Assalamualaikum
Apa khabar semua orang? Sepatutnya aku kena update entry ni sejak dari minggu lepas just nak bagitau korang semua yang aku dah selamat menghabiskan minggu pertama aku di UiTM Seremban 3. Alaa kampus baru tue hihihi
Alhamdulillah, itu je yang aku mampu cakap untuk minggu pertama ini. Memang busy sebab kena handle students dan macam-macam pertanyaan dan persoalan tapi semuanya dapat dijawab dengan baik, dapat dikawal dan dilaksanakan dengan smooth je, hasil dari bantuan kawan-kawan, dari pihak SMF, CASS dan juga lecturers
Fakulti aku di Seremban 3 ; Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi aka FSPPP :) |
Paling terharu, bila masuk dalam kelas ; lecturer Public Finance kitorang tengok kitorang yang pakai blazer dan tag nama Bacas Committee dan terus cakap "you've helped us a lot" Sumpah rasa terharu sebab rasa macam dihargai sangatsangat :)
So far, everything going smoothly. Aku bersyukur dengan itu dan aku harap sangat ini permulaan yang baik untuk aku dekat Seremban 3 ni. Memang semuanya masih baru, ada yang tak cukup dan terkurang tapi aku anggap itu semua adalah dugaan sebagai pelajar. Ya, kita tak boleh nak expect semuanya tersedia hidang depan mata kita. Inilah dikatakan dugaan dan cabaran semasa belajar
Dan bercakap tentang dugaan juga, aku ingin menyentuh sedikit tentang Pesawat MAS MH370. Aku tahu melalui twitter dan Astro Awani di laman web. Memang terkejut dan menjelang petang semalam, aku dapat rasakan kesedihan yang ada dalam diri aku. Aku sebak bila tengok keluarga yang terlibat, kawan-kawan yang hilang.
Walaupun aku tak ada sesiapa yang aku kenal di atas kapal terbang tu tapi aku tetap terasa sedih dan risau. Aku sangat ingin terima berita baik tentang berita pesawat tu. Tak sanggup aku nak dengar cerita sedih, melihat semua orang menangis di kaca TV. Tak nak itu semua. Aku rasa sakit bila tengok mereka. Aku rasa macam nak peluk kuat-kuat mereka yang terlibat dan berikan mereka semangat
Dalam kita semua bersedih, ada juga yang anggap ini satu lawak bodoh. Come on! Aku tak percaya how come orang orang macam ni boleh fikir benda ni sebagai joke? Tak ada hati perasaan langsung! Dan aku anggap mereka ini seperti pendek akal kerana tidak berfikir panjang sebelum berkata. Ada yang terasa? Maaf, ini hanya pendapat aku bila kau seolah olah cakap macam tak ada hati dan perasaan
Kepada keluarga yang terlibat, sahabat, anak, ibu ayah, kakak dan abang dan sesiapa sahaja, aku doakan agar kalian kuat dan tabah menghadapi semua dugaan ini. Jangan mudah berputus asa dan teruskan berdoa. Doa adalah kekuatan kita. Insyallah, mereka semua selamat dan dilindungi Allah swt cuma belum tiba masanya kita bertemu dengan mereka lagi. Insyallah, mungkin esok dan lusa kita berjumpa dengan mereka kan?
Kepada semua orang di dunia tak kira di mana anda berada, khususnya rakyat Malaysia, marilah kita ketepikan semua perbezaan umur, warna kulit, fahaman politik (INI YANG PENTING), asal mana, agama apa dan sebagainya yang boleh pecah belahkan kita. Sebab itu semua menampakkan kita semua dan bodoh. Itu je yang aku boleh cakap. Mari kita sama-sama berdoa agar MH370 ditemui dan semuanya yang terlibat selamat dan dilindungi Allah swt selalu
Masa ini lah nak tunjukkan yang kita ni orang yang prihatin. Bukannya makin nak tunjuk betapa pendek akalnya kita. Tolonglah, fikirkan perasan mereka yang terilbat baca komen dan tweet korang yang tak ada hati dan perasaan. Bayangkan kalau kalau orang yang paling kau sayang ada terlibat, ada kau nak cakap macam tue?
Aku, dari jauh dalam sudut hati aku berdoa agar pesawat MH370 beserta pilot, co pilot, cabin crews dan semua penumpang agar semuanya selamat dan dilindungi Allah. Harap sangat semuanya baikbaik sahaja dan tak ada yang melibatkan maut. Ya Allah, kaulah yang Maha Mendengar, Maha Berkuasa ; perkenankan doa kami ini
0 comments