[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, July 24, 2013

Mini Nutella Cupcakes & Tips Untuk Masak Cake

Assalamualaikum


Raya pun dah nak dekat dan seperti tahun-tahun yang lepas, sejak aku kecik, mama tak pernah miss okay nak buat biskut raya! Cause we believed that home made biskut raya are the key of happiness in our family. HAHA :D Tak ada kaitan :p


Okay so memandangkan aku tengah cuti sem dekat rumah dan berpuasa di rumah, so aku berpeluanglah nak tolong mama buat kuih raya. Tak seperti tahun-tahun yang sudah, aku tak dapat tolong sebab hanya sempat berpuasa dekat rumah kejap je. Kalau dah puasa lama pun, memang tak sempat nak tolong mama


So tahun ni, aku pun macam mengada-ngada nak buat satu cakes nie. Actually kan, nama asal dia Nutella Brownies tapi bila datang dekat aku, aku memang dah alter sikit-sikitlah recipe tu ikut suka hati aku HAHA :D Lepas tu, aku letak dalam cupcakes so rasa bersalah pulak kan nak letak nama dia Nutella Brownies. Nak letak nama Nutella Cupcakes, macam erm erm erm ~ so lantak kau lah nak nama apa pun HAHA :D


Recipe ni sangat-sangat senang dan cepat. Kalau buat malam raya pun memang sempat lagi lah kiranya hehe :)

1st time buat cake nie :)

Bahan-bahannya pulak, sebenarnya aku masak cake ni tanpa ada recipe dan sukatan yang betul. Aku just main agak-agak je. Bila tengok adunan tu macam dah okay, aku macam haa okaylah, terus masukkan dalam paper cup. Bila tengok dia macam cair sikit, aku letak tepung banyak sikit. Bila tengok macam liat sikit dan nak bertukar ke doh, aku letak telur sebiji lagi HAHA :D 


So apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah, kau kena pandai-pandai tengok konsistensi adunan cake tue. Kena pandai agak lah maksud aku. Kau tak boleh biarkan adunan tu terlalu cair dan terlalu liat sampai nak jadi doh. Okay faham tak?


Tapi basic untuk adunan cake ini adalah telur, tepung, dan nutella. Recipe asalnya adalah menggunakan 2 biji telur, 10 sudu besar tepung dan satu bekas Nutella. Tapi bila aku buat, semua sukatan tu berubah 100% HAHA :D Aku menggunakan 3 biji telur, 6 sudu setengah tepung dan satu bekas kecil yang Nutella tu. The reason kenapa aku guna bekas kecik sebab ni 1st time aku buat Nutelle Cupcakes ni so kena buat sikit-sikit dulu sebab nak elakkan pembaziran :)


Okay so tadi aku ada mention aku ada alter sikit kan recipe dia? So aku letak serbuk hazelnut dalam dua sudu besar dalam adunan cake aku nie. Sebab Nutella kan basic dia hazelnut, so aku pun macam letak lah serbuk dia. 


Kalau tak nak letak pun takpe, sebab ada orang alergik dengan kacang kan? Macam aku cakap awal tadi - suka hati korang nak buat macam mana pun, nak letak apa-apa pun dalam cake tu TAPI basicnya mestilah telur, tepung dan Nutella. Okay get it? :)


Cara-caranya adalah gaulkan Nutella dan telur tu sampai sebati. Kemudian masukkan tepung secara berperingkat-peringkat. Jangan masukkan semua sekali gus sebab risau kang takut jadi liat adunan kita tue. Okay faham? Kalau korang rasa adunan tu macam terlalu cair sangat, letaklah sikit tepung lagi. Macam aku cakap tadi, kena pandai-pandai lah nak tengok konsistensi cake tue :)


Bila dah agak-agak okay, masukkan dalam paper cup. Okay yang ni tips yang aku belajar dari pengalaman yang lepas. Untuk cake tu naik gebu macam cake aku nie HAHA :D, korang guna paper cup yang jenis keras. Bukan jenis yang lembik tu sebab bila paper cup lembik, cake tu tak dapat naik dengan cantik. Bila paper cup keras, cake tu akan naik sedang elok je :) 

Nampak tak yang cake tu naik dengan elok dan cantiknya? wiwiwiw

Haaa ~ lepas tu paper cup tu, kalau boleh letakkan dalam tray yang ada bekas-bekas lubang tue, bukan tray biasa sebab kalau letak dalam tray biasa, cake tu akan naik dengan tak cantik. Hehe :p Wah dah macam Master Chef pulak dah nak kasi tips-tips bagai nie HAHA :D


Okay lepas dah masukkan semua adunan tu dalam paper cup, untuk hiasan pulak, pun suka hati korang lah! HAHA :D Macam aku, aku taburkan sedikit chocolate rice dan lebihan serbuk hazelnut tu dekat atas dia :) Kemudian bakar dalam 20 minit dengan suhu 180 darjah. Tapi aku tak ikut pun! HAHA :D


Ni satu lagi tips. Kalau nak tahu cake tu dah masak ke belum, kau cucuh-cucuh cake tu dengan lidi. Kalau lepas dicucuh-cucuh, lidi tu nampak bersih je, tu maknanya cake tu dah siap masak lah. Kalau lidi tu melekat-lekat dengan adunan cake tue, tu maknanya cake tu tak masak lagi. 


So macam tadi, aku gunakan teknik lidi ni untuk tahu cake aku dah masak atau tak HAHA :D Ouh lupa! Make sure, cucuh lidi tu dekat center cake tu tau? Bukan dekat tepi-tepi cake sebab bila center cake dah masak, maknanya cake tu memang dah totally masak. Okay faham tak? hehe :)

Wiwiwiwi babyku yang comel haha

Okay dah siap! :D Untuk adunan yang aku buat nie, aku dapat dalam tak sampai 20 pun cupcakes sebab paper cup aku ni jenis tinggi dan besar sikit. Kalau korang tak nak letak dalam paper cup dan nak bakar dalam tray pun, tak pe jugak tapi make sure tray tu kau sapukan dengan majerin dulu sebab tak nak dia melekat. Okay? :)


Tapi korang korang kreatif kan, boleh je nak letakkan kacang hazelnut sebiji dekat tengah-tengah cupcakes tu so bila orang makan, eh eh ada elemen suprise dekat situ sebab ada kacang yang tengah tunggu nak di makan HAHA :D Dependslah pada korang :)


Selamat mencuba! Dah cuba, selamat makan! Dah makan, selamat kenyang! HAHA :D


UPDATE! Boleh tambahkan gula atau susu sikit sebab aku punya macam light light je manisnya :)

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts