Assalamualaikum
Hai hai hai hai semuaaaaaaaaa! Ambuii dah macam DJ radio dah aku nie HAHA :D Well sebenarnya aku dekat library UiTM nie, di PTAR 3, bilik komputer pada pukul err err 2.30 pagi ketika entry ini ditaip untuk anda baca. Haaa amik kauuuu, details tak details aku bagi hahhh
Sebenarnya aku tengah busy nie -.- Yeah yeah yeahh ~ siapa cakap life student ni free je? Haa siapa yang cakap free tu, aku tak tahulah macam mana. Tapi as for me, aku ni macam selagi tak settle kerja, selagi tu lah aku cakap macam busy busy and busy. Yeah yeah -.- Macam tak kenal aku ni yang macam addicted betul dengan kerja. Eh?
Okay lets make it short and simple je lah. Ahad ni aku ada event nak kena handle which is Explorace bersama Si Cilik anjuran Kolej Melati dan kitorang ajak budak-budak tadika untuk berexplorace and guess what? I'm the TPM :O TPM tu Timbalan Project Manager lahh. So macam banyak benda nak kena settle, itu ini, bla bla blaaa. Dan tadi pun sebelum aku datang library, aku pergi meeting dulu. Huhu
Lepas tu yang paling aku risau sekarang ini adalah minggu depan midterm hoiii! Amik kauu. 3 paper terus aku kena study dalam masa terdekat ini sebab hari Selasa aku exam Malaysian Premiership Studies dan hari Khamis pulak aku ada exam Human Resources dan Public Relations which is sekarang ni aku baru sentuh HR SAHAJA! :O Aku dah risau gilos babeng dah nie, takut tak sempat nak study -.- Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini aminn
Tapi berita yang paling baik sepanjang aku duduk dekat UiTM Shah Alam ini adalahh minggu depan midterm break hoiii! Siapa tak suka cuti hah? Alangkah weekend dua hari pun dah tak sabar-sabar nak tunggu, inikan pula cuti seminggu! Haaaaaaa ~ terus happy tau haha :D
Tapiiiii haaaa aku dah nampak dah yang cuti midterm aku ni akan bukan jadi cuti -.- Aku dah nampak dari awal lagi dah sebab aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkk assignments, case study, presentation, slides, videos yang nak kena settle awal-awal sebab aku malasssss nak tangguh-tangguh. So sementara aku tengah cuti dekat rumah dan line internet laju, baik aku settle awal-awal. Sangat banyak kerja aku ni semua -.- Takutlahh :(
Bila dah jadi macam nie kan, aku baru sedar yang life dekat Degree ni adalah satu kehidupan lagi double tripple the tough dari Diploma. Sebab masa Diploma dulu, aku main-main pun still aku boleh catch up lagi dengan study, boleh hu ha hu ha tapi boleh senyap dalam kelas bila study. Tapi dekat sini, perghhhhhh Masyallah, lain sangat-sangat. Kau lewat, kau tertinggal. Kau main-main, kau dah jauh ke belakang. Haa nampak tak?
Jujurlah aku cakap, aku tak suka hoiii stress macam nie! Sebab aku rasa life is good HAHA :D Yeah but betul lah ~ Sebab sementara kita masih ada masa untuk lalui semua ini, please lah macam happy happy ke, tak ada stress ke, macam tu lah ~ So bila tak stress, nak belajar pun best, jadi senang je, jadi happy je. Ni tak, masuk kelas pun muka dah mengah sebab penat naik tangga, apa kes cik adik? Okay, remind kepada diri sendiri sebenarnya nie -.-
Urgh ~ as for my midterm break, I'm gonna spend my whole week at Kuala Terengganu yoo! RINDUNYAAAAAAAAAAAAAAAAA! Rindu lah nak makan keropok lekor :( Okay sekarang ni padan muka dekat diri sendiri sebab mengada-ngada nak jadi anak perantauan sangat. Haaa haha :D
Tapi best apa. Duduk jauh-jauh, balik kampung. Lepas tu risau pasal tiket bas. Haaaaaaaaaaa pasal tiket bas! Aku ada mintak tolong dengan kawan sekolah aku dulu untuk belikan tiket bas tapii katanyaaa macam ada problem sikit pasal tiket bas. So buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku jadi risau dengan tiket bas! :O Hello, selama ni aku nak balik aku calling calling je dengan kawan aku, tumpang kereta diorang ke, naik bas lompat ke, tak pun mama amik aku ker. Sekarang? Oh tidakk!
Tapi kalau aku nak balik rumah di Kuala Lumpur, aku naik LRT je lah kot hehe :)
Haaa so apa lagi nak cakap? Tak ada dah kot. Okaylah ~ Doakan aku berjaya untuk midterm ini okay? Doa kalian aku perlukan dan aku doakan korang semua happy dan dimurahkan rezeki selalu oleh Allah swt, Insyallah aminn :)
p/s : Tak ada gambar sebab aku kan update dekat PC library. Mana ada gambar hoi! Nak gambar, pergi follow IG aku. Hari-hari aku upload gambar-gambar tapi mostly bukan gambar aku lah HAHA :D
2 comments