[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, August 14, 2013

Cerita aku untuk #Raya2013

Assalamualaikum


Yezzaaa, like everyone, semua orang duk update pasal Hari Raya kan? So yeah ~ ni cerita #Raya2013 aku :) Hehe


Malam raya tue, aku tak buat kerja banyak sangat sebab kitorang get ready semua dah. Dah siap tukar carpet, langsir semunya. Baju raya pun dah bergosok so yeahh, malam raya aku tak buat kerja banyak sangat! HAHA :D Aku just tolong isi kuih raya dalam balang and isi duit raya dalam sampul. Yang ni memang kerja wajib aku tiap-tiap malam raya


Kau bayangkan eyh, malam raya hari tu, boleh pulak aku dengan budak-budak Benchmark aku duk bising dalam WeChat sebab duk bincang pasal nak tukar nombor lepas tu pakat masing-masing nak tukar nombor belaka sem depan. Aku rasa malam raya tahun ni lah paling epic sebab sempat lagi nak berchatting dengan diorang HAHA :D

Pagi raya :)

Pagi raya ; aku tolong Bibik aku goreng ketupat. Masyallah ~ pasal apa ketupat ni meletop-meletop nie? HAHA :D Habis minyak terkena dekat tangan aku. Berperang jugak lah aku dengan ketupat-ketupat tue. Mengada je nak buat hal kannnnnnnnnn


Then, sembahyang raya dan balik dari sembahyang, sessi bermaaf-maafan. Okay part yang ni sumpah lawak. Aku lah penyebabnya -.-


Masa nak salam dengan nenek aku yang aku panggil Wan, Wan aku macam dah sedih-sedih dah sebab dia teringat dekat arwah Tok. Dia cakap "Kalau arwah Tok ada ni, mesti gembira tengok semua orang" Yelah sebab tengok semua cucu-cucu dia dah besar


Aku ni memang tak boleh kalau tengok orang dah start sedih and nangis, dengan aku sekali pun nak nangis, lepas tu otak pun dah mula macam melayang-layang dah. Memang aku takboleh. So masa aku nak salam dengan Wan aku tu, aku nak cakap "Selamat Hari Raya Wan" tapi kau tahu apa yang aku cakap masa aku salam dengan Wan aku tue?


"Selamat Hari Lahir Wan"


KAH KAH KAH KAH! Habisssssssssss semua orang gelak dengan aku. HAHA :D Kau dah kenapa Sara oitt?! Tak memasal pagi raya orang gelak dengan kau! HAHA :D But heyy, aku dapat buat semua orang gelak okay? So kira baguslah tueeeeee *fliphair


Lepas tu makan. Mama buat rendang ayam, nasi impit, ada ketupat. Fuhh ~ sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Lepas makan, kitorang pergi ke Losong pulak. Kampung belah ayah aku heheh :)


Kebetulan, masa kitorang sampai dekat Losong, masa tu semua orang ada. Campur dengan adik beradik ayah aku lagi. Family belah ayah aku ramai, dah bercucu cicit hah semuanya. So memang full rumah tue di pagi raya dengan bising budak-budak, orang duk berborak dengan bising TV lagi


So bila dah ramai, konfem-konfem lah rasa panas kan? Baju raya aku pulak jenis kain songket so kau tahulah betapa maha panasnyaaaaaaaaaaaa aku masa tue! Berpeluh-peluh mak enon kau tahuuu. Dalam aku duk kipas-kipas tu, sekali cousin aku cakap "Panas ke? Nak masuk dalam frozen tak?" HAHA :D Masa tu muka cousin aku, Nazeem memang tak boleh blah. Muka macam nak buat nakal je HAHA :D


Aku pun hapeeeeeeeeee lagi, naik tanduk lah bila tengok dia cakap macam tue. HAHA :D


Sekali dia bawak aku masuk bilik Wan, nenek belah ayah aku. Fuhhhhhhhhhh! Sejuk hoiii! Pasang aircond kuat-kuat dengan kipas pun siap terpasang lagi. HAHA :D Giler seronok weyh kalau kau tengah panas-panas dan sekali masuk dalam bilik aircond yang sejuk HAHA :D Ohh ni lah bilik frozen yang Nazeem cakapkan tue HAHA :D


So aku pun apa lagi, lepaklah dalam bilik tue. Bila dah lepak, kitorang pun berborak dan bergelak ketawa lah. Dalam duk bising-bising tue, aku perasan eh eh ~ makin ramai pulak dahhhhhhhh datang lepak dalam bilik aircond tu sebab sejuk! HAHA :D Habis mak ayah aku, mak sedara aku, cousins aku, adik aku semua pakat duk lepak sekali HAHA :D

Bilik Frozen HAHA :D

Nak dijadikan cerita, tahun ni boleh di katakan family belah ayah aku semuanya pakat pilih tema warna yang sama HAHA :D So penuhhhhhhhhhhhhhhlah ruang tamu tu dengan baju raya warna sama iaitu warna kelabu HAHA :D  Padahal before puasa lagi, tak silap aku masa hari aku konvo diploma lagi aku dengan mak sedara aku duk kecoh-kecoh sebab tersama warna tema kelabu tahun ni HAHA :D Sumpah lawak sebab duk bising-bising dekat group WhatsApp

The Newrie's family yawwwww ~ HAHA :D
Mama cakap "Seronoknyaaa dia nak pergi beraya" 
So macam tu je cerita raya aku HAHA :D Macam biasa-biasa je lah, tak adalah aku beraya rumah oragn sangat tahun ni sebab aku duduk rumah je :) Cuma petang raya pertama tue, aku punya waris-warid yang stay dekat Kuala Lumpur datang menyerang rumah! Mau penuh rumah Wan aku HAHA :D Meriah mak nokssss. Seronok aku :)


Tapi sayangnya, tak ada gambar. Ah ~ benci aku! :O


Lepas tu, dekat-dekat malam sikit, aku punya cousins pun datang :D Yeahhhhhhh ~ lepak lepak dan borak-borak sambil makan kuah kacang dengan nasi impit, rendang semuanyalah! HAHA :D Dah berbulan-bulan jugaklah lamanya kitorang tak dapat nak gather macam nie :)


Raya tahun ni lagi special sikit sebab ada ahli baru dalam family kitorang! :D Along ni sepupu aku tapi aku panggil dia Along. Dia baru kahwin dengan Kak Eyra dan dah ada anak! :D Anak dia Eshan namanya. Ya Allah, comelnya diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D Geram aku weyh! Weyh sumpah aku geram!

Kakak Sara love you! :D
HAHA :D Gambar semata-mata. Sebenarnya aku ni tak berapa reti sangat nak handle dengan budak-budak sebab bila aku pegang diorang, diorang mesti menangis. HAHA :D Aku pun tak tahu kenapa tapi aku suka dengan budak-budak :D


Kalau nak dicomparekan dengan budak-budak dan orang tua, aku lebih senang dan selesa dengan orang tua. HAHA :D Tak tahu kenapa sebab aku rasa aku bolehlah nak borak-borak dengan orang yang lebih tua dari aku. Slow-slow borak lepas tu try nak masuk diri kita dalam perbualan mereka. Seronok sebenarnya :)



Even kadang-kadang mak-mak kawan-kawan aku pun masih bertanya pasal aku dengan kawan-kawan aku HAHA :D See? Sillaturrahim tu jangan diterhadkan kepada kawan-kawan sahaja tapi juga kepada family kawan-kawan juga yer? HAHA :D


Membebel dah mak jemah nie -.-



Okay dah. Habis cerita raya pertama aku :) Raya kedua, ketiga dan seterusnya ; tak ada!

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts