[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, July 27, 2013

A Day Spent Well With Them :)

Assalamualaikum


Alkisahnya, bila aku cakap aku nak pergi Times Square dan kemudian tup tup, Hani dengan Pekjah pun nakkkkkkkkkkk join jugak HAHA :D Sebab aku cakap nak shopping raya dan mereka punnnnnnn sama. Aku pun macam haaa okay okay, jom kita shopping bersama!


Awal pagi yang aku terbangun lewat HAHA :D pergi ke KL Sentral dan jumpa Hani dekat situ. Then tunggu Pekjah dekat Monorel yang katanyaaaaaa pukul 9 pagi nak jumpa tapi tup tup pukul 11 pagi baru sampai HAHA :D So moh lerr kita gerak ke Times Square! HAHA :D


Sampai-sampai je, terus macam terbau makanan. HAHA :D Salah masuk pergi food court weyh! Ya Allah, sabar je lah sebab bau makanan. Yelah, kan bulan puasa kan? HAHA :D Okay so misi menshoppingkan diri pun bermula :)

Tak cukup orang sebab Angie dengan Lisda tak ada huhu

Jujur aku cakap, memang lepas rindu nak shopping sama-sama dengan diorang sebab kitorang memang mempunyai minat dan pandangan yang sama. Kalau sorang cakap cantik, yang lain akan cakap haaa cantik jugak! Kalau baju tak lawa, semua akan cakap memang tak lawa! Kalau kedai tu tak ada benda yang menarik, sorang akan cakap "weh jomlah!" dan yang lain akan cakap "okay jom!" Lepas tu masing-masing akan berjalan dengan laju sampai pernah lah one time, classmates kitorang yang lain akan cakap kitorang ni macam pelesit sebab zasss zasss eh eh dah hilang dah HAHA :D


Tak cukup sehati sejiwa lagi? Okay. Tengok gambar-gambar kitorang. Warna baju yang sama kan? HAHA :D Sebenarnya memang tak plan langsung okay nak pakai baju warna sama! Bila jumpa dan peluk cium baru macam eh eh baju warna samaaa! HAHA :D Bila aku cerita dekat mama aku, mama cakap "Tu lah namanya sehati sejiwa"

Guna cermin je lah utk tolong amik gmbar kitorang :)

Mueheheh :p
So bila dah jumpa, kitorang memang round puas hati dekat satu TS tue. Masuk kedai tu, kedai ni. Cari kedai MNB sampai jumpa sebab kedai tu baju cantik dan murah HAHA :D Sampai amoi dekat kedai tu pun masuk kepala je dengan kitorang HAHA :D Lepas tu, boleh pulak terjumpa dengan Hani Wardati, budak Dungun yang sama-sama amik kos dengan kitorang dekat surau HAHA :D


Paling kelakar adalah bila salah seorang kitorang tertinggal dalam kedai, yang dah keluar dari kedai tersebut akan menjerit nama kitorang kuat-kuat sampai kitorang menyahut dari dalam kedai dan of courselah, orang semua akan pandang tapi hmm lantak lah. Malas weyh nak jalan kaki pergi cari. Contoh ; Hani dengan Pekjah dah keluar dari kedai tapi aku masih dalam kedai dan kemudian Hani akan menjerit kuat-kuat "Mysara Newrie!" sampai aku keluar HAHA :D 

Bahaya diorang nie HAHA :D
Kitorang tak plan pun nak berbuka sama-sama tapi hmm bila dah jumpa, susah nak berpisah HAHA :D So plan berbuka puasa dekat KL Sentral. Okay masa nak naik Monorel, ramai gilerrrrrrr orang okay?! Salah kitorang jugak sebab keluar pukul 5 dari TS. Memang terbaik lah


So masa nak berebut-rebut tu, kitorang cakap dengan masing-masing yang tak ada hal lah nak berebut-rebut ni sebab kitorang yang selalunya juara dalam berebut-rebut tempat nie HAHA :D Tapi hmm sebaliknya yang berlaku! HAHA :D 


Sumpah lawak okay berebut dengan makcik-makcik yang emo sampaikan menjerit dekat kitorang "bagilah kitorang keluar dulu!" eh eh makcik ni, kitorang sebenarnya dah ada dalam monorel, makcik nak keluar, keluar lah. HAHA :D 

Lepas tu, orang ramai memang bengang dengan kitorang sebab kitorang bertiga pegang tangan tak nak lepas sebab takut berpisah so orang ramai susahlah nak jalan. Dalam monorel pulak bila semua orang pandang kitorang, boleh pulak kitorang cakap bahasa bortakkk dan semua orang pelik dengan kitorang HAHA :D Ah peduli apa aku asalkan hati aku gembira :)

Warna baju samaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

Sampai KL Sentral, solat Asar dan lepak dekat tepi pejalan kaki. Masa ni memang tak peduli dah orang lalu lalang sebab kaki memang lenguh nak mampus. Dekat TS pun sama, dekat tepi orang lalu lalang, kitorang tersadai duduk, kepenatan. Dah lah penat sebab berpuasa kan, memang dugaan tapi takpelah, sabar je lah :) Aku pulak memang sakit kaki sebab sehari sebelum tu, aku pergi ke Jalan TAR, teman mama pergi shopping. Haaaaaaaa ~


Kitorang berbuka di KL Sentral, entah nama entah kedai dia tapi memang kedai fav kitorang bila pergi KL Sentral sebab makanan dia sedap dan murah. Then, solat Maghrib kemudian balikkkkkkkkkkk! Huaaa, masa ni macam sedih lah sebab bilalah lagi nak lepak dan sengal-sengal dengan diorang nie. Hani pulak bulan Sept ni dah nak fly ke UK. Pekjah pulak, kitorang ni nama je satu UiTM, satu fac, satu kolej tapi nak jumpa macam susah sikit lah huhu

HAHA :D Aduii

Mama dan Che Na amik aku dekat LRT Setiawangsa. Aku ingatkan nak balik rumah terus tapi singgah dekat AEON pulak sebab nak shopping barang dapur. Perghh ~ memang penat sebab orang ramai tengah shopping raya. Dekat pukul 12 tengah malam baru aku balik


Alhamdulillah, dapat jugak jumpa dan spend time dengan kawan baik aku nie dan ulang balik apa yang kitorang pernah buat dulu dekat Dungun :') Bilalah lagi nak dapat spend time macam ni sama-sama dan cukup geng 5 orang? Hmm ~


Mana kau nak dapat member yang sanggup duduk atas eskalator yang bergerak sebab tak sanggup dah nak berdiri sebab kaki lenguh yang teramat sangat tapi boleh pulak gelak macam tak ada pape yang berlaku dan tak peduli semua orang tengok? HAHA :D

THEM <3 :="" b="">

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts