Minggu Kelima di UiTM Shah Alam!

By Mysara Newrie - Saturday, April 06, 2013


Assalamualaikum


Woooot ~ dah lama rasanya aku tak menulis yang benar-benar menulis di blog aku nie :) Biasalah, sejak dah masuk belajar nie, aku macam busy betul dengan semua benda yang nak kena buat. Ok dalam minggu ni, aku ada satu event yang aku pegang, satu event sebagai pembantu. Belum masuk lagi dengan kelas-kelas, assignment semua tue kan?

Mengantuk dalam kelas -.-

Okaylah ~ minggu ni dikejutkan dengan berita pasal kelas tutorial untuk subjek Human Resource (HR) dah bertukar lecturer. Terus menjerit "ALAAAAAAAAAAA" dalam kelas kuat-kuat sebab Sir Zul baik sangat dengan kitorang. Terlalu baik sampaikan kitorang senang dengan dia. Tapi alih-alih dia just akan take over kelsa lecture je dan kelas tutor akan digantikan dengan Madam Norraidah :)


Bila Madam Norraidah dah masuk, so macam so far so good lah :) She's very nice and ajar kitorang dengan lebih mendalam dan explain how we gonna do our case study and assignment HR. Mak ooihh ~ sebenarnya aku tengah pening ni macamana nak buat case study sebab macam blur betul nak buat -.-


Settle yang tue. Lepas tu ada one day tu, aku bergesa pula ke Dewan Seberguna Kolej Melati UiTM Shah Alam ni sebab aku handle program Malam Sastera Budaya. Aku pegang AJK Peserta dan Jemputan. Ya Allah ~ yang ni pun satu hal jugak aku duk fikir sebab aku kekangan masa nak uruskan bahagian peserta dan jemputan lagi. Hal surat-menyurat lagi, kena deal dengan orang itu ini, KP aku lagi ~ Fuhh ~ memang penat mak oiii


Tapi Alhamdulillah :) Syukur sangat-sangat sebab semuanya dah selesai. Kak Nurul as our penasihat pun ada tegur situ sana sikit tapi semuanya macam okay lah :) Amik tu sebagai pengajaran. Biasalah tu kalau ada salah sini dekat mana-mana kan? :)

Malam Sastera Budaya with them :)

Okay sekarang ni aku tengah sesak duk fikir satu lagi event pada 14hb nie -.- Aku pulak jadi TPM dan kebetulannnnnnnnnnnnn aku punya PM tak ada pada hari tue! Oh my ~ aku dah risau jugak sebenarnya sekarang ni sebab tak tahulah macam mana nak aku nak handle semua tue. Tambah-tambah lagi, event ni dekat dengan midterm aku! :O Oh my ~ Ya Allah, permudahkanlah urusan aku amin


So hmm ~ oh ya, ada satu berita yang buat budak-budak kelas aku menjerit "YEAH!!!" dalam kelas sebab kitorang tak ada kelas Jumaat! YEAYY! Sebab satu kelas pada hari Jumaat tu kitorang try pujuk Madam kitorang untuk tukarkan kelas pada hari lain dan berjaya! HAHA :D So aku ada 3 cuti! Jumaat, Sabtu dan Ahad! :D



Dan bila dah cuti hari Jumaat, haruslah aku gunakan dengan sepenuhnya kan? So dipendekkan cerita, aku sebenarnya dah janji dengan Zalia, kawan kitorang masa dekat Dungun nak keluar sama-sama sedangkan dia stay dekat area Shah Alam ni je hah. Alih-alih entah macamana dah ramai pulak yang mengikut dah! Sampai 2 kereta! HAHA :D Satu kereta Zalia dan satu lagi kereta yang Amir sewa :)


Sebab gerak tue, Amir, Miza, Liza ada pergi ke satu syarikah untuk interview for their assignment. So alang-alang dah sewa kereta, diorang pun nak follow. Lepas tu Amad dengan Shafiq pun nak join jugak. So haaaaaaaaaaa apa lagi?! Moh ler kita bergerak ke Setia Alam City Mall! :D

US :)


Tak adalah banyak sangat aku shopping cuma adalah aku beli baju dan kasut sepasang. Saja release tension sebab aku rasa macam dah lama betul aku tak shopping :) Lepas tu masa on the way nak balik, Zalia ajak kitorang singgah ke rumah dia dan sembahyang Maghrib terus dekat rumah dia :) So yeah ~ pergi rumah dia


Family Zalia baik sangat sebab layan kitorang, siap bagi makanan lagi HAHA :D Syukur Alhamdulillah, rezeki hehe :) BTW aku ada belikan Zalia baju sehelai sebab as her birthday present sebab sehari sebelum hari kitorang keluar tue, birthday Zalia :) Hehe ~ so anggap je lah ni hadiah hari jadi kau yer? Hehe :p


Dan sekarang aku tengah duduk dalam bilik sorang-sorang, update blog dan yeah ~ tak tahu nak buat apa -.- Dasar lupa diri yang ada kerja banyak menanti selepas ini, masih ada hati nak bersenang diri seorang diri. Wahh boleh jadi pantun ni! HAHA :D

Mohon jual ubat ni

p/s : My heart hurts so much, again and again for I myself dont know how many times -.-

 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments