Al-Kisah Results Exam

Saturday, September 05, 2015

Assalamualaikum

Eh eh aku baru teringat! Aku macam tak update lagi kan pasal results exam aku? HAHAHAH 


Al kisahnya aku duk baca entry entry lama aku, esp time Diploma dulu. Weyh tu GOOD GOLDEN OLD MEMORIES tau tak! Something that can be exchange with anythinggggggggggg! Sangat manis, sangat best, sangat main-main tapi maintaiin je belajar :) Dengan kawan-kawan yang best, di UiTM Dungun ; salah satu UITM paling best pernah aku belajar selepas UITM Seremban 3 :) UITM Shah Alam? Hmm macam so so je sebab penat nak tunggu bas pergi kelas hahaha


Semuanya macam stuck up bila tetibaaaaa je Iman duk update dekat group cakap dia dah dapat results. Weh apa nie? Baru pukul 10 malam kot! Ei ei geram pulak hati aku. Tetiba si Anas pun cakap results exam dia dah keluar. Anas lulus semua paper! Weyh syukur Alhamdulillah :)


Tapi sebenarnya masa Anas cakap dia dah lulus semua paper, aku pun mula start calculation dalam otak aku. Carrymarks aku dengan Anas lebih kurang sama, kitorang belajar pun dalam kelas yang sama. Time study pun kitorang belajar sama-sama. So Insha Allah, mungkin boleh lulus nie :)

Dalam kelas. Stok stok muka duk depan sekali dalam kelas haha
Bagus kami nie HAHAHAHA 

You know what, what matters most when you become a Master student is not you got Dekan or not tau. Its all about youre LULUS SEMUA PAPER! Yes! Sebab apa? Sebab nak dapat tittle GOT iaitu Grad On Time okay adik-adik? Sebab apa nak GOT? Sebab nak cepat cari kerja, cari duit. Stress tau tak tengok kawan-kawan semua dah kerja, dah dewasa sebab harihari fikir pasal kerja tapi duit ada dalam tangan. Hahahaha kami? Duk stuck sebab tak boleh register kelas dalam iLearn. Haha its totally a different environment you knowww


Meh sini aku nak bagitau satu fakta pasal UiTM. For postgraduates students, aku tak tahu lah betul ke tak tapi GPA Dekan Postgraduates Students adalah 3.8 above. Syarat lulus untuk subjek pulak ada B ke atas which is maybeee dalam 3.6 ke atas, baru kau lulus. Okay faham tak?


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa semua info ni aku tak tahu langsung sampailah masa first day aku pergi kelas dan senior bagitau. Aku dengan Tina masa tu dah krik krik krik giler cause no one tell us! Hahah so settle, korang dah tahu kan? Mari kita proceed cerita pasal results exam aku

Sebab tu lah masa Anas bagitau dia lulus semua paper, aku macma happy dan agak agak Insha Allah boleh lulus kot semua paper nie :) Carrymarks aku pun tak adalah teruk sangat. Okay apaa, so lets hope for the best :)

Perangaii lepas jawab last paper masa final exam haritue -.- hahaha

Muka happy lepas dah setlle defend proposal! yeayy!

Tunggu sampai pukul 2 which is benda yang selalu aku buat time tunggu results Diploma dan Degree tapiiiiiiiiii eh asal tak masuk-masuk lagi nie dalam email aku? Geram pulak aku. Aku dah lah mengantuk, sebab esoknya nak pergi ke UiTM Dungun, ada kena bagi talk dekat budak-budak DPA. Ambuiii hebat kauu bagi talk dekat juniors hahahha


Bangun dari tidur tue, amik kauuu. Pukul 6.40 pagi baru UITM send email results aku. Nasib baikklah aku tak tunggu hahahah. Fuhh berdebar betul masa nie. Tapi apa apa pun adik adik semua, sebelum cek results exam, p buat sembahyang hajat ; minta diberikan keredhaan dengan results exam kita okay? Selitkanlah sekali doa nak dapat dekan tue! hahahha

ALHAMDULILLAH :)
Weyhhh syukur Alhamdulillah ! Lulus semua paper. CGPA aku tu aku dah tak kisah sangat dah sebab yang penting, NO REPEAT PAPER! Takpelah tak dapat Dekan pun asalkan lulus semua paper hahahah


One more thing yang korang kena tahu. Bila dah Master ni, macam ada satu sifat kerjasama yang sangat tinggi. Univeralism eyh? Aku terbaca Iman tweet pasal nie yang bermaksud macam kau dengan kawan-kawan kau sama-sama build up together, Tak ada dah persaingan nak tunjuk sape hebat, sape lemah sebab yang penting adalah nak grad sama-sama. Ya, itu adalah matlamat kami semua :D


Bila fikir-fikir balik kan, dalam aku dengan kawan-kawan aku duk melagha je setiap malam (yes, sebab siang adalah waktu tidur kami. Kitorang tengah practise waktu tidur London ni, dont you get it?), alhamdulillah, menjadi jugak study kitorang yang sangat last minute! Yes, sangat last minute sampaikan terpaksa agihkan kau baca tu, aku baca ni then sama-sama akan terangkan dekat sesama sendiri hahaha

Kamal Corner Seksyen 7 Shah Alam tu memang tempat lepak kitorang semua


Last berbuka puasa dengan diorang haritu :)

Masa ni best! Kumpul duit then masak then p makan dekat Padang MBSA tue :)

Time weekend je, merayapp p makan tempat lain hahaha

Stay up dekat library dengan muka make up hahaha tukar mood hehehe

Gambar ni diamik sebab almost 20 hours kitorang tak tidur sebab siapkan research proposal
Dah lah tengah bulan puasa, stay up dekat KFC, memang dugaan -.-

Stress sebenarnya bila sambung Master ni sebab kau tengok kawan-kawan sebaya kau yang lain tengah kerja, dapat duit p enjoy tapi kau duk stuck dengan keputusan nak pergi kelas ke tak hahahah Memang mood down sangat-sangat esp time lepas konvo haritue. Perghh ~ 


Tapi bila ada kawan-kawan yang baru kau kenal, yang sekepala pulak dengan kau buat kau jadi lagi happy sangat-sangat. Rasa macam stress tu dikongsi bersama HAHAHAHAHAH Bila kitorang lepak sama-sama, masing-masing malassssssssssssss fikir pasal benda yang semakkan otak. Yang penting nak enjoy dan gelak jeee. Memang havoc dan seronok. Sebab tu bila tahu semua kawan-kawan aku lulus semua paper, aku happy giler sebab yelah  ~ perangai macam budak-budak, main je lebih tapi manage to pass all subjects :)

Okay bye. Nak tidur :)

     

You Might Also Like

0 comments