[Topik] Perlu Ke Share Password Dengan Pasangan Kita?

By Mysara Newrie - Friday, February 04, 2011




Salam. Wah wah wah ~ Korang mesti setuju kan apa yang kawan aku tulis ni kat status die? Hehe :) Dan setakat ini, dah ada 39 orang yang like status die ! Haha :D Hot lah kauu Cik Ezaqqq! :D


Aku sokong dengan apa yang kawan aku cakap ini. Kalau kau dah couple dengan seseorang, doesnt mean yang korang kena share segala-galanya. Ada beberapa perkara dan hal yang kadang-kadang korang kena rahsiakan dari pasangan korang.


Contoh yang terdekat, yang macam kawan aku cakap ni lah ~ Kalau dah couple, habis semua email and password nak bagi kat pasangan kita. Memang lah sharing is caring tapi kalau dah sampai diri sendiri terseksa, apa kess?!


Ni yang aku nak membebel ni -.-


Macam ini, kau tengah chat-chat dan komen-komen dengan kawan kau, kawan yang berlainan jantina lah of course kannn? Lepas tu tetiba plakk pasangan korang pergi on9 korang punya FB masa tu jugak. Lepas tu, pasangan kita pulak baca semua komen-komen kita dan chat kita.


Yelahh ~ Kita mesti akan cakap benda yang mungkin pasangan kita tak taw. Takpun, masa tu, kita tengah komen-komen dengan kawan kita yang berlainan jantina ker. Lepas tu kena pulak pasangan kita ni kuat cemburu. Haaaaaa ~ Tak ke haru jadinya? -.-



Haaaa ~ Tak pasal-pasal korang bergaduh dengan pasangan korang. Haihh ~ Letih, letih nak gaduh pasal hal ini. Yelahh ~ Benda kecik kot ! Tak kan nak gaduh? Oh plissss ~ Tolonglah jadi matang sikit yeee


Bila dah ada FB, mestilah kawan-kawan kita ada lelaki, ada perempuan kan? So bila dah jadi macam ni, susahlah nak contact dengan kawan-kawan kita. Semuanya kena control -.- Haihh ~ Sumpah terkongkonglah hidup macam ini


Bila dah jadi macam ini, kawan-kawan kita pun takut nak komen or chat dengan kita. Yelahh ~ Mana lah tahu, kita tengok kawan kita online so kita chat die. Sekali yang balas, bukan die tapi orang lain. Haaaaaa ~ Menggelabah ayam lah kau masa tu ! HAHA :D


Bagi aku, semua password dan email semuanya adalah hak peribadi orang tersebut. Kalau pasangan kita tak nak bagi, suka hati dielah kan? Tu hak die. Lagipun korang baru je couple punn! Bukannya dah kahwin. Kalau dah kahwin, lainlah ceritanya kan? Haha :D


Macam aku, semua FB, blogger, YM, Skype, Myspace, Friendster semuanya dicontrol oleh aku sorang sahaja. Haha ;D Sebab tu korang boleh tengok betapa jahat, kejam dan bebasnya aku dalam alam maya nie. Sebab apa? Sebab aku yang control semuanya ! Haha ;D


So korang jangan jadikan COUPLE tu sebagai tiket untuk korang share segala-galanya. Ada kalanya, ada benda yang tak patut dikongsikan dengan pasangan kita. Erm korang faham-fahamlah maksud aku erk? Bukan terhad pada password FB je, malah ada lagi benda lain kan. Tuttttt ~ Haha :D

Aku bagi nasihat ini pun, sebagai peringatan kepada diri aku jugak. Bukan aku cakap saje-saje. Takpelah. Kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain ok :)


p/s : Aku tahu password dia. Tapi aku tak kacau pun sebab aku hormatkan hak peribadi die :)

  • Share:

You Might Also Like

8 comments