Day 9 - My Current Status. Jeng Jeng Jeng! :D

by - Thursday, December 13, 2012


Assalamualaikum


Hiyeahh ~ syukur alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur aku untuk melalui satu lagi hari di atas muka bumi ini :)


Okay mari teruskan game 30 Things kita tue :)



krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik 
(bunyi cengkerik lah)


Tergelak kecil aku bila dapat tahu Day 9 ni ada tanya soalan macam nie. Hmm ~ lagipun aku rasa macam aku kena buat jugak sebab lately ni macam ada jeeeee orang yang tanya dan syak bukan-bukan pasal status aku, tak kira lah dari budak UiTM, kawan masa aku sekolah rendah atau menengah. 


Okay my current relationship is SINGLE. Tapi masih ramai lagi yang tak percaya dan bajet macam aku nak sorokkan siapa yang berjaya bukak hati aku nie. HAHA :D Lantok korang lah nak percaya ke tidak tapi memang ini yang betul, so aku dah terangkan tapi kalau korang tak nak percaya, its up to you :)


Hmm dah bertahun jugak aku single. Tipulah kalau tak ada yang singgah cuma aku je yang takut. Aku ada jugak suka dalam diam-diam dekat seseorang tapi macam biasa, aku simpan dan pendam je sebab malu HAHA :D Dan sampai sekarang, orang yang aku suka tu tak tahu menahu pasal nie. Bagus. Aku pun dah malas nak fikir benda yang lepas dah :)




Hmm hidup single ni best. Sebab aku ni jenis yang suka kawan dengan semua orang tak kisah umur berapa ke, latar belakang macam mana ke, perangai yang macam mana ker, sakit apa ker, lelaki atau perempuan ; semua tu aku tak kisah. Yang penting aku ikhlas berkawan dengan mereka dan aku harap mereka pun ikhlas kawan dengan kita


So bila dah single, aku bebas nak kawan dengan sesiapa sahaja yang aku suka. Nak lepak dengan diorang sampai lewat malam ke, nak tengok wayang ke, nak buat apa-apa ke, tak ada nya orang nak cakap "I tak suka you kawan dengan dia" What the? Apa hak kau untuk larang aku dari buat apa yang aku suka? Haaa gituuu :) Lainlah kalau orang yang melarang aku tu adalah orang yang memang ada hak mutlak ke atas aku macam ibubapa aku, family aku, orang yang aku hormat macam lecturer aku ke ; nasihat mereka memang aku consider lah :)



Sebab aku jenis yang tak suka dicontrol dan dikongkong. Kalau kau nak lepak dengan kawan-kawan kau, nak futsal sampai pukul 3 pagi ker,  carry on. Sebab aku tahu tu memang dah habit kau sejak azali lagi, before kau kenal aku. So aku tak ada hak nak larang kau. Maybe kalau bagi nasihat tu, macam boleh lah ~ Saling ingat mengingati kan? Cuma bila aku bagi kebebasan pada kau, aku harap kau pun akan buat macam tu jugak dekat aku. Haaa gituu :)


Lepas tu bila dah single, tak adanya nak serabutkan otak fikir pasal masalah gaduh-gaduh, merajuk-merajuk nie. Cuba fikirlah ; better serabut otak fikir pasal masalah lain yang lebih berhak mendapat perhatian kita dari masalah yang belum tentu akan menjamin masa depan kita. Contoh ; better aku sakit kepala fikir pasal study aku dari fikir pasal pakwe aku yang merajuk sebab aku tak dengar cakap dia. Hehe :p


Bila dah single, kredit kau macam banyak je HAHA :D Okay yang ni memang obviously okay?! Sejak aku single, kredit aku macam banyak je. Kadang-kadang parents aku tolong topupkan atau aku yang topup so kredit tu macam sentiasa on je. Jaranglah bagi aku untuk merayau-rayau dekat koridor kolej sambil menjerit "Siapa ada jual topup?!" HAHA :D



Tapi zaman sekarang nie, siapa peduli pasal kredit kan? Yelah ~ sebab dah ada Whatss App dan BBM so mesej tu macam dah kurang dah. Eh tapi nak aktifkan benda tu semua punnnnnn guna duit jugak kan? Hehe :p


Itu adalah certain kebaikkan hidup single yang terlintas dalam fikiran aku lah. Tipulah kalau aku cakap aku tak sunyi langsung kan? Kadang-kadang kalau datang angin alone dia, memang sedih dan rasa sunyi jugak tapi disebabkan aku dah lama single, so aku macam wat derk je. Sebab dah terbiasa kot?


Tapi tu lah ~ manusia kan mana pernah bersyukur dan puas kan dengan life dia? Kalau dah single, sibuk nak couple. Bila dah couple, sibukkkkk nak single. Haaaa jangan nak tipu aku lah kalau korang tak pernah rasa macam nie sebab aku pun macam korang jugak, pernah rasa macam ni. So kita semua ni sama je, tak ada beza pun



Cuma sekarang ni ; aku just go with the flow je. Malas nak fikir sangat pasal benda ni sebab aku percaya kalau Allah swt dah cakap 'Kun Fa Yakun' maka jadilah ia. So kita berserah kepada takdir Allah swt, berdoa banyak-banyak semoga kita di berikan jodoh yang mampu bantu kita menuju ke jalan yang diredhai Allah swt :)


Wah dah ada gaya macam Ustazah pulak aku nie HAHA :D Tapi betul lah apa yang aku cakap. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, kita berdoa semoga Allah tunaikan permintaan kita. Ingat ; Allah swt tak kan pernah kecewakan kita, pasti ada nya yang lebih baik untuk kita cuma cepat atau lambat je :)


Okay siapa #TeamSingle dan #TeamDouble dekat sini? Nak tengok sikittttttttttt ~ Kalau korang nak kongsikan apa yang bestnya hidup single ni pun, boleh jugakk, di alu-alukan :)


 

You May Also Like

4 comments