan warna-warni sebab aku masih mampu senyum dan gelak lagi dengan kawan-kawan aku walaupun Degree ni memang susah. Yess, Memang hard and tough I tell youuuu! Tak percaya? Baca SINI


Dan di sebalik semua ini, yes - memang akan buat aku hampir pengsan di buatnya sebab penat yang sangat overdose. Tak cukup tidur, tak cukup makan, makan tak tentu masa, berkejar situ sana sini, pening dan sakit kepala, demam tak demam - itu semua memang dah biasa dah. Rasa macam tonggang terbalik pun ada sebab memang rasa macam tue! Macam dah tak betul dah sebab macam belasah je dengan apa yang akan datang. Malas dah nak fikir panjang dan teruskan je apa yang harus diteruskan. Kang kalau fikir fikir kang, tak menjadi kan? So yeah ~ just go for it!

Dan akhir sekali, siapa boleh menidakkan insan-insan yang bergelar keluarga kau? Yang menghadap aduan kau dalam group whats app, yang mendoakan kau tanpa henti siang dan malam? Yang sentiasa bagi support yang tidak henti-henti? Yang sentiasa bagi kau duit, masa dan tenaga asalkan kau happy dan selesa? Yang selalu bagi nasihat dekat kau tak kisah dekat mana-mana pun? Siapa mampu tidakkan? Haih ~ ini yang lemah ini. Rasa nak menangis pulak hahahah :D Terima kasih mama ayah, sebab selalu ada dengan Sara. Terima kasih Hakim sebab sudi tahan mengantuk bila aku call pukul 3 pagi semata nak dengar aku menangis sebab stress dan takut heheheh :) One day, akan Sara balas balik okay? Promise! Alhamdulillah untuk nikmat yang satu ini :)



So lepas dah fikir-fikir balik dengan semua perit payah dan susah senang aku ketika Degree, kenapa aku harus menidakkan nikmat-nikmat yang Allah swt dah bagi ni? Dan di sebalik semua ini, aku boleh mampu lagi nak dapatkan DL for my final semester, kecuali aku tak dapat First Class Degree je lah kan? So kenapa aku nak bersedih? Kenapaaaaaaaaaa? Subhanallah, tak baik tau Mysara!


There's nothing that I can regret. Why should I kan? Aku dah dapat grad on time pun dah cukup seribu satu rahmat kan? Act banyak lagi nikmat yang Allah dah bagi, seperti sihat tubuh badan dan sempurna, hati yang mudah terhibur dengan benda-benda kecik pun dah cukup buat aku. So kenapa aku nak bersedih?


Maka dengan itu, aku nak umumukan. so yeah! Alhamdulillah, aku dah berjaya grad dalam Bach Degree in Admin Science! So bulan 5 atau 6 nanti, Insha Allah aku akan grad di DATC UiTM Shah Alam. Nanti siapa yang nak datang, jemputlah datang tapi bukan dengan tangan kosong eyh! Aku nak bunga so boleh aku letak dalam bilik! Korang nak aku ingat dekat korang tak? Haaaaaa so better bagi bunga, so bila tengok bunga tue, aku ingat dekat korang HAHAHAH :D 


Allah swt bagi sesuatu yang setimpal dengan usaha kita. So I guess, ini lah setakat usaha aku so inilah yang harus aku terima. Aku tak patut sedih dan menidakkan ketentuan Dia. Tak patut. So sekarang ni, aku dah okay, malah lebih okay dan sangat-sangat okay kot! Hehe :)


Perancangan selepas ini? Well ~ later iolss akan bagitau okay :) Insha Allah, doakan yang terbaik untuk aku. Nanti aku akan bagitau deka sini, atau dekat Instagram. Antara dua tu je lah kot ~ Dalam masa yang sama jugak, aku ada beberapa plan yang nak buat dan sedang dalam perancangan. Aku buat sorang-sorang je. Yang tu pun akan aku bagitau nanti :)

Its 2015 dan aku berazam nak gunakan sebaik-baiknya planner aku nie. Yes, aku buat sendiri dan hias sendiri okayyyy, baru ada semangat nak update pape. Later will update more about this, Insha Allah :)

Untuk kawan-kawan yang ada di sebut, di sebalik semua yang aku cakap ini ; you know who you are in my life - thank you so much for our shared moments, never ending stories and all the laughs and tears. You guys do rock my degree's life. Kalau tak ada korang, aku tak tahulah macam mana kehidupan aku sebagai pelajar Degree, hambar agaknya HAHAHA Thank you so much! Jumpa masa konvo okay! Tak pun jumpa masa majlis perkahwinan sesape nanti, eh eh eh? HAHAHHAA :D


Kepada lecturers, terima kasih untuk segala nasihat dan tunjuk ajar. Special untuk Madam Syamaliah, Madam Ezreen dan Madam Aini yang sangat-sangat membantu aku, yang selalu ada time aku nak tanya sesuatu yang berkaitan dan tidak berkaitan di luar kelas, yang selalu bagi aku nasihat yang memang aku nak, yang rajin balas whats app aku kalau aku tanya pasal apa-apa heheheh. Thank you so much Madam-madam kuuuu! Hanya Allah swt je yang mampu balas jasa dan pengorbanan. 


JUMPA LAGI KAWAN-KAWAN SEMASA CONVOCATION KITA NANTI!

yeay yeay! Pakai jubah konvo lagii :) Ni gambar masa grad Diploma lah HAHAHA :D 

p/s : Maaf ye kalau ada yang terasa gambar dia tak ada. Mungkin gambar korang dah ada dalam Insta aku? HAHAHA Siapa tahu, mungkin kan kan kan ? AHAHHA

     

You May Also Like

0 comments