Best Ker Merokok Nie? :O

by - Sunday, October 14, 2012


 Assalamualaikum

Entah lah ~ tetiba terlintas nak buat entry pasal sesuatu :p Hehe



Okay. Merokok. Siapa yang suka kalau ada orang merokok kan? Siapa yang suka kan kalau pakwe dia merokok kan? Siapa yang suka? Please raise up your hand! Oh mestilah kawan-kawan lelaki sahaja yang akan angkat tangan sebab siapa yang keluarkan kotak rokok, yang lain pun akan turut amik jugak rokok tue HAHA :D Sharing is caring kataaaayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Jujur aku cakap, aku dikelilingi dengan kawan-kawan lelaki yang merokok, cousins aku yang merokok. Sebab tu aku dah biasa dah tengok orang merokok. Cuma adalah kawan aku up kan topik pasal merokok nie. Dia cakap dia tak suka tengok pakwe dia merokok dan kadang-kadang di sebabkan pasal merokok, dorang boleh bergaduh. Pergh gitu penanganyaaaaaaa ~


Yelah ~ si kawan aku ni sayang pakwe dia. Nak kasi pakwe dia sihat jantung, katanya. Tapi si lelaki, tak kan nak dengar kan? Lagi lah di buatnya adalah ~ so tup tup gaduh pakwe makwe. Tak ke haru macam tue?


Aku ada jugak tanya beberapa kawan aku "Best ke merokok nie?" Dan jawapannya berbeza lah dari setiap orang. Yang ni cakap lain, yang ni cakap lain. So masing-masing ada pendapatnya. Ada yang cakap nak kasi tenangkan fikiran, ada yang cakap nak rileks, ada yang cakap sebab terpengaruh dengan kawan, ada yang cakap nak hilangkan stress. Macam-macam. Tapi aku dengar ada jugak perempuan yang merokok sebab nak kurus. Uish ye ker?


Bagi aku, its not nice kalau seorang perempuan merokok. yelah kita ni kan perempuan :) Satu hari nanti, kita akan berkahwin dan mengandung. Asap rokok its not good for our children nanti :) Cuba fikir, awak nak ke anak awak tengok je awak merokok? No no ~  Lepas tu awak nak ke mak ayah tangkap awak hisap rokok dalam bilik? Awak tu perempuan. Kang bakal suami awak tengok, tak ke maluuuu ~



Tapi kalau bakal suami awak pun kaki merokok jugak macam awak, nak buat macaman kan? "sayang, pergi beli rokok boleh?" HAHA :D Lepas tu kongsi satu kotak rokok dengan hasben. Sweet lah tue? HAHA :D


Its not macam nak halang ke apa cuma kita kan dah ada otak, cuba fikirlah ~ Perempuan hisap rokok? Okay macam pelik. Kepada perempuan yang merokok di luar sana, berhentilah yer? Ingatlah orang yang tersayang :p Eh eh ~ I'm not judging tapi just bagi pendapat aku je :)


Kalaulah ada kawan perempuan aku merokok, aku akan marah dia. Aku akan tegur dia sebab dia perempuan, kalau kita pujuk dia, lama-lama Insyallah dia akan berhenti jugak :) Hati perempuan ni lembut macam jelly HAHA :D So kalau di gasak lama-lama, dia akan lembut jugak :) Tapi aku harap sangat-sangat tak ada langsung kawan-kawan perempuan aku yang merokok


Okay kepada lelaki yang merokok pulak, aku tak kisah pun kalau korang nak merokok. Sebab bagi aku, itu hak korang. Apa hak aku untuk halang korang? Siapa sukakan kalau dikongkong dan kena dengar bebelan "I tak suka you merokok! I tak suka! Kita putus!" Ambui sampai macam tu sekali -___-


In fact, aku sendiri tak suka di kongkong dan di beritahu itu ini. Sebab tu kalau ada orang merokok, aku just macam tengok je. Lantak lah ~ Jantung kau, jantung aku. TAPI tolonglah merokok dekat tempat lain, bukan depan aku! Aku pun tak suka bau asap rokok -___-


Kepada guys, nak merokok? Silakannnnnnnnnn ~ tapi berpada-padalah! Ni sampai satu kotak satu hari, dua kotak satu hari, apa kes? Nak mati cepat ker? Janganlah macam tue. Jujurlah, kalau pakwe aku yang merokok pun, maybe aku akan marah dia dan akan tegur dia cuma kadang-kadang aku rasa, tu hak dia jugak nak buat keputusan. So nak buat macamana? Bagai mencurah air ke daun keladi lah jawabnya!



Kalaulah pakwe/bakal suami kita sayang kita kan, mesti dia akan fikir baik-baik dan tak kan punya nak merokok sebab dia tahu asap rokok tu akan bahayakan orang yang tersayang. So mesti dia akan ada willingness sendiri untuk berhenti. Dia akan berhenti dengan ikhlas, betul tak?


Tapi cuba kalau kita yang paksa dia berhenti merokok, konfemmmmmmmmmmmmmm dia akan serabut dan lama-lama "selamat tinggal romeo" je lah jawabnya. Lelaki ni kita tak boleh nak paksa-paksa dia. Kalau dia nak buat, biarkan dia buat. Kang kalau di paksa, dia jadi serabut. Huhu


Aku punya cousin lagi best. Masa dia pergi Langkawi dia beli lah banyak giler rokok sebab rokok dekat sana murah kan? Mau dekat satu beg penuh dengan kotak rokok! Lepas tu, mak dia tahu dan mak dia cakap "Kalau kau nak mati cepat, marilah mama bunuhkan" Aku terus gelak macam hapeeeeeeeeeee HAHA :D



Tapi aku tetap tegaskan dekat sini, tolonglah berhenti merokok. Tak takut ke tengok gambar cancer dekat kotak merokok tu? Tak kan tak ada effect pape kot? Lepas tu, tak sayang duit ker? Beli rokok dan duit habis macam tu je padahal duit tu boleh je nak beli benda lain, untuk makan ker, untuk topup ker kan? Fikir fikir!


Macam mana eh nak bagi korang faham yang sebenarnya aku tak larang pun kalau ada kawan-kawan aku nak merokok cuma aku nak korang sedar yang merokok ni sangat-sangatlah tak bagus. Macam aku cakap sebelum ni lah, aku tak ada hak. Nak berubah untuk berhenti merokok biarlah ikhlas dari hati, ada kesungguhan, bukan sebab ada orang suruh. Berhenti kejap, lepas tu sambung balik. Sama je aku rasa -__-


Hak untuk merokok tu memang hak peribadi masing-masing tapi aku sebagai orang di sekeliling yang hidup bersama, aku pun nak jugaklah udara yang segar untuk aku bernafas :) Aku tak kisah nak merokok tapi janganlah merokok depan aku sebab aku tak tahan dengan asap rokok. Nak merokok, pergi jauh-jauh. Jangan babitkan aku sekali HAHA :D


Aku ada buat google pasal merokok dalam Islam dan ini linknya. Sila-silalah baca yer? ;) Semoga Allah swt bukakkan hati kalian untuk berhenti merokok, aminnn :)


Kepada perokok semua, saya doakan agar anda kalian terbuka hati untuk berhenti merokok! :D




 

You May Also Like

16 comments