[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Thursday, July 18, 2013

Liars Are Everywhere, Including You

Assalamualaikum


Okay sekarang aku dah cuti sem. Baru nak bagitau dekat semua orang sebab line slow lepas tu macam eh eh malasnyaaaaaa nak update blog tapi rasa rindu dekat blog membuak-buak jugak hehe :)


Malam ni aku terfikir satu benda yang memang kita semua akan buat. Tipulah kalau korang tak buat. Nampok bebenor nipunyaaaaaa ~ Aku nak cakap pasal PENIPUAN



Dalam dunia ni, siapa yang betul-betul jujur? Jujur dengan diri sendiri, dengan orang sekeliling, dengan Allah swt, dengan mak ayah? Berapa ramai yang jujur? Tak ada kan? Ke ada? Wallahualam ~ tapi setahu aku lah, setahu aku, memang tak ada :)


In fact, diri aku sendiri tak jujur dengan diri aku. Haa ~ tang mana? Aku boleh je nak update blog aku dengan luahkan perasaan aku yang sebenar, yang sebenar-benarnya, yang jauh dari sudut hati aku tapii aku tak buat. Sebab kang kalau aku buat, habislahhh semua orang baca. Sebab dalam life ni, sometimes kita kena cover mana yang patut di cover, gituu ~


Cuba sekarang ni, kau duduk termenung dan fikir apa yang kau pernah buat. Kau rasa kau pernah tak, tak menipu orang langsung? Tak pernah kan? Mesti dan konfemmmmmmmmmmmm kau pernah menipu. Sebenarnya dari kecik lagi kita pernah menipu. Percaya tak? Tak percaya?



Situasi pertama - mak kau cakap "Aliii jangan pergi main dekat lubang tu! Nanti jatuh!" Tapi end up, kau main jugak dengan kawan-kawan kau dan bila mak kau tanya, kau main dekat mana, kau jawab "Main dekat taman mak"


Situasi kedua - ayah kau cakap "Alii balik awal sikit malam nie. Jangan nak merayap sangat" Tapi end up, kau balik lewat malam jugak, mau dekat pukul 3 4 pagi lepas tu bila ayah kau tanya balik pukul berapa, kau jawab "Pukul 12 ayah" 


Situasi ketiga - awek/pakwe kau mesej dan tanya kau buat apa dan kau jawab "I tengah study ni sayang, nanti I will call you back you okay?" Tapi end up kau duk main PES bagi yang lelaki dan pergi shopping atau bergossip dengan kawan-kawan kau for the ladies


Situasi keempat - "Kenapa awak tak siapkan assignment?" Lecturer kau tanya dan kau jawab "Pendrive saya masuk virus masa saya nak printkan assignment" padahal sebenarnya kau memang tak sempat nak buat sebab kau pergi tengok wayang dengan kawan-kawan kau




See? Nampak tak? Sedar tak sedar, kita sebenarnya dah diajar untuk menipu dari kecik lagi. Memanglah orang cakap "tak baik menipu" tapi berapa ramai kerat yang akan ikut dan dengar dengan kata-kata ini? Orang akan tetap menipu dan kita akan tetap percaya. Betul tak?


Well ~ sebab apa orang menipu? Kalau korang perhatikan dari semua situasi yang aku bagi dekat atas ni, apa yang korang rasa dan agak-agak, kenapa diorang menipu? Sebab nak selamatkan diri mereka. Kalau dah terkantoi iaitu berlaku jujur, memang kenalah nasibnya. Ali akan kena marah dengan mak dan ayah dia, awek/pakwe akan merajuk sebab pasangan dia tak nak spend time dengan dia dan lecturer akan tolak markah sebab tak siapkan assignment. Simple as that kan?


Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, sebenarnya kita ni hiprokrit dan menipu diri kita sendiri dan semua orang. Kita berlagak senyum padahal sebenarnya kita sakit dekat dalam. Kita berlagak suka padahal kita benci dia dalam-dalam. Kita berlagak okay padahal sebenarnya benda tu buat kita rasa resah. Kan?



Truth hurt sebenarnya, tapi kebenaran itulah yang akan mengajar kau untuk terus menerima keadaan seadanya tanpa mengharapkan satu benda yang kurang pasti. Kebenaran itu adalah lebih baik dari kita menipu dan terus hidup dalam menipu, hidup dalam keadaan tak jujur. Betul ~ sebab sekali kau dah menipu, kau akan terus menipu dan sekali kau dah kantoi, forever lah kau nak dapatkan kepercayaan orang. 


Sebab tu, bagi aku lah, aku lebih suka bercakap jujur dengan orang tentang perkara yang aku rasa memang patut di beritahu. Sebab macam aku cakap awal-awal tadi, sometimes there are certain things that you must left unsaid and pretend that it was nothing. Sebab kalau hidup ni terrrrlalu jujur sangat pun, sakit jugak kan? 


So depends pada diri sendiri sama ada nak berterus terang atau tak. Kita kena bijak dalam menilai benda-benda dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita tak boleh terima bulat-bulat apa yang diperkatakan because liars are everywhere and it including you, the one who read it and also me, the one who wrote this entry :)


Aku rasa ini lah entry yang paling cepat dan simple pernah aku buat, yet masih panjang jugak -.- 


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts