Assalamualaikum
Everybody! HAHA :D Weyh yang term "Everybody" ni memang sumpah akan buat aku gelak. Dia macam kau nyanyi lagu apa entah tapi nak sebut "everybody" ni macam ada lagu-lagu dia sikit. Alaaa tak tahulah nak cakap macam mana nak kasi orang faham -.-
Alkisahnya sebab Ustaz yang ajar kelas Arab ni kelakar tau? Dia ni suka suruh sorang-sorang sebut huruf Arab dengan betul. So bila dah satu kelas yang hampir 30 orang duk test test cakap bahasa Arab sesama sendiri, tak ada siapalah nak dengar dia cakap dekat depan kelas kan? So dia akan menjerit depan kelas sambil cakap "Everybody!" dan lepas tu satu kelas akan gelak macam hape
Okay tuh diaaaaaaa ~ mukadimah untuk minggu ketiga punya cerita! HAHA :D Minggu ketiga aku di Shah Alam :)
Malam Tautan Kasih Kolej Melati di Stadium UiTM Shah Alam :) UiTM Di Hatiku <3 -.-="" alaaa="" huruf="" nampak="" pulak="" tak="" td="" u="">3> |
Aku macam busy sangat-sangat. Kalau tak ada kerja nak buat, mesti ada meeting JPK sebab aku sekarang ni dah macam terlibat under AJK Kolej Melati dan esok ada rewang, buat Kenduri Sekolej. Semua kolej UiTM Shah Alam akan buat rewang :) So as for me, malam ni dah kena turun nak rewang ramai-ramai :) Nak prepare apa-apa yang patut untuk kenduri esok pagi :)
So aku rasa, maybe dalam satu minggu, aku akan try update sekali je cerita dan beserta dengan gambar-gambar HAHA :D Insyallah, i will try my best :) Aku bukan apa, lately ni macam lebih online melalui HP je. Nak online dengan lappy, macam leceh pulak nak tukar-tukar simcard bagai -.-
Kalau nak cerita pasal kelas, alhamdulillah aku dah dapat catch up sikit-sikit. Macam minggu lepas, fokus tak ada. Tapi minggu ni, fokus dalam 70% dah. Lagi 30% masih duk main-main dalam kelas. Lecturer duk sibuk cakap dekat depan, aku duk berwayang gambar dekat belakang HAHA :D Jenis aku nie, kalau mengantuk dalam kelas, suka amik gambar. Better amik gambar dalam kelas dari kau tidur dalam kelas sambil meleleh air liur. Ni pendapat aku lah hehe :p
Dalam kelas mana boleh stress sangat. Kena ada gak main-main skit hehe :p |
Oh ya. Aku baru perasan yang minggu ni kan, aku dengan classmates aku sukaaaaaaaaaaaaaaa betul amik gambar! Esp kalau dah habis kelas je, mesti masing-masing akan berkumpul ramai-ramai dan lepas tu aku lah yang akan start "Jom amik gambar!" Lepas tu masing-masing amik port dan aku lah yang amik gambar HAHA :D Bukan sekali weyh, berkali-kali pulak tue! HAHA :D
Lepas dah amik gambar, sibuk masing-masing suruh tag dekat FB lah, whats app lah ~ Biasalah, sekarang semua dah maju kan? Eh eh ~ cakap pasal maju kan, sekarang ni aku tengah duk main WeChat HAHA :D Sedap woo ~ macam walkie talkie pulak dah aku duk main benda tu dengan bisfin aku dekat Sabah. Pukul 1 2 pagi pun duk gelak main benda tue HAHA :D Okay dah melalut jauh dah nie -.-
After class, tungguh Aup, Fahira, CK dan Akma - nak balik bersama-sama katanya Sweet tak kitorang?! HAHA :D |
After class Account :) This is my fav picture of us so far :) Teha cakap gambar ni pasal "Mata pisang dan anak-anaknya" HAHA :D Tengoklah mata aku tue -.- |
Dalam duk keghairahan dalam kelas kan, weyh asal ayat aku macam berbunga dan sastera sangat nie?! Adalah satu hari tu masing-masing duk kecoh sebab kelas subjek Elektif, Quality Management kena tutup sebab tak cukup students. Kalau tak cukup 15 orang dalam kelas, memang kelas takkan dibuka. Itu yang aku tahu lah
So kelas QM ni mostly budak-budak Dungun amik subjek ni tapi hanya beberapa orang sahaja yang amik subjek Malaysian Premiership Studies aka MPS sebagai elektif termasuk aku. Sengaja aku amik MPS sebab nak study lebih mendalam pasal our Prime Ministers kita :) Tapi sayangnya kelas diorang dalam 13 orang je so automatik kenalah tutup
Agak kesian lah mereka-mereka yang amik QM ni sebab nak kena daftar kelas lain dan amik subjek elektif lain. Sebab subjek SOMA aka Social Marketing dah penuh kuota. Subjek International Relations (IR) dan apa entah satu lagi tak ada orang nak amik so terus tak ada kelas tu langsung. Subjek MPS pulak macam susah sikit tapi seronok untuk belajar, as for me lah :) Tambah-tambah pulak, lecturer MPS aku memang terbaik lah ~ sangatsangat terbaik. #TabikSpring dengan PM Shaha!
Muka-muka yang tengah sedih sebab kelas QM dah nak kena tutup tapi bila nak di amik gambarnya, terus senyum je HAHA :D |
On the way balik Kolej. Pun bolehhhhhhh amik gambar dekat parking kereta! Posing pulak dekat kereta orang HAHA :D |
Tadi di awal entry aku ada cakap aku jadi AJK Kolej Melati kan? So malam tadi kitorang ada meeting pasal Kenduri Sekolej tu. Kebetulan aku dengan Faezah kan di bawah satu biro yang sama sebab makcik ni tarik aku duduk bawah dia HAHA :D Atleast dengan cara macam nie, kitorang dapat spend time sama-sama ;)
FYI, dulu dekat Dungun, aku dengan Faezah ni ibarat macam belangkas lah ~ Mana ada dia, ada aku. Mana ada aku, ada dia. Aku, Faezah, Lisda, Angie dan Hani - membentuk satu kumpulan perempuan yang paling giler dan bising di abad kemunculan batch kami di Dungun HAHAHAH :D Siapa yang follow blog aku dari awal, memang tahulah pasal nama-nama yang aku sebutkan nie :)
So bila Faezah dekat Shah Alam, aku pun macam happy lah ~ Berbalik pada meeting tue, orang dekat depan duk sibuk dan bahagikan tugas-tugas apa yang nak dibuat, aku dengan Faezah duk bukak table for two dekat row belakang. HAHA :D Duk berborak macam hapeeeeeee. Sumpah rindu okay nak berborak lama-lama Y.Y
Oh cantiknya kami - ini adalah caption yang Faezah suruh letak bila aku tanya nak letak caption apa HAHA :D |
Minggu ini, aku rasa aku ada 3 assignment nak kena buat. Hoooooooooooooooooooooo ~ 3 assignment dan semuanya nak kena dalam minggu depan, KOT? Macam was-was pulak aku rasa bila duedatenya HAHA :D Tak silap aku, CTU aku kena present minggu depan, HRM aku ada dua case study nak kena buat ; satu minggu depan nak bincangkan dan satu lagi minggu yang tak ditentukan lagi bila nak dan satu lagi assignment MPS pasal PRU 13 ni. Okay foineeeeeeeee ~ kena buat research dah nie Y.Y
Goodluck Mysara Newrie :)
0 comments