[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, July 31, 2013

Day 11 - Facts About You

Assalamualaikum


HAHA :D Cakap 30 Days kan tapi dah berzaman aku tak update dengan game 30 Days ni sebab yelah ~ macam tak sempat sangat sebab bila dah masuk belajar, macam aku tak ada masa sangat nak update huhu :( 


So sementara tengah cuti nie, aku try lah habiskan. Sesak otak aku fikir haha :D


Aku tak tahulah benda apa yang orang nak tahu pasal aku sebab aku memang easy going. Kalau orang tanya, aku mudah je nak cerita dan share pape yang aku rasa nak cerita. Memang tu jenis aku. Tapi bila dah ditanya aku 5 facts pasal aku, hmm terfikirlah sejenak huhu


Pertama ; aku memang seorang yang sangat deep orangnya. Deep yang bagaimana yer? Yang ni aku tak tahulah nak explain macam mana. Serius aku taktahu nak explain macam mana. Alaaa, seorang yang deep ni seorang yang berfikir dengan mendalam kot, seorang yang jiwang kot? Entahlah

Aku ada tanya kawan aku, aku ni matang ke tak tapi dia cakap aku ni kadang-kadang matang, kadang-kadang tak HAHA :D Aku gelak je sebab betul jugak. Sometimes, kita kena berfikiran matang dan sometimes kita kena macam gelak-gelak banyak. Ya, gelak banyak-banyak ye? Bukan sikit


Kedua ; I'm quite good enough in playing with words :) Yang ni aku tak tahu orang tahu ke tak sebab aku suka buat sajak, puisi tapi bukan cerita or somekind of novel ke atau cerita ke apa ke. Sebab bagi aku sajak dan puisi ni lagi senang nak buat dan lebih kepada menceritakan apa yang kita rasa, emosi kita akan mudah keluar dengan sajak dan puisi

Dan aku sangat sokong dengan statement yang aku ada terjumpa dekat twitter "Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum" As for me, aku sangat mudah buat sajak kalau aku tengah sedih HAHA :D Yup, kalau tengah happy, tak adanya idea tu nak datang. Tapi kalau tengah sedih, pergh ~ memang berpusu-pusu hak nak menulis, satu hari atleast dalam 3 puisi aku dah siap

Aku ada pernah jugak post puisi aku dekat dalam blog, yang lama-lama. Kalau sudi baca, tekanlah SINI


Ketiga ; aku seorang yang mudah lembut hati. Yup, sangat mudah. Orang ramai maybe tak tahu kot sebab tengok aku macam huhahuhahuahuahua tapi sebenarnya tak pun HAHA :D Contoh, kalau nampak orang tua dalam hujan, aku boleh nak menangis sebab aku sedih tengok. Kalau tengok budak kecik tengah menangis cari mak dia, aku boleh terus nak amik dia dan tolong cari mak dia. 

Bukan dengan orang je, dengan kucing pun aku boleh kalah HAHA :D FYI, aku memang suka betul degnan kucing. Kucing adalah haiwan favorite aku sejak dari tadika lagi. Dulu aku ada bela seekor, nama Comel tapi sejak dia dah mati, aku taknak bela dah sebab aku rasa sakit untuk hadapi kehilangan sekali lagi. Cukuplah Comel satu-satunya kucing dalam hidup aku. She's like my sister 


Keempat ; aku tak mudah nak tunjuk emosi aku. Kalau aku sedih, aku akan cuba tahan, cuba tahan dan cuba tahan. Aku tak nak orang tahu aku sedih. Biarlah orang tahu aku gembira tapi sebenarnya tak pun HAHA :D Kalau aku dah tetiba menangis depan orang, tu maknaya aku tak tahan sangat lah tue, senang je ceritanya

And the best place ever for you to cry adalah tandas. Tu je


Kelima ; orang cakap aku kelakar dan mudah bertukar emosi dalam sekelip mata je HAHA :D Yang ni memang (Y) lah orang cakap HAHA :D Dari aku masa sekolah lagi orang cakap aku macam nie. Aku tak rasa pun aku kelakar tapi aku suka dan happy tengok orang gelak dengan lawak-lawak aku. Kadang-kadang benda tu simple je tapi aku yang spontan buat lawak haha :D

Lepas tu aku sangat mudah tukar emosi macam masa ni aku tengah sedih tapi lepas 4 saat, terus aku macam "Ahh lantaklah dia tue!" Haa macam tue HAHA :D Memang mudah macam petik jari je aku bertukar emosi aku. HAHA :D Dan begitulah jugak sebaliknya



Well, ini yang aku rasa lah tapi aku tak tahu apa yang orang lain rasa, apa yang kawan-kawan, family aku rasa dengan aku tapi aku cuba sedaya baik lah untuk cuba untuk rileks dan coolkan semua orang dan happykan orang semua HAHA :D Tapi tak semualah. Sometimes, kalau aku rasa aku nak buat perangai kepala aku, aku buat je


Korang rasa aku ni macam mana?

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts