Assalamualaikum
Minggu ini aku tak balik tapi semua kawan-kawan aku balik HAHA Hoiii permainan apakah semua ini?! Time aku balik, korang tak balik. Time aku tak balik, korang semua balikkkk!
So ceritanya semalam aku pergi ke wedding jiran lama aku dengan Port Dickson. Mak oiii seronok hokayyyyyy dapat jumpa semua orang dan jiran jiran lama yang sama-sama macam jaga aku macam aku anak diorang bila aku bermain main dengan anak diorang
Tapi malangnya anak mereka tak ada sebab tak balik tapi aku je yang datang sebab kebetulan tengah weekend kan? Hehehehe Tapi takpelah, atleast dapat jumpa mak diorang dan dapat tahu yang kawan-kawan sepermainan aku semuanya dah sihat dan berjaya pun dah cukup bagi aku
Bayangkan, selepas 15 tahun berpisah, dapat jumpa balik dengan diorang semua. Siapa tak happy kan? Jumpa dengan Ibu, Cik Juriah, jumpa dengan Mak Teh and dapat dengar semua cerita pasal kawan-kawan sepermainan aku ; Fatin, Tasha dan Sabrina. Well ~ kitorang berempat ni ibarat perempuan sekolah rendah yang bajet bajet hot dan comel je hahahhaa
Lepas tu paling seronok dapat jumpa Amar Sufi, yeyeyeyey! Kawan aka jiran aku masa duk PD dulu. Even dia lagi muda dari aku tapi dengan dia lah yang selalu mainmain dengan aku, main badminton, main polis entree (padahal sebutannya adalah police and thief) main kejarkejar, kawan satu mengaji, kawan yang selalu lepak dengan aku dan macam-macam lagi! Ibaratnya dia adalah kawan sepermainan aku lah hehehhe
Gambar? Maaf ler ~ tengah duk seronok berborak mana nak amik gambarnya kan? Gambar semua dalam phone dan aku malas nak transfer hahaha
Lepas tu pergi jumpa Cik Fendi sekeluarga dekat Spring Hill. Cik Fendi dan Cik Suraya ni ibarat saudara mara aku jugaklah. Diorang baru balik dari Saudi Arabia so haruslah jumpa kan? Wiwiwi ~ rasa seronok sebab dapat jumpa dan ulang rutin masa kitorang duduk PD 15 tahun yang lepas
FYI, aku pernah stay PD dari aku Tadika sampai aku sekolah Darjah 4 dan kemudian pindah ke Besut. So sebab tu lah aku tahu sikit sikit pasal PD ni. Kebetulan aku kan sekarang study dekat Seremban 3. Habislah semua orang seronok dan ajak aku pergi dan jumpa mereka bila aku free. Weee ~ Insyallah ye semua :)
Motif aku update entry tanpa gambar ini?! Aku sebenarnya nak cakap hmm hmm ~ bila mak mak kawan aku dah jumpa aku after 15 tahun tak jumpa dan tengok aku yang dah besar, semua orang macam
"Nanti Sara kahwin, jemputlah aunt"
"Sara kahwin nanti aunt datang"
Dan banyakkkkkkk lagi cerita pasal perkahwinan hahahaha Hambui sangat tauuuuuuuu ~ hahaha Insyallah amin. Sara cuma aminkan semua doa doa aunt semua ye? Insyallah satu hari nanti, amin ~
Hambuii sangat -.- |
0 comments