Double Cleansing Method : Lebih Baik Kebaikkan dari Kekurangan?
By Mysara Newrie - Monday, December 25, 2017
Assalamualaikum wbt
[IKLAN BOUGAS BEAUTY]
Korang boleh dapatkan Bougas Beauty Serum di kedai Shopee saya! Follow Shopee saya dan awak akan dapat rebate discount! Hihihi
Kedai Shopee Bougas Beauty Kuala Lumpur : SHOPEE MYSARA NEWRIE
Selamat menggunakan produk Bougas Beauty!
[BACA] Bougas Beauty Serum
[BACA] Bougas Face Scrub
[BACA] Bougas Facial Cleanser
[BACA] Bougas Moisturizer
[BACA] Bougas Sunscreen
[IKLAN BOUGAS BEAUTY TAMAT]
Okay now rasa nak menulis lagi, so yeah here it is!
Pernah dengar tak pasal double cleansing? Aku rasa ramai yang dah tahu tapi takpelah, aku nak share jugak tentang ni :)
Oh sebelum tu aku just nak cakap, aku pun baru start, around sebulan lebih dah and the results is the bomb weyhhh! Serius -- kalau sebelum ni aku just guna wet tissue and makeup remover je nak cuci muka at the end of the day but after dah start buat double cleansing ni, wow wow wow! Aku rasa kulit muka aku lebih bersih!
Kena ingat -- kulit muka yang bersih dapat buat makeup kita bertahan dengan lebih lama dan tak perlu nak makeup yang tebal-tebal. So better kita invest duit kita untuk penjagaan kulit muka, then baru mencantikkan kulit muka semata-mata :)
Apa itu double cleansing?
Double cleaning bermaksud kita cuci muka kita sebanyak dua kali. Satu dengan oil based product dan satu lagi dengan water based product, alaaaaaaaa pencuci muka yang biasa kita gunakan tue. Why? Kenapa sampai kena dua kali cuci muka?! *insert emoji kucing terkejut tu
Sebelum tu, aku nak korang faham yang dekat muka kita ni ada dua jenis kotoran iaitu
- kotoran yang berasaskan minyak seperti sebum, makeup, suncreen yang kita pakai, sel-sel kulit mati dan sebagainya dan
- kotoran yang berasaskan air seperti peluh, kotoran dan debu.
Kenapa kena start buat double cleansing?
Seperti yang diajar oleh cikgu Sains masa sekolah rendah dulu, air dan minyak tidak boleh bersatu dan sebab itulah kita tak boleh gunakan water based product untuk hilangkan kotoran yang berasaskan minyak ni. Haaaaaaaa logik tak?
Kalau kita hanya gunakan water based product untuk cuci muka, kulit kita sebenarnya terdedah dengan jerawat, blackheads sebab pores kita dah tersumbat dengan kotoran yang berasaskan minyak-minyak ni. Kita pulak tak cuci, haaaaaaaaaa memang pores kita tersumbat lah!
Okayyy, so apa kelebihan buat double cleansing ni?
Banyak kelebihan dia dari kekurangan dia, obviously lah kan! Hahahah kalau tak, takkan lah aku nak buat dan share dengan korang :p So kelebihan buat double cleansing ni banyak! Antaranya :
- membersihkan pores kita dengan lebih mendalam
- menyihatkan kulit muka kitaa -- sekaligus nampak flawless you olss!
- remove waterproof makeup dengan lebih mudah
- membuang segala kotoran yang berasaskan minyak-minyak
Susah ke nak buat double cleansing ni?
Alamak weyh ~ senang je cara nak double cleansing ni hahahha Mula-mula cuci muka dengan oil cleanser tanpa air tau! Just sapu je dekat muka macam biasa, gosok-gosok dan biarkan dalam 10 saat macam tue. Then bilas! Lepas tu amik pulak water cleanser biasa yang selalu korang guna tue, cuci dan bilas. Dah siap! Senang je kan :)
Bila nak kena buat oil cleanser?
Seeloknya pada waktu malam, before tidur. Buat sekali sehari pun bolehh :) Kenapa waktu malam? Sebab selepas seharian kita dekat luar, kita dah terdedah dengan cuaca dan udara, kotoran yang tak nampak dengan mata kasar macam debu, sebum, peluh etc lepas tu dengan make up lagi -- maka eloklah kalau kita pampered kan kulit muka kita dengan bersih :)
Penting ke nak guna oil cleanser?
Bagi aku, penting. Sebab aku perasan yang lepas dah amalkan teknik double cleansing ni, aku rasa kulit muka aku lebih bersih :) Maybe sebab dah cuci sekali dengan minyak-minyak di muka kot ~ hehehehe
Selalunya, kalau ada hari di mana aku ada guna makeup yang tebal ke, aku akan wajibkan diri aku untuk buat double cleansing ni :) Yelah ~ kalau cuci guna makeup remover dan wet tissue mana cukup hihihi
Eh eh tapi kalau guna dengan Bougas Beauty Serum, konfem muka jadi extra cantik dan sihat!
Eh eh tapi kalau guna dengan Bougas Beauty Serum, konfem muka jadi extra cantik dan sihat!
ASK ME HOW! |
Kulit muka saya berminyak, takpe ke buat double cleansing?
Yang ni aku tak boleh nak cakap yaa dan tidak boleh cakap tidak. Its depends on your skin sebenarnya. Ada yang aku baca di blog cakap "double cleansing tak sesuai untuk digunakan oleh orang yang kulit berminyak" Aku macam "eh ye keeeeeeeeee?" Amik masa jugak lah aku untuk buat keputusan untuk beli oil cleanser nie Y.Y Sebab diorang cakap kulit berminyak sesuai guna micellar water
Dan sampailah satu hari tue -- aku macam nekad sangat-sangat dan beli jugak oil cleanser ni, tu pun lepas dah banyak kali tanya orang, baca review dan bukak Youtube :) Aku beli dekat Watsons je, dalam RM 28 ++ Harga asal dia maybeee dalam RM 30++ kot tapi masa tu ada sales hihihi
So lepas beberapa kali aku guna, aku sangat-sangat suka dengan kesan double cleansing ni dah buat dengan muka aku! Memanglah lepas dah gunakna oil cleanser tu kulit kita berminyak tapi lepas tu kan akan dicuci sekali lagi dengan water based cleanser, so dah tak berminyak dah pun hihihi
Eh eh tapi ni review berdasarkan pengalaman peribadi aku tau! Aku takkan bertanggungjawab kalau ada apaa-apa yang tidak enak berlakuuu yee ;)
Apa contoh oil cleanser yang ada dekat drugstore?
Kalau kita tengok sekarang ni, memang banyak! Kalau macam aku, aku guna Biore Oil Cleanser, yang macam di bawah ni
Biore Oil Cleanser RM 28++ |
So far aku guna Biore ni, okayy :) Tak ada kesan negatif pada kulit muka aku dan aku pakai je macam biasa. Dah dekat separuh dah aku guna oil cleanser ni hihihihi
Dekat bawah ni, aku akan masukkan beberapa suggestion yang aku dapat dari semua orang termasuk dari Iman pasal oil cleanser yang mudah untuk di dapati :)
Senka Perfect Watery Oil RM 30 ++ |
Simple Cleansing Oil RM 40 ++ |
Neutrogena Cleansing Oil RM 50 ++ |
Hado Labo Cleansing Oil RM 50 ++ |
Berapa banyakkk yang perlu di gunakan oil cleanser ni?
Tak banyak pun, cukup untuk cover satu muka dah cukup dah sebenarnya :) Macam aku, aku guna dua pump je untuk satu muka. Ratakan dan gosok-gosoklah sikit heheheh Insha Allah cukup!
Amount yang selalu aku guna -- dua pump :) |
Dekat sini aku akan sharekan kelebihan dan kekurangan tentang double cleansing ni :)
Kelebihan Double Cleansing
- membersihkan kulit muka, of course akan buat kita jadi cantik!
- senang nak guna, tanpa cotton pad pun!
- sekejap masa untuk mencuci tapi impak yang besar
- menyihatkan kulit muka
Kekurangan Double Cleansing
- quite pricey kan most of the oil cleanser
- kulit akan berminyak sikit selepas kita bilas untuk kali yang pertama
Overall experience aku guna teknik double cleansing ni around 4 out of 5 lah :) Kita boleh tengok double cleansing ni lebih banyak benda baik dari negatif kan? Oh ya lupa nak cakap, teknik double cleansing ni sebenarnya adalah salah satu rutin penjagaan wanita di Korea dan Jepun (correct me I'm wrong!) Sebab tu tengok kulit muka diorang semuanya cantik dan flawless je heheheh
Oh ya, ni bukan sponsored entry yee! Aku just share pengalaman aku je :) Mungkin ianya sesuai untuk aku dan ianya mungkin tidak sesuai dengan korang sebab kulit kita kan berbeza-beza. Tapi tidak salah untuk try! :D
Lepas dah gunaaa dan cuci muka, aaaaaaaaaaaaaaaa apa lagi! Aku pun terus lah sapu kan Bougas Beauty Serum dekat muka! Terus vas vas voom! Nah, baca SINI untuk tengok kesan dan pengalaman aku guna Bougas Beauty Serum :)
Founder Bougas Beauty Serum ; Erni Bougas :) |