Tips-Tips Menarik Bercuti Di Kota Kinabalu Yang Perlu Anda Tahu!

by - Tuesday, February 12, 2019

Assalamualaikum wbt

Tahun lepas kan aku ada pergi ke Kota Kinabalu dan stay selama more than a week! So dekat sini, aku nak share tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu, tips-tips dan tempat makan yang best di Kota Kinabalu. 

Actually kan, ada banyak lagi tempat yang kitorang tak pergi sebab mana cukup weh seminggu dekat sana, even seminggu lebih. FYI, aku dengan family aku dah stay Kota Kinabalu pada tahun 2008-2012 so kami dah tahu nak pergi mana dan mana tapi still tak sempat *nangis

Okay lets check it out!

Simpan resit / passport / kertas sementara
Korang akan dibekalkan dengan satu kertas macam pas masuk. Simpan baik-baik ye kertas ni!

Tempat tinggal di Kota Kinabalu

  • Marina Court Apartment
To those who travel in a big group (aku pernah stay dengan 3 families dan masih selesa), nak stay di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu ; Marina Court is so highly recommended! Selesa dan ada tiga bilik (dua bilik queen size and satu bilik dua single beds) and ada dua tandas

Marina Court
Istimewanya Marina Court ni sebab ianya terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinablu. Dekat belakang Marina Court ni, ada satu macam kedai rumah eh dipanggil Api-Api Guest House di mana atas tempat orang stay dan bawah ada macam-macam kedai. Memang senang untuk korang dapatkan apa-apa. Memang senang and easily access. Grab senang dapat! Bila stay di Marina Court, korang boleh buat

  • dobi baju dekat Api-api (sebab washing machine apartment kitorang macam rosak)
  • Mc Donalds (belakang Marina Court)
  • Centre Point (sebelah Marina Court)
  • Oceanus (depan Marina Court)
  • Pasar Filipina (jalan kaki around 10 minuets)
  • Suria Sabah (Grab RM 5)
  • Jesselton Jetty Point (Grab less than RM 10)
  • Imago (Grab RM 4)
So aku recommended untuk korang stay di Marina Court if jika korang datang in a large group of members!

  • Crystal Hill
Ni adalah tempat tinggal aku dengan family masa kami p trip ke Kundasang baru-baru ni. Sangat selesa dan view dia Ya Allah-- sangat cantik sebab betul-betul menghadap Gunung Kinabalu. 

Muka depan ye, muka depan
Boleh request breakfast untuk esok harinya
Cuma untuk pergi ke sini, make sure kenderaan korang kena dalam keadaan kondisi yang baik sebab jalannya masih berbatu-batu, mendaki bukit sikit dan kecik sikit jalannya

Tapi sangat worth it untuk dapatkan pemandangan yang cantik macam ni

Taraaa!

  • Le Hotel Kota Kinabalu
Hotel ni betul-betul dekat sebelah Centre Point tapi bahagian belakang so just jalan kaki saja bah untuk pergi ke mall. Perfect untuk korang yang bercuti dalam dua tiga orang dan kawankawan yang rapat sebab biliknya tak kecik dan tak besar, macam just nice gituh. Hotel ni pun memang betul-betul dekat tengah-tengah bandar KK which is perfect sebab korang boleh jalan kaki je nak pergi Pasar Filipina

Kalau untuk yang jenis travel light and backpack di Kota Kinabalu, aku rasa hotel ni sesuai :)

Image result for menginap di le hotel kota kinabalu
Ini contoh bilik yang aku dapat

Oh ya, semasa bercuti mesti rasa malas nak jaga muka sangat kan tapiiiiii nak muka cantik. Dah macam mana tu? Hahahah pening sudah bahh

Tapi saya ada cara yang mudah untuk jaga kulit muka awak dari burn semasa bercuti dan kekal lembap dan cantik sampai ke penghujung percutiaan anda!

ASK ME HOW!


Tempat makan di Kota Kinabalu

  • Upperstar
Kalau korang jenis yang nak makan western food dan lepak-lepak dengan kawan, sini korang boleh try. Ada banyak range of western foor dan choices of sauces so pilih je! Harga pun not bad!

Lamb chop and your choices of sauce, serves in different bowl

  • Todak Waterfront
Kalau korang nak try makan seafood, boleh datang sini! Banyak sangat seafood korang boleh pilih tetapii tak tahu which kedai yang sedap so korang macam kena gamble je lah pilih kedai mana yang korang nak. 

Sinilah tempatnya

Sangat meriah suasananya sebab dah macam pasar dah sebab orang duk tawar-menawar dan ada macam-macam seafood yang ada ; yang tidak pernah kau tengok pun ada!

Told ya

  • Sepanggar, Lokan
If nak datang sini, make sure pleaseeeeeeeee datang awal! Sebab dari bandar KK nak ke sini, makan masa sejam lebih. Belum campur dengan traffic jammed. If nak datang on weekends, pleaseeee datanglah awal. Around 2.30 petang dah kena start gerak keluar dari hotel memasing ye?

Satu longgok lokan RM 5

Kedainya biasa sahaja tapi lokan bakarnyaa - umph!
Taraaaaaaaaa! Sekelip mata boleh habis! Kitorang order 5 dulang hahahha

Lokan yang dibakar dengan serai dan kunyit. Sedap! Rasa manis-manis seafood
Jangan lupa order sekali air kepala dan jelly kepala!

  • Restoran Seri Keningau
Kalau nak makan tengahari, boleh datang dekat kedai ni, dekat Putatan sahaja. Dekat je dengan bandar KK. Sini ada macam-macam variety of foods yang korang boleh makan dan sangat sedap. Sesuai dengan tekak aku lah :)

Harga? Haritu aku pergi macam dah agak pricey sikit. Mungkin kami amik banyak lauk kot hahah

Sotong bakar

Lauk-pauknya
  • Wah Juan Coffee Shop
Ini adalah salah satu personal favourite aku dan family semasa kami menetap di KK dahulu untuk makan ikan bakar. Simple je masakan dia tapi sos ikan bakar dia tu yang sedap! Kedainya biasa sahaja tapi fuhh ~ sedap!

Kalau korang on the way nak pergi ke pantai Tanjung Aru, kedainya terletak di sebelah kanan di tepi jalan raya je

Kedai dia simple je kan?

Urgh ikan bakar dia 

PALING SEDAP!
Taufu masak apa entah, lupaa!
  • Singgah Mata Asia City - Luk luk & Nasi Katok
If korang nak have dinner, nak chill dan rileks-rileks, boleh datang sini. Basically just diorang open stall dekat tengah-tengah bandar KK dan open table dan duduk lah dekat bawah sinaran lampu dan bintang. Orang kedai akan pasang skrin besar so sambil makan boleh tengok skrin kan?

Korang boleh try Luk Luk. Sedap! Tak amik gambar sebab dah lapar dan gelap hahah Basically macam Yong Tau Fu je cuma bezanya adalah semuaaaaaaaa segala bahan-bahan seafood yang korang amik tue, diorang goreng dulu sebelum dihidang kan. Haaaaaa menarik kan? So mestilah sedap sebab rangup bila di makan panas-panas

Nasi Katok ni pulak basically macam nasi ayam penyet je. Sedap! Haha Dekat Asia City ni ada banyak kedai tau so aku tak tahu which kedai sebab tak cam sebab adik aku yang bawak kami makan dekat sini sebab katanya sinilah port dia dengan kawan-kawan datang makan hihih

Taken from my IG stories

Tempat menarik di Kota Kinabalu
  • Pasar Filipina
Ini dia tips aku untuk korang jika beli barang jualan hasilan laut di Pasar Filipina
  • Beli lah sebanyak mana, as long as korang ada cash. Tak ada cash? Takpee sebab depan Pasar Filipina ada ATM tapi Alliance Bank lah 
  • Make sure korang ronda-ronda dulu semua kedai dan baru beli lah dekat kedai yang korang berkenan. Kedai yang mana? Pilih kedai yang kau nampak orang ramai sebab selalunya stok baru akan masuk kihkihkih
  • Nanti masa korang ronda-ronda di sini, akan ada orang yang jual-jual barang macam sunglass, handphone. If nak beli, cakap nak. Kalau tak nak beli, refuse with sopan okay?
  • Masa diorang packingkan ikan bilis dalam kotak tu, make sure kotak tu bukan kotak minyak masak. If kotak minyak masak, korang kena extra charge dekat airport untuk wrapping sebab hanya kotak minyak masak yang WAJIB untuk wrapping. Kotak-kotak lain macam kotak air mineral, pampers ; semua tu lepas. Atleast jimatlah RM 15 korang kan untuk wrapping kotak. Thanks to me later okayyy!
  • Negotiation skills korang memang kena power dekat sini sebab manalah tahu kan, dapat harga murah sikit masa beli ikan bilis hihihi
Ini dia pulak tips kalau nak beli perhiasan macam mutiara di Pasar Filipina

  • Make sure korang pusing-pusing dulu satu Pasar Filipina tu untuk cuci mata. Kalau ada yang berkenan, terus beli sebab kalau dah terlepas kedainya, korang agak susah nak cari balik. UNLESS korang ingat kedai tu dekat mana hahaha
  • Of course, tawar-menawar please! Cakap baik-baik and diorang okay je. 
  • Bawak cash banyak-banyak terus please. Senang nak beli nanti sebab once dah masuk dan tengok mutiara dan brooch tu semua, korang akan rambang mata. Ehem i mean yang perempuan lah yang akan rambang mata hihihi

Hmm apa lagi ye? Aku rasa itu je lah kot yang aku boleh share hihi Kalau korang nak lagi, boleh je baca kisah-kisah aku round di bandar Kota Kinabalu di entry-entry yang lepas! Hihihi


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

You May Also Like

0 comments