After 4 years of Blogging, This Is What I've Achieved

By Mysara Newrie - Sunday, March 10, 2013


Assalamualaikum


Tangan rasa macam nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa tapi nak jugak tulis! Mengada -.- Time ada benda nak tulis, malas pulak. Time tengah rajin, tak ada idea pulak -.-


Okaylah ~ aku perasan yang macam errr ~ hmm how can I put these into words? Hmm ~ okaylah ~ senang cakap macam orang kenal aku melalui blog. Orang baca cerita-cerita aku, orang tahu siapa aku nie melalui blog, orang follow blog aku dan heyy ~ its almost 3K followers! :D Terima kasih korang! :D


Aku tahu, aku ni bukan hijab fashion HAHA :D yang pakai tudung ala-ala Hana Tajima semua tue, yang bergaya macam diorang, superstar. Aku tahu aku ni tak cantik macam Hanis Zalikha tapi aku tahu aku comel macam Mysara Newrie. HAHA :D Okay okay ~ malu pulak cakap macam tue 

Gambar raya dekat Giant :p

Tapi aku tahu satu perkara - aku dapat followers yang ramai dan orang baca blog aku adalah disebabkan cerita aku :) Cerita aku pasal life aku, study aku, family aku, kawan-kawan aku dan aku kadang-kadang meluahkan perasaan melalui puisi-puisi aku, bagi pandangan aku tentang certain things dalam hidup aku dan sekeliling aku. Yelah ~ dah nama blog, memang aku ceritakan je lah apa yang aku rasa :)


Kalau tanya pasal perasaan aku, memang aku sayang dengan blog aku :) Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terlintas nak tutup blog tapi bila aku cakap macam tue, konfem lah kawan-kawan aku akan cakap "Kau giler Mai nak tutup blog?! Janganlah tutup blog!" Actually, ayat kedua je yang diorang selalu cakap, ayat pertama tu saja tambah, kasi sedap sikit cerita HAHA :D


So dalam duk sibuk-sibuk dalam keghairahan aku update blog, tak sedar aku dah hampir 4 tahun berblogging dan yeah ~ almost 3K followers dan more than 1K entries yang aku dah taip :O Wah wah wah! Amendalah aku duk tulis dan update sampai lebih dari seribu nie?! :O


Aku terharu sangat-sangat bila ada orang datang kepada aku dan cakap "Awak Mysara Newrie, penulis blog kan? Saya kenal awak melalui blog" Aku suka sangat-sangat bila orang cakap macam ni dekat aku, macam terharu sangat tapi tak tahu nak cakap apa HAHA :D Macam akan tersengih dan tersenyum je HAHA :D Terima kasih korang :)

Taken semasa Persidangan Mahasiswa FSPPP kali ke 3 di UiTM Merbok, Kedah :)

So dalam sedar tak sedar, aku macam perasan yang ada certain bloggers di luar sana, yang sangat bermurah hati, yang baik dan setia bersama dengan blog aku - telah mengreviewkan blog aku :) Diorang komen dan bagi pandangan tentang blog aku :) Ya Allah ~ terima kasih sangat-sangat kepada anda semua :D


Mungkin aku terlepas pandang tapi buat masa nie, aku baru dapat jumpa 3 blog yang dah review dan komen pasal blog aku :) You are so nice and sweet person to do that, you know? :) Terima kasih sangat-sangat sebab sudi taipkan satu entry untuk bercerita pasal blog aku :) Seriously, tak sangka sangat-sangat sebab yelah ~ korang bercerita pasal aku, so terharu dekat situ :')


Dan yang paling terharu, aku sebenarnya macam terperanjat jugak lah bila ada orang yang bagitahu aku "Saya berblogging sebab awak" Mereka jadikan aku inspirasi untuk aku berblogging. Ya Allah, yang ni memang di luar kuasa aku nie! Aku tak sangka pulak dah jadi macam sebegini. Terima kasih korang :)


Okaylah ~ kalau korang ada terjumpa blog yang ada review pasal aku ke, korang ada review dan cakap pasal aku ker (aku rasa macam nak tumbuk muka aku), just put your link entry dekat comment box ini ataupun dekat shoutbox aku tue :) Insyallah ~ aku akan baca dan letak balik link entry korang dekat sidebar blog aku, macam yang aku buat dekat bawah nie :)

Your section guys :)

So macam fair and square kan? Cuma maybe cepat atau lambat sahaja aku akan tengok sebab al-maklumlah aku kan dah start belajar nie. Maybe aku akan cepat atau lambat reply comments korang. Maaf yer?


Haaaaaaa ~ lepas ni jangan percaya cakap aku kalau aku cakap tak ada idea sebab dalam tak ada idea pun, panjang jugak aku menaip ni hah ~ Ni tak ada idea, dah panjang berjela entry macam nie. Kalau dah ada idea? 


p/s : One of my friend asked me this morning "Mai, kau tak nak terbitkan cerita kau dalam buku ker?" Aku macam speechless kejap. Eh?

 

  • Share:

You Might Also Like

19 comments