Kenapa Aku Suka Berblog?

Tuesday, December 11, 2012


Assalamualaikum


Kenapa aku suka berblogging? Tulis semua benda yang aku rasa dalam hati, lepas tu tulis pasal life aku dengan kawan-kawan, apa yang kitorang buat, itu ini, pasal family aku, pasal apa-apa je lah yang aku terlintas nak tulis. Lepas tu boleh pulak buat topik sekian itu ini dan kasi pendapat sendiri, macamlahh ada orang nak baca -__-


Okaylah ~ aku dah berblogging hampir 3 tahun :) Yup ~ bulan depan genaplah 4 tahun aku berblogging :) Act aku dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak buat blog ni tapi tak tahu macam mana nak buat. Sekali one of my BFF, Fyra dia bagitau yang dia ada blog. So dari dialah aku belajar buat itu ini sampai lah sekaranggg ~ 


Okay berbalik kepada soalan "Kenapa aku suka berblogging?" senang je jawapan aku :) Aku suka berkongsi cerita, menulis dan bercerita kepada orang tentang apa yang aku lalui dan apa yang aku alami. Sebab dah aku memang suka, nak buat cemana -__-



Apa yang aku buat, aku suka kongsi dengan orang, kasi orang baca. Lepas tu aku anggap blog ni macam medium antara aku dengan kau. Aku cerita, kau baca. Haaa gituhh ~ So barulah ada chemistry ke apa kan? HAHA :D


Melalui blog, atleast kawan-kawan aku yang dari seantero dunia dapat tahu dan update pasal diri aku. FYI aku ada ramai kawan-kawan sebab aku selalu tukar sekolah dan pindah randah dari satu tempat ke satu tempat. So melalui blog, dorang tahulah pasal aku. Ececeh ~ bajet femes je aku nie -__-


Lepas tu, blog ni aku anggap macam diari aku sendiri. Kadang-kadang kalau aku tak ada benda nak buat, aku akan baca balik entry lama-lama aku dan gelak senseorang apa benda yang aku tulis. Kadang-kadang aku fikir "Amendalah aku mengarut dekat blog nie? Ada ke orang nak baca?" Tapi bila tengok ada orang kasi respons, aku macam terharu sangat-sangat, siyesss tak tipu!



Kadang-kadang kan, bila aku baca entry lama-lama, aku sendiri tak faham aku tulis apa, kepada siapa yang aku tujukan entry itu, bila dan di mana entry tu aku tulis. Sebab aku tahu blog aku ni public dan open kepada semua orang yang membaca ; termasuk lecturer aku, family aku, kawan-kawan aku, rakyat Malaysia HAHA :D so aku selalu gunakan pendekatan monolog dalaman aku tanpa tuju kepada certain orang yang aku nak tujukan entry itu. Ibarat kata kazen aku, hashtag random lah kiranyaaa hehe :p


Aku buat blog ini sumpah tak terfikir langsung pasal nak buat duit, nak kejar followers beribu-ribu. Apa yang aku fikir masa nak buat blog ni ; aku nak tuliskan apa yang aku rasa. Sebab dalam life kita ni, mana ada orang yang mampu nak dengar luahan hati kita all the times, yang mampu kasi respon kepada kita. So melalui blog, aku just luahkan apa yang aku rasa


Tapi tak sangka, selepas lama-lama aku dengan blog, followers aku makin bertambah dan bertambah. Even though aku dah jarang update blog sekarang nie, tapi bila tengok ada orang datang dalam blog aku dan follow blog aku, kasi respon dan komen ; aku bersyukur dan happy sebenarnya :) Sebab yelah ~ atleast kita tahu blog kita ni masih ada orang yang baca. 



Terima kasih kepada semua followers dan semua orang yang baca blog aku nie :') Semoga Allah swt murahkan rezeki kalian. Amin 


Kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari. Ajal maut di tangan Allah swt. So aku nak manfaatkan sepenuhnya masa yang aku ada dengan catatkan semua kenangan aku, apa yang aku rasa di sini. Nanti bila aku tak ada suatu hari nanti, aku harap tulisan aku ni mampu kasi inspirasi kepada orang yang membaca, Insyallah :)



Berapa lama kau nak berblog ni Mai?

Insyallah selagi hayat aku masih ada, aku akan terus menulis di sini. Aku akan tetap menulis dan menulis dan berkongsi cerita aku. Biarlah tak ada orang baca nanti asalkan hati aku puas bila jari-jari aku dah menari atas keyboard nie. Biarlah ada orang duk kutuk maki aku, lantok lah ~ Hidup aku bukan untuk puaskan semua orang semata-mata



As for you ; the readers, kenapa korang suka berblogging? Come come share with me! Nak tahu :)

 

You Might Also Like

14 comments