Its Midterm Break You Olls! :D

By Mysara Newrie - Saturday, April 20, 2013

Assalamualaikum


Hai semua! :D Aku tengah sekarang midterm break! :D Oh myyyyyyyyy ~ happynya sebab rasa macam dah rehat kejap. Kejap pun jadilah sebab sejak masuk UiTM sebulan lebih yang lepas terus menjadi-jadi sibuk aku -.- Memang penat haih


Pasal midterm baru-baru ni, aku malas nak cakap pape lah. Aku rasa macam stress yang paling tahap maksima pernah aku kena sepanjang aku hidup sebagai pelajar sebab rasa stress dia lain macam. Ada ke patut weyh, dalam saat-saat terakhir nak mengarang jawapan PRO aku boleh mengadu dekat Liza "Aku rasa macam nak nangis dan muntah sekarang nie" See? Liza dah gelak dah bila aku cakap macam tue

Patut tukar Midterm kepada Final Exam lah huhu

Overall, paper yang aku rasa confident - aku tak tahu paper yang mana HAHA :D Sebab semuanya macam aku jawab tapi macam dalam general. Aku macam tak faham betul-betul so macam limitkan aku punya explaination. So lepas ni kena review balik lah yer? Baik Cik Otak


Lepas tu. dalam duk stress stress study sebab ada dua paper dalam masa yang sama pada selang hanya dalam kurang dua jam, tetiba pulakkkkk dapat tahu Madam nak buat kelas. Masa tu rasa macam "Alaa madam kenapa nak buat kelas?" Tapi ku pergikan jua dengan niat "mungkin ada hikmah di masa depan" See? Kita kena positifkan fikiran okay walaupun apa yang terjadi hehe :)


Dalam duk stress bagai tue, tetiba Madam bawak keluar satu plastik coklat Daim! Arghh! Satu kelas menjerit "yeayyy!" HAHA :D Macam budak-budak tapi ahh pedulikan hapeeeee kan? Daim kott ~ siapa yang tak suka kan? Haha :D Dapat dua biji sorang pun dah cukup lah :)


Dan masa tu aku rasa, semua stress aku macam terubat sikit bila dapat Daim :') Macam "Ya Allah, dalam duk stress stress ni, Allah turunkan nikmatnya" Masa tu rasa macam happy sangat-sangat WALAUPUN dapat Daim je okay? Aku ni memang cepat tacing sikit bab-bab macam nie -.-

Hai Daim auwww ~

Hmm selepas habis paper, hari Jumaat pagi tu apa lagiiiiiiiii ~ yeahh! Kami semua terus bergerak ke Times Square! Memang dah plan dari awal lagi dah nak gerak ke TS sebab nak shopping, nak jalan-jalan release tension. So kami bertujuh orang bergerak lah ke sana ramai-ramai. Sumpah adventure perjalanan kitorang baru-baru nie. Tapi yang bestnya sebab kami pergi ramai-ramai so macam have fun jugaklah even though terpaksa tempuh macam-macam dugaan HAHA :D


Starting pointnya adalah di mana kami semua akan naik bas ke Seksyen 2 Shah Alam dan tukar bas naik bas U80 untuk menuju ke KL Sentral. Di KL Sentral, Teha, Liza dan Akma akan tinggalkan beg mereka. Kemudian naik monorail dan menuju ke Jalan Imbi sebab nak berhenti betul-betul depan TS HAHA :D Miza dan Fafa akan singgah kejap di Plaza Rakyat untuk simpan barang mereka. Kemudian lepak di TS sepuas hati kau kemudian dalam pukul 6 masing-masing gerak balik asing-asing


Aku, Zura dan Aina akan bergerak balik ke rumah Aina untuk amik luggage kami sebab malam sebelum tu, parents Aina dah amik luggage kitorang siap-siap. Teha, Liza dan Akma akan gerak balik ke KL Sentral sebab nak amik luggage dan Teha akan gerak ke Putrajaya dan Liza dan Akma akan gerak balik Selayang. 


Miza dan Fafa dengan ditemani Amir, Amad dan Shafiq akan gerak ke Pudu sebelum the boys bertolak balik ke Shah Alam balik sebab Miza dan Fafa akan gerak balik Kuantan pukul 8.30 malam. Aku dan Zura gerak balik ke Terengganu pukul 10.30 malam di Hentian Putra dan Aina akan balik ke rumahnya di Ampang :)


Tak faham ke cik kak cik abang semua? HAHA :D Nahhhhhhhhhhhh ~ aku dah siap summarized semuanya sekali dalam bentuk lukisan lagi. Sebab aku percaya, dengan lukisan - hidup kau akan lebih menarik. Walaupun lukisan huduh nak mampus, peduli apa? Asalkan kau happy :)


Lukisan aku dengan perjalanan kami semua HAHA :D

Yeah ~ lukisan ni aku buat pada pukul 1 pagi masa kitorang lepak-lepak dengan yang lain. Dah tahu pagi tu nak kena bangun awal sebab pukul 9.30 pagi dah nak gerak dah tapi ehh pukul 4 pagi duk rancak berborak! Dahsyattt -.-


Masa naik bas Rapid nak ke KL Sentral, masing-masing naik je dan terus krooh kroohh kroohh tidur! HAHA :D Sumpah penat weyhh, penat otak dengan midterm lepas tu boleh pulak tak tidur awal kan? Dapat duduk dalam bas, terus masing-masing tidur terlentok-lentok HAHA :D 


Tapiiiiiiii sampai je dekat TS, amik kauuu ~ masing-masing tak keruan dah tengok baju-baju semua. Shopping macam hapeee sorang-sorang HAHA :D Dari bertujuh, masing-masing dah berpecah HAHA :D Tapi memang puas hati. Aku pun puas hati jugaklah dapat beli hehe :p

Rehat japp, penat jalan-jalan HAHA :D
So dalam pukul 6 tu, masing-masing balik ikut jalan yang sepatutnya nak balik untuk memulakan cuti midterm kami! Hoyeahhhhhhhhhh ~ masing-masing happy je sebab ni macam 1st time lah kami semua nak balik ke rumah selepas sebulan lebih duduk dekat rumah kan hehe :)


As for me, aku memang nak balik ke Terengganu sebab nak settle beberapa perkara termasuklah nak buat assignment! Haaaaaaaaaa pasal assignment memang berlambak-lambak lah ~ pening kepala aku nak fikirkan pasal assignment nie sebab aku malas nak susah-susah dah masuk nanti. Biarlah masa cuti ni aku penat penat dengan assignment asalkan aku bahagia pada masa depan nanti HAHA Ayatt -.-


Dah lah, nak layan tweet. Babai semua orangggggggggggggggggg :D

 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments