#EMASTripToPenang Yaw!

by - Sunday, December 06, 2015

Assalamualaikum


Cerita ini adalah pada 19 sehingga 21 November 2015 hari tu tapii biasalah, banyak sangat kerja kan nak buat, tu yang macam lambat sangat nak update hehehe


Al kisahnya, kami budak Part 2 Executive Master of Admin Science telah buat lawatan ke Penang sempena nak penuhi requirement subjek Strategic Management kami untuk semester nie. Mulanya, nak buat asing-asing tapi end up, kitorang decide nak gabung. Alaa batch aku for this sem pun tak sampai dalam 40 orang pun so why not gabung kan? Barulah meletopss!


Oh ya, sempena dengan trip batch kitorang ni, ada hashtag tauu. Cuba click #EMASTripToPenang dekat IG. EMAS tu stand for Exec Master of Admin Sn -.- bukan emas yang orang pakai tu hahaha

Meeting pasal Trip :)

Berhenti rehat dekat RnR :)
Khamis petang pukul 2 kitorang gerak. Macam biasa, dalam bas semua orang tidur je. Berhenti rehat dekat RnR Tapah rasanya untuk sembahyang dan makan then shoot terus ke Penang. Around 7 pm macam tu, kitorang dah ada dekat Jambatan Pulau Pinang dah! :D


Kami tidur dekat Grand Inn Hotel. Okay hotel ni sumpah terbaik untuk kitorang lah. Recommended kalau ada yang nak pergi dengan kawan-kawan. Malam tu tak buat pape sangat punnn tapiiiiiiiii aku dengan geng-geng aku pergi melaghaaaa main game Werewolf sampai 2 pagi padahal pukul 8.30 pagi dah nak berkumpul -.-


Jumaat pagi kami pergi ke Ministrt of Toursim Culture (MOTAC) Penang. Alhamdulilah, our sharing session sangat best dan banyak input yang kitorang dapat hihihih At the end of our sharing session, kitorang ada main pop quiz hahaha tapi aku tak menang punn. Thank you MOTAC sebab terima kitorang and sanggup layan dan jawab soalan-soalan kami :)

Sharing session with MOTAC :)

Thank you MOTAC! :D
#ChaYaNunAlifBa :D

Lepas tu kitorang jalan kaki ramai-ramai pergi dekat Padang Kota untuk lunch. Oh mak oiii ~ datang Penang ni haruslah lupakan semua peraturan diet kann? Aku makan mee sotong dia dan ya Allah, sedap sangat weyh! Nak menangis masa taip entry ni sebab teringat betapa sedapnyaaa mee sotong dia! Hahahaha


Balik hotel kejap untuk rest (masa ni kitorang buat prank call dekat kawan-kawan hahahha) dan bersiap sedia untuk pergi ke Penang Trick Art Museum! Wohooo! Masa dekat sini memang limited so kitorang memang amik gambar cepat cepat tauu! Tapi sumpah best hahahahha sebab macam layan jugaklah 3D dia hahahah Bayaran dia dalam RM 8 kot, tu pun dah dapat diskaun sebab kami ni kan datang dalam a group :) 


HAHAHAHAH :D

Larii selamatkan diriiiii

Is it me youre looking for?
Lepas tu kami terus ke Batu Feringghi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sebaik sahaja kitorang sampaii, terus hujan lebat selebatnya. Oh mak oii frust giler. Lepas tu abang bas bawak kami patah balik ke Georgetown balik. Pergi Gurney Plaza sebab memang lapar giler lah masa nie. Masa ni blur giler sebab tak tahu nak makan apa


Nasib baik Naim ada, kampung dia dekat Penang so dia bawak kitorang p makan dekat food stall tu. Yeayy! Finally, this is Penang! Inilah dia yang kami nantikan iaitu makanan Penang! Hahaha

Makan makan di Gurney Plaza

Masa ni makan char kuew tiau, pasembur, cendol, laksa Penang. Perghhh ~ nak meletop perut sebab kerjanya asyik makan je. Kitorang share share so dapatlah merasa semua makanan. Hahah lepas tu masuk Gurney Plaza untuk main games dekat arcade hahahha Kitorang buat liga sendiri, main Daytona ramai-ramai. Adudududu mudah terhibur betul masa nie hahha


Then balik hotel. Masa ni memang aktiviti bebas. So memang tak lah aku dengan kawan-kawan aku nak terus tidur so kitorang decide nak main Werewolf lagi. Oh mak oii, addicted giler nak main game ni. 


Lepas tu entah macam mana, aku dapat WhatsApp dari kawan aku. Rupanya diorang plan nak p makan Nasi Kandar Beratur! Nak p Batu Feringgi boleh tapi macam mahal sangat pulak kan. So decide nak p makan je memandangkan masing-masing dah lapar. 


Kumpul-kumpul orang so dapat dalam 14 orang nak pergi. Pergi naik teksi guna apps MyTeksi. Oh mak oii  ~ bagus giler apps ni! Konfem selamat tau tak? So you guys shoud try it :)

Demi Nasi Kandar, sanggup beratur!
Muka kenyang lepas makan! 

Dah lah murah, sedap pulak tue! Memang pure Nasi Kandar lah orang cakap :) Dah makan, kitorang nak p Padang Kota jalan kaki tapi entah macam mana entah, end up tak jadi so terus balik hotel :) Aku dengan kawan-kawan aku baru nak naik hotel untuk tidur sekali classmates aku yang lain "Jom lah Werewolf sekali" Hahahahhaa so kitorang duduk bersila depan hotel dan main Werewolf sampai pukul 2 pagi :)

Bergambar depan hotel before check out! :D

Esok paginya, kitorang check out hotel dan terus ke Jeruk Pak Ali untk sharing session kitorang. Aku memnag tabik betul dengan syarikat ni dan macam mana anak Pak Ali tu handle. Diorang sangat pentingkan assest diorang iaitu pekerja. Yes, pekerja adalah asset utama dalam syarikat kau. Okay dah tamat kelas kita hari nie. Next.


Bergambar depan kilang Jeruk Pak Ali :)
Lepas je settle urusan kami di Jeruk Pak Ali, kitorang terus shoot balik ke Shah Alam after lunch. Kalau semua orang duk tidur lepas kekenyang, aku dengan kawan-kawan aku pulak macam biasa, main Werewolf sampai lebam! Bayangkan dari Penang ke Shah Alam, seramai 16 orang duk main Werewolf ! Hahahaha giler betul oiii


Tapi aku dah surrender masa tengah main sebab aku asyik terkeluar je so end up aku terus tidur hahahah Tapi kejap je sebab terjaga bunyi diorang duk bising bising hahahha


Sampai Shah Alam, aku terus balik rumah dan lepak dengan adik aku pulak :) Best giler lepak dengan adik aku sebab dah lama tak borak dengan dia heheh


Overall, trip Penang ni sangat best sebab ada kawan-kawan yang memang masuk air dengan aku hahah. Masa ni barulah aku kenal kawan-kawan yang satu batch dengan aku hehehe Jom buat event lagi sem depan! hahaha

 

You May Also Like

0 comments