Aktiviti Seharianku

By Mysara Newrie - Sunday, April 21, 2013

Assalamualaikum


Seperti yang korang tahu, kalau tak tahu, buat-buat tahu je lah, aku kan tengah cuti midterm sekarang nie. Aku stay dekat Terengganu kejap dan tak lama nanti aku akan berangkat pulang ke rumahku di KL. Oh myyyyy ~ rindunya dengan rumah dekat KL! :O Nak lepak dalam bilik sendiri, bawah kipas yang laju dan menderu-deru tue. Okay dah hiperbola sangat sekarang nie -.-


Hmm ~ nama sahaja aku tengah cuti tapi sebenarnya aku ada banyak betul kerja nak kena buat weyh! Pagi tadi, aku dah ke Bank Islam sebab nak tukarkan Kad ATM ke Debit Card. Sebab aku dengar kalau tak tukar, kang kena sekat bagai lah. So dari aku sesakkan fikiran aku, baik aku tukarkan terussss. 


Lepas tu boleh pulak kannnnnnnnnnnnnn aku terlupa nak bayar duit konvo! Arghhh bencinya! Salah aku jugak sebab aku tak listkan benda apa yang perlu aku kena buat. Main serbu dan ingat dalam otak je -.- Memang tak lah jadinya kan? So nampaknya macam esok aku kena bayar yuran konvo lah -.- Lepas tu kena print jubah konvo lah, kena sahkan kehadiran lah 


Oh btw, aku punya konvo untuk Diploma ni adalah pada 20 Mei 2013! :D Alhamdulillah, yeayy nak konvo dah! :D Tapi malangnyaaaa adik aku tak dapat join sebab dia ada latihan ketenteraan so memang tak boleh balik Y.Y Lagi best kalau dia boleh balik :( Hmm takpelah, nak buat macam mana


Kitorang konvo di Dungun which is memang aku happy sangat sebab dapat kembali ke tempat masa Diploma dulu! :D Yelahhh ~ better kau konvo dekat tempat kau study sebab kau boleh imbas kembali kenangan-kenangan masa kau tengah study, jumpa balik dengan semua kawan-kawan dan reunion balik! :D Oh myyyyyyyyy ~ tak sabarnya nak jumpa dengan semua orang! :D


Okay dah settle pasal happy-happy tue. BTW aku rasa cuti midterm ni aku memang ada banyak jugak assignments yang nak kena settle. Memanglah aku present lambat atau submit written assignment lambat lagi tapiiiiiiiiiiiiiii semua assignments aku ni macam kena buat rujukan dan research dari awal lagi so memang kena start dari awal lah. Kalau tak, tak sempat nak buat huhu


Lepas tu, one of my friend ni suruh aku buat cerpen satu. Sebab nak masukkan dalam buku apa entah. Dia just cakap suruh buat je. Aku boleh je buat cuma aku tak ada masa nak menulis. Aku memang suka menulis, idea cerita tu pun aku dah ada dah cuma kita kena faham, nak datang mood menulis tu memang susah. Kena sorang-sorang, kena ada feel. Kalau kau menangis sambil menulis, konfemmmmmmmmmmm cerita kau tu akan buat pembaca kau menangis HAHA :D Hebat tak? Masalahnya nak datang part menangis tue, entah bila masanya. Kena putus cinta dulu agaknya baru menulis sebab masa tu tengah feel dalam lagi HAHA :D


So tengoklah. Sementara aku dah cuti midterm ni, kalau ada masa aku buat je hehe :) Idea semua dah ada, draft aku nak buat cerita tu macam mana, semua dah ada. Aku buat siap-siap dalam HP aku! HAHA :D Hello? HP aku macam-macam ada okay? Semua benda dalam satu HP aku tue sampaikan aku rasa HP aku ni dah kena hang beberapa kali jugak lah huhu


Hmm nak tulis apa lagi yer? Dah lah, tak ada idea. Oh, kasi aku idea nak update apa please? Aku nak update blog aku tapi tak tahu nak tulis apa -.-


 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments