[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, October 31, 2012

7 Sebab Kenapa Facebook Penting (Bagi Aku)


 Assalamualaikum


Dah lama dah aku dengar situ sana sini orang duk cakap FB ni tak bagus, nanti jadi ketagih, boleh memporak perandakan orang, boleh bikin gaduh, boleh curang, boleh buang masa dan etc (end thinking capacity HAHA :D get it?)


Tapi lah kan ~ bagi aku, sepanjang aku guna FB nie, aku rasa FB ni macam banyakkkkkkkkkkkkkk kasi kesan pada kehidupan seharian aku. Macam memudahkan kerja aku pun ada jugak, serba sedikit lah ~ Membuatkan aku terkesan dalam hati, insaf sensorang diri di kala online FB malam-malam hari, merapatkan jurang antara aku dengan kawan-kawan aku. Banyaklahhhhhhh!



Ada one time tu, aku deactive FB selama seminggu sebab masa tu ada masalah sikit lah. Masa aku deactive FB tue, subhanallah -__- Rasa macam tak boleh hidup! HAHA :D Yelah ~ sebab dah jadi ketagih sikit satu hal, lepas tu dengan beberapa urusan habis tergendala sebab aku tak tahu apa-apa melalui FB


So last-last aku pun active balik sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sekarang! HAHA :D Bagi aku, guna FB kalau betul dengan caranya, memang akan kasi kebaikkanya. dengan syarat, DENGAN SYARAT ; friends dekat friendslist kau mestilah mengandungi kawan-kawan yang kau kenal sahaja! Tak payah nak add atau approve orang yang kau tak kenal.


Contoh ; macam kawan-kawan sekolah. kawan satu U, kawan tuisyen, kawan mengaji (so sweet!), kawan satu kerja, jiran-jiran, family dan tak lupa jugakk pensyarah dan cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Hello! Penting okay untuk add semua lecturerss dalam FB sebab manalah tahu kan, kot-kot ada assignment tambahan ker atau kelas batal ker HAHA :D


Okay sekarang mari aku listkan kenapa FB penting dalam hidup aku? :)


  • Sebab aku nak tukar-tukar notes dengan kawan-kawan aku :) As we knew, dekat FB kan boleh attach files dekat Message tu kan? Dengan itu lah aku selalu duk tukar-tukar notes, surat-surat rasmi, gambar personal atau apa-apa sahaja yang aku rasa nak kongsi. Dengan ini tak payahlah aku nak bukak email yang kena tunggu lama gilerrrrrr loading dia! Bukak FB, terus je dapat noty satu dari kawan ; "Mai nah nota Part 3 Degree untuk kau" Hambuii advanced tau :p




  • Sebab aku nak contact balik dengan kawan-kawan lama aku. As you all knew (macamlah semua orang tahu, okay boleh rujuk SINI kalau tak tahu) aku ni ada ramai betul kawan-kawan aku :) Semuanya pulak duduk jauh dari aku disebabkan kehidupan aku yang sentiasa nomad nie. So aku ada beberapa peringkat kawan ; kawan dekat PD, kawan dekat Besut, kawan dekat SESTER, kawan dekat UiTM Dungun, kawan satu tempat kerja and insyallah future kawan dekat UiTM _______ (sebab tak tahu lagi dapat UiTM mana untuk degree nanti)


So dengan FB ni lah aku dapat chat dengan dorang sebab YM? Aku punya email dah tak ingat dah. Skype? Malas nak download and plus kalau duk main Skype pun 10% je duk chat yang selebihnya duk "hello? hello? Kau dengar tak? Nampak tak aku?" Last-last kita yang sakit hati, naik angin dan darah pun naik HAHA :D


  • Sebab aku nak contact lecturers/cikgu-cikgu aku. Kadang-kadangkan ada benda yang come out dengan tiba-tiba dan memerlukan aku kena jumpa lecturer untuk bertanya. Tapi biasalah ~ masing-masing busy. Kadang-kadang lecturer busy, kita pulak yang free. Bila lecturer free, kita busy ; ada kelas lah, meetinglah ~ So nampak tak permainan dia dekat sini? HAHA :D

Dengan adanya FB, aku boleh je message dekat lecturer aku, mintak notes ker, tanya pendapat ker, update pasal isu-isu semasa dalam kampus ker. Tak punn, kadang-kadang ada gak lecturer yang kasi assignment dalam FB sebab kebetulan semua students add dia dekat FB.


So boleh bayangkan tak kalau aku tak ada FB dan semua ini aku tak boleh hidup? Bukan tak ada HP nak contact cuma yelah ~ battery tak ada lah, tak dengar sebab call lah, tak ada kredit lah kan? So biasalah ~ keluh kesah seorang students macam aku HAHA :D



  • Sebab FB mengingatkan aku :) Aik? Amendoo nie?! Macam ni, most of my friends dekat FB, tak kira lelaki atau perempuan semuanya bagus-bagus dan baik-baik belaka :) Alhamdulillah aku dikurniakan dengan kawan-kawan yang sebegini. Kadang-kadang mereka selalu saling ingat-mengingati antara satu sama lain tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam :)

Mereka share pasal hadith, ayat-ayat al Quran yang boleh dijadikan pedoman untuk hidup kita, kewajiban untuk kita menutup aurat, taat pada ibubapa dan sebagainya. So secara tak langsung, kalau aku online, aku rasa beruntung sebab mempunyai kawan-kawan aku dekat FB yang tak pernah putus-putus nak ingatkan antara satu sama lain :) Terima kasih kamu semuaaaaaaaaaaaa



  • Sebab FB bagi aku info dan update apa-apa pasal yang aku perlu tahu. Contoh ; kadang-kadang aku ni bukannya ada masa sangat nak pergi library nak baca paper walaupun pada hakikatnya aku suka baca paper HAHA :D Nak harapkan online paper, kadang-kadang line pun macam mencemburui aku nak date dengan paper. Nak tengok TV? Lagilahhhhhhhhhhhhh tak ada masa!

So harapkan dekat FB lah dengan like-like mana mana pages yang update pasal berita nie. Dari situ aku tahulah "Ohh ada orang hilang", "Ohh ~ ada orang accident", "Ohh ~ Farid Kamil nak kahwin dengan Diana Dianelle" HUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA nangis T___T


Lepas tu, kalau ada info pasal dalam kampus, kelab aku ker, pasal kelas aku ker, semuanya jadi senang dengan adanya FB. Just post dekat group dan zaaassss zazzzz semua orang tahu dan pandai-pandailah dorang sebarkan dekat kawan-kawan yang lain. Jimat kredit aku. Oh yaa ~ ingatkan aku nak claim duit topup, RM 60 :D Mueheheheheheheheeeeeeeeeeeeeee money moneyy ~



  • Sebab FB connect aku dengan family aku :) Alahaii macam lah korang selalu contact dengan cousins/ mak sedara/ pak sedara dengan HP slalu kan? So dengan FB ni lah ~ atleast masing-masing dapat tahu dan update pasal berita terkini ahli-ahli keluarga terdekat kita. Pluss, ada jugak sedara-sedara aku stay dekat Singapore, Mesir, UK so ada FB atleastttt boleh lah tengok dorang dalam gambar, happy ke tidak, kurus ke tidak. Kami dekat Malaysia ni macam berpam-pam je badannya HAHA :D


Ada sekali tu aku update status yang aku jatuh tergelincir dan habis jari aku melecur sebab kena kuah Maggi (yang ni pun nak update ker?) Lepas tu ayah aku pun texting "Macam mana boleh jatuh tue?" Oh yaaa lupaaaaaa ~ ayah kita dah add kita dekat FB :p So mesti dia baca blog kita nie sebab aku selalu promote blog aku dekat FB. Hai ayah! :D HAHA :D



  • Sebab FB tolong aku promote blog aku. HAHA :D yelah ~ dengan adanya FB, aku ada buat fanpage. Okay sesape yang dah like, terima kasih kawan-kawan semuaaa :) Yang tak like, silalah like :p HAHA :D Dengan adanya FB, aku dah join banyak jugaklah group-group blogger so ianya membantu aku untuk promote blog aku dengan entry-entry yang panasssssssssss :D

Secara tak langsung, dari dulu aku asyik dulu blogwalking, sekarang aku just copy paste je link dekat group group dan pandai-pandai mereka nak singgah atau tak :) Cuma tiap kali kalau aku share, alhamdulillah, visitors adalah naik dari sebelum-sebelum nie :) Aku tak ada masa maaaa nak blogwalking macam dulu-dulu


Tapi dalam kita duk ghairah (asal guna ayat nie doeee?) kita kenalah pandai-pandai gunakan dan limit mana yang perlu. Ni kalau dah online FB sampai tak ingat makan minum, solat ~ guane tue? Ohhh ~ dok comeyy perangai demo loni dok supee mulo HAHA :D


Bagi aku, FB ni penting sebab atas-atas sebab yang aku dah bagitau ni lah ~ In case korang pun nak macam yang dekat atas ni jugak, korang kenalah just add/approve orang yang koran kenal sahaja. Kalau setakat tak kenal, lelaki yang bajet macam nak try-try, jangan di layan orang sebegini. Selidik dulu orang tu before add/approve :)



Sebab aku pun ada pengalaman dulu kena kacau dengan orang-orang giler yang macam nie. So sejak daripada itu, aku pun dah berhati-hati, bukan apa. Ini untuk keselamatan diri kita jugak kan? Lagipun kita mestilah nak online dengan rasa selamat dan aman kan? HAHA :D Sebab tu aku sangat-sangat cerewet nak app/add orang dekat FB :)


Untuk korang, kenapa FB penting bagi korang? Meh meh share :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts