[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, December 12, 2012

Vlog ; Kenapa Aku Tak Nak Buat?


Assalamualaikum


"Mai kau tak nak buat Vlog ker?"


Dangg ~ terus berdegup kencang macam baru sudah kena lamar. HAHA :D Ayat nak lebih-lebih aku nie -__-


"Hmm tak nak lagilah buat masa nie. Tapi aku macam yakin yang aku tak kan buat vlog :)"


Macam tu je jawapan aku. Standard macam artis-artis lah, macam lebih kurang "No comment!" HAHA :D



Vlog? Entah. Tak pernah langsung terlintas dalam otak aku yang aku nak buat vlog. Well ~ aku rasa semua orang dah tahu vlog tu macam mana kan? Macam video yang Mat Luthfi buat, Hanis Zalikha buat, Maria Elena buat. Yang macam tu lah ~ Pergi lah cari sendiri dekat YouTube. Banyak video pasal diorang


Aku? Aku nak buat macam yang diorang buat? Memang tak lah! HAHA :D Aku ni bukannya lawa dan cantik kebababommm macam diorang, yang ada keyakinan dalam setiap benda yang bakal terjadi sebab kadang-kadang aku pun ada jugak rasa macam kalut dan kecoh sikit HAHA :D 


Tengoklah ~ idea diorang pun macam bagus je. Macam aku? Idea aku amendanya? Kalau korang perasan, idea aku bukannya macam Mat Luhtfi yang sentuh pasal isu-isu semasa in a proper way and be accepted by others sebab aku ni kalau nak cakap, aku main cakap lepas je, tak ada dah nak cover-cover. Plus, aku bukannya creative macam dia, yang buat itu ini semata-mata nak recordkan video


Lepas tu aku bukannya macam Hanis Zalikha yang cantik dan cun meletoppp tu. Dia dah lah lawa, cantik dan menarik perhatian orang. Yelah ~ kalau tak, tak kan terlist dalam Most Searched People in Google eh? Mengalahkan Siti Nurhaliza you ollsss ~ Haa gempak tak? Dan dia mestilah ada idea nak buat vlog sebab kadang-kadang dia buat make up tutorial, how to sanggul your rambut jadi bun roti yang comel HAHA :D


Aku? Aku bukannya jenis yang bermake up berdo'oh sangat. Setakat eye liner sikit tu jadilah ~ tu pun kalau terasa rajin. Kalau dah tahap malas, pakai bedak baby johnson tue. Dah siap ~ Kalau aku buat jugak Vlog tentang tips-tips kecantikkan, mau kena maki je sebab buat video tentang cara-cara nak pakai bedak. HAHA :D Sapa nak tengok hoii?!


Kak Maria pulak ~ buat video pasal cara-cara nak pakai tudung, berkongsi idea dan pendapat dia. Aku ni pulak selalu pakai tudung bawal je. Tak ada nya nak pakai tudung macam Ariani, Alya Sarah. Tak ada nya nak belit-belit tudung macam Yuna. See? Aku ni simple dan slumber je


Dan satu lagi ; aku lebih selesa berada di belakang tabir. Kiranya macam orang tak nampak aku dan apa yang aku buat. Tup tup je ~ benda tu dah siap dan hasilnya memuaskan. Itu cara aku. Aku bukannya jenis yang nak sambutan yang gah, yang siap ada award lagi. Aku tak selesa dengan cara tu. Aku nak biasa-biasa je


Sebab tu aku lebih suka menaip, bercerita di blog je. Tak adanya nak buat Vlog. Sebab bila dekat blog tak adanya orang nak tahu apa yang aku buat di sebalik pembikinan entry yang aku buat ni. Macam tadi, sambil aku taip entry ni sambil aku keringkan rambut aku sebab baru lepas mandi. 


Kalau aku nak upload gambar pulak, aku just amik gambar yang terpilih je HAHA :D Weyh mestilah kita nak nampak lawa dan menarik di hadapan orang ramai kan? So haruslah memilih sebab aku sedar siapa diri aku nie. Tak macam nama-nama yang di atas yang aku mentionkan tadi. Amiklah gambar candid yang macam mana pun, they are still in a good looking :)


"Habis tu Mai tak kan lah tak nak cuba sesuatu yang baru?"

Bukan aku cakap aku tak nak terus buat atau cuba sesuatu yang baru. Kadnag-kadang kalau kita keluar dari comfort zone, bagus jugak sebenarnya. Cuma buat masa ni aku lebih selesa dengan macam nie. Insyallah kalau suatu hari nanti kalau terrrrrrbuka hati aku, nantilah adalah Vlog Mysara Newrie pulak. Fuh ~ 



Agak-agak siapalah nak tengok Vlog aku nanti kalau aku buat? HAHA :D 

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts