[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Thursday, December 31, 2009

maaf kawan-kawan

Salam. Aku nak mintak maaf kepada semua kawan2 aku. Kawan2? Sape kawan2 aku 2?
Kawan2 aku 2 maksud aku koranglah, para followers aku yg aku sayang sgt2! Sumpah cakap! Aku memang sayang giler2 kat korang. Yelah, aku dah anggap korang sebagai sebahagian dari hidup aku sebab korang follow blog aku kan? Dan err maybe korang baca blog aku kan? So serba sedikit korang tahulah pasal diri aku kan kan kan?? Hehe
Korang sayang aku tak??
Aku nak mintak maaf sebab internet rumah aku tak jadi. Aku tak tahu lah pe masalah nyer dengan streamyx aku 2. Maybe esok atau lusa atau tulat aku akan panggil orang baiki aku punyer line internet ni. Haih. Maknanya tak dapatlah aku nak on9 selama beberapa hari. Maaf ye kawan2.
Aku tak kan dapat update blog. Maaf ye kawan2. Huhu. Anyway just nak bagitaw aku dah selamat sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 5 pagi tadi. Haih, badan memang penat sangat2. Nak buat macam mana?
Nampaknya sementara internet tak ada di rumah nie, bolehlah aku habiskan masa aku dengan membaca buku Twilight dan New Moon. Hehe.
Adios rakan2! Nanti bile internet dah jadi aku update blog lagi k!
>> currently at Cyber Cafe Orange sebab nak kemaskini borang UPU! <<


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, December 29, 2009

lepas is past

Kenapa masa begitu cepat berlalu?
Hari ini dah 29 dan esok 30
Oh No!
30hb aku dh nak balik Terengganu dah
Tak best nyer..
I wish I can stay here longer
dan dan dan
tengok!
jam sudah pukul 3.15 am
aku rasa tadi baru pukul 10
again
Kenapa masa begitu cepat berlalu?

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 28, 2009

saat kau pergi

* sila klik link di atas untuk mendengar lagu ini

saat kau pergi
berlinanglah air mataku
betapa cinta ku rasakan
kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah
tak pernah ku inginkan
perpisahan ini terjadi
ku hanya bisa merelakan
jika memang kau pikir
ini lah yang terbaik
tak perlu kau beri alasan
mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
karena ku yakin
mungkin semuanya itu bisa
membuatmu bahagia
sepenuhnya ku menyadari
bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
namun ku akan terus selalu menyayangimu
setulusnya hati
tak pernah ku inginkan
perpisahan ini terjadi
betapa cinta ku rasakan
kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah
saat kau pergi
berlinanglah air mataku



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

tak ada tajuk

Salam. Pada waktu2 yg macam ni aku rsa lebih baek aku on9 jer dari tdo. Haha. Pe punyer manusia lah. Akibat tak ckup tdo, aku telah mengalami sindrom ala-ala demam. Haha. Macam mana 2? Act aku rasa lemah giler2, kepala pening tp badan tak panas pown. Lepas makan dan tdo, aku rasa segar balik. Haha. Bukan H1N1 ok. Haih, sisih 44 malaikat


Tadi belek2 lah gmbr2 masa kat sekolah dulu. Rasa rindu giler suasana kat sekolah. Rasa nak balik semula dan ulang semula semua 2. Haih, belum sebulan lagik tinggalkan sekolah, dah rindu. Junior2 aku yg laen semuanya sibuk dengan persiapan nak balik ke sekolah. 2 pown ada yg tak nak balik. Att-10-shen!! Sesape yg tak nak masuk asrama lagi, Kak Mai sanggup ganti tempat anda!



Hari ni dah 28hb. Aku rasa sedih sgt2 bila memikirkan yg aku akan balik ke Semenanjung 30hb nie. Oh tidakk! Aku tak sanggup. Aku rasa seronok sgt dengan keadaan sekarang ini. Ya Allah, aku pohon kepada Mu, janganlah Kau menjarakkan 4 keping hati hamba Mu ini. Sesungguhnya hamba-hamba Mu ini memerlukan antara satu sama lain *tetiba rsa nak nangis



sampai kat sini dulu lah ~ laen kali da cerita, aku update lagi

>> dont let me fall _ Lenka <<


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, December 26, 2009

Hari melenguhkan kaki

Salam. Rasa macam dah lama giler tak update blog. Ok2. My fault. Err act bukannya salah aku pown. Broadband ayh aku amik jap. Nak wat study dier. So sebab 2 tak leh on9. Anyway, kembali kepada tujuan aku yg sebenar ok.

Baru2 ni kitoang satu kereta *ececeh, macam lah ramai sgt pergi ke Gunung Kinabalu. Err kitorang bukannye nak pergi mendaki pown. Kitorang bertolak pada pukul 6 pagi. Awal giler kan? Act pukul 6 pagi kat sini, suasana nya sama macam pukul 7 pagi kat Semenanjung. Oleh itu, pukul 6 petang disini, suasananya sama macam pukul 7 petang di Semenanjung. Ada paham ka??


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Gunung Kinabalu mengambil masa 2 jam lebih kot. So aku menggunakan masa yg ada itu untuk tdo. Haha. Ngantuk lah weh!

Caya tak aku cakap kalau gunung kat belakang 2 adalah Gunung Kinabalu? Weh korang, cayalah cakap aku nie! Aku tak tipu. Masa nie memang sejuk giler ar


Kebetulan masa aku pergi sana, hujan renyai2 telah melanda. Memang sejuk ar. Even Genting Highlands dan Cameron Highlands pown tak sejuk cam nie taw. Aku pulak tak bawak baju sejuk masa 2. Haih. Menggigil aku dibuatnya. Disebabkan hujan telah melanda, kabus berada di mana2. Haha. Ayat entah pape ntah.


Tengok! Kabus telah melanda. Haha.

Kitorang pergilah kat stesen di mana pendaki2 gunung berkumpul dulu sebelum memulakan pendakian. Act tahun lepas aku dah pergi dah pown kat kaki Gunung Kinabalu. Tapi disebabkan hujan, ayah aku cakap tak beranilah nak pergi ke sana sebab jalan licin dan jalannya sempit. Jalan 2 pulak bukannya dibuat one way. Haih. Bahaya betol. So tak kisah lah ayah.

Masa kat stesen Gunung Kinabalu 2.

Anak emak 2! Haha. Batu yang kitoang duduk nie memang sejuk lah. Macam ais. Haha.

Bergaya sakan! Mak aku memang hot! Haha

Lepas lepak2 kat stesen Gunung Kinabalu 2, kitorang gerak ke Kundasang. Kundasang nie tempat org2 tempatan jual sayur2 dan bunga2. Haih. Sesape yg suke sgt makan sayur2, aku suggest kan korang datang lah kat Kundasang. Korang boleh borong sayur2 2 sesuka ati korang jer. Pahtu balik rumah, masaklah puas2. Haha. Sayur2 dier fresh giler. Tak da yg layu. Bayangkan daun bawang 2 sebesar ibu jari kaki korang 2. Hah! Besar kan?


Itu bunga! Bunga ape ntah!

Lepas shopping sayur2, kitorang pergi Ranau, alah tempat Linda AF2 2. Haha. Act tak da benda pown. Just jalan2 kat bandar dier. Aku tgk ramai giler org masa 2. Yelah, masing2 sibuk beli barang2 untuk sambut Krismas kan?

On da way nak turun, kitorang singgah kat Kinabalu Pine Resort. Jalan2 je kat sini. Tapi pemandangan memang cantik. Dan dan dan cuaca memang sejuk giler. Dah lah sejuk, berangin pulak 2. Haih. Tahan aje lah

Kinabalu Pine Resort

Kitorang pown ada singgah kat Tamparuli, tempat asal Marsha AF 2. Jalan2 kat bandar dier. Eh jap jap jap. Korang mesti taw kan lagu Jambatan Tamparuli yg Marsha pernah nyanyi kat AF kan? Hah, ni lah jambatan 2. Tinggi woo! Gayat aku

Lepas 2 kitorang pown gerak lah ke KK balik. Aku pown amik kesempatan dengan tdo tdo dan tdo. Haha. Then kitoang singgah kat Sepanggar. Hah! Sebab apa? Sebab nak makan lokan dan jelly kelapa. Hehe. Lokan 2 macam kerang or lala lah. Tapi besar sikit. Dan dan dan jelly kelapa 2 err aku tak taw nak cakap camana. Tengok je lah gmbr kat bawah nie.

Lokan panggang. Mengambil masa yg lama untuk dimasak tetapi sekelip mata shj boleh dihabiskan! Haha.


Jelly kelapa. Benda putih dalam kelapa 2 adalah jelly ye. Bukannya isi kelapa. *asal aku asyik nak taip kepala jer? Haih.

Bergerak ke KK. Sampai shj kat KK, kitorang singgah kat kat kat

Haha. Tercapai jugak hasrat aku nak singgah sini kejap.



Disebabkan shopping mall ni baru buke, so tak banyak lagi kedai dan dan dan lengang giler. Tak ada orang langsung. Haih, wat lenguh kaki je duk jalan2

Orang tak ramai. Yang ramainya, parents yang tolak kereta anak masing2. Haha. Mak ayah aku? Dah jauh jalan ke depan, tinggal anak2 kat belakang. Haha


Balik rumah. Sampai je kat rumah, aku dan mak aku masak sayur2 yg kitorang beli kat Kundasang tadi. Haha. Sedapnya dapat ratah sayur saje. Hehe. Nyum nyum nyum!

Tengok! Warna warni kan? Haha. Sedap dimakan ketika masih panas!

Then malam pown menjelang. Kitorang keluar lagik! Pergi ke Kampung Air dimana pasar malam ada kat situ. Tp pasar malam die unik skit sebab ada jual barang2 perhiasan. Haha. Ada gelang, rantai, sunglaz dan baju je. Yang lain2 tak ada. Hehe.

Haih. Rambang mata tengok gelang2, pin2 dan rantai2 2. Hehe. Dan jugak lah kebas 2 utas gelang buat raya tahun depan! Haha

Balik rumah! Tdo! Kepenatan!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, December 25, 2009

nafsu makan

Salam.
Tak mau tulis panjang2. Just nak tanya,
macam mana nak kurangkan berat badan nie?
Asyik2 nak makan jer ~
Takut rasanya sebab badan nie dah memang naik berkilo-kilo!
Uwaa ~
Tak mahu
Nak kurangkan berat badan balik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sesape yg ada tips2 nak kurangkan berat badan,
pliss..
sila berkongsi dengan saya!
Im despearately need it
as soon as possible!
*betol ke tak BI aku nie?
*mood : tak boleh tdo tapi tak sihat
*akan post cerita pasal pergi ke Gunung Kinabalu! Syok giler ~

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, December 23, 2009

A Day at 1Borneo

Salam. Hehe. Semalam seharian aku tak on9. Sebab sebab sebab aku pergi shopping! Haha. Amik ko! Bazir duet lagi. Ikutlah amalan setan 2. Haha. Ampun2x! Saya tak bazirkan duet. Saya hanya beli barang2 yg saya nak jer ~ Uwek! Lantak ko lah.
Ok. Semalam aku, Hakim [my brother] dan mama gerak ke 1Borneo dalam pukul 12 lebih. Then tetiba ayh aku call, suruh tunggu kat Jesselton sebab die pown nak join jugak. Tunggu punyer tunggu akhirnya ayh aku sampai lah jugak. Before kitorang pergi, ayah aku kat office lagi.
Nak cerita sikit pasal 1Borneo nie. 1Borneo is the largest shopping complex aka hypermall at east. Dah nama 'largest' kan, so mestilah macam2 ada! Korang nak apa? Semuanya ada kat sini. Cinema, boling, archering, hotel, tandas, giant, parkson, KFC, McD, Pizza Hut, Big Apple, Kenny Rogers, Rasamas ~ Fuh, semuanya ada lah! Memang tak puas berjalan kat sini dalam 1 hari. Atleast kalau korang nak menerokai satu hypermall nie perlukan dalam masa err ~ 3 hari? Whatever ~

Keadaan di jalan raya. Masa nie dekat area Centre Point Sabah. Sesak giler jalan waktu 2. Yelah, lunch hour kan?

Keselamatan diutamakan!

Sila pakai tali pinggang anda!
Kat sini kan kan kan, Hari Krimas disambut agak meriah sikit lah dari Semenanjung sebab ramai non-muslim kat sini. So memang penuh lah 1Borneo 2 dengan perhiasan2 untuk menyambut Krismas 2. Tak cukup dengan 2 siap ada salji turun lagi taw! Haha. Act bukannya salji betol pown. Its just bubble only. Tapi nampak macam salji turun lah. Haha


Nampak tak? Kalau tak nampak, hah! Memang sah lah korang err ~ Pikir ar sendiri! Wakaka!

Aku dengan family jalan2 lah. Haih ~ Aku memang suka sgt jalan2 kat 1Borneo nie. Sebab apa? Sebab kebanyakkan barang2 die nie macam pelik sikit lah. Dan dan dan aku perasan kebanyakkan barang2 dier nie tak ada kat KL. Hehe. Setakat yg aku tahu dan perasan lah. Mana taw ada kat KL tapi aku tak jupe lagi kan?

Contoh barang2 yg agak menarik perhatian aku ialah bibir manusia yg BESAR giler dimana fungsinya adalah telefon rumah! Ada satu tempat letak pensil2 yg bentuknya macam tahi lembu. Err ~ pendrive bentuk telefon antik yg lama 2. Dan ada lagi lah! Tapi malas nak suruh otak nie bekerja. Opss! Sorry, tak ada gmbr barang2 2 sebab aku tak mau tokey kedai 2 marah kat aku. Haha. Malu aku nanti. Jatuh standard aku. Hehe.

Then kitorang pergi makan dekat Big Apple! *Before sampai kat 1Borneo nie, kitorang dah makan kat Mcd

Sedap boh! Akhirnya dapat jugak aku makan donut Big Apple nie. Hehe


Jalan2 lagi. Naik lenguh dah kaki aku berjalan. Tapi aku harus akui pasal satu fakta nie. Wanita lebih kuat dari lelaki. Aku percaya sgt2 lah fakta nie. Tak caya? Weh, korang da terfikir tak yg wanita boleh jalan2 kat shopping complex tanpa henti. Tak cukup dengan satu shopping complex boleh pulak singgah kat kedai2 yg lain masa on the way nak balik rumah dan boleh pulak pergi singgah kat mana2 kedai mamak semata2 nak tapau roti canai buat makan. *yelah, duet dah habis pergi shopping! Haha. Tapi lelaki, pantang ada kerusi mesti nak duduk sekejap. Caya tak? Haha. Apa lah ~


Then pergi tengok wayang. Ingat nak tengok cerita kat bawah nie,

Biarlah dah tengok dah pown kat KL ari 2. Nak tengok lagi! Tapi dah habis dah tayangan die kat GSC 1Borneo nie. Last tayangan die pukul 2.30ptg. Aku pulak datang dalam pukul 4.00 ptg! Hampeh tol! Then selidik punya selidik dan berbincang dengan mama n ayah aku, kitorang pown tengok lah citer

Ok jugaklah cerita nie. Dari 5 bintang aku bg err ~ 3 1/2 ? Haha. Lantak lah. Ada kau kisah ker? Cerita ni mengingatkan aku pada satu kata2 "..buat baik lah dengan musuh korang dan buat jahatlah dengan kawan baik korang.." entah betul ke tak nie ~


Suke gilak dengan gmbr nie sebab mak aku buat peace! Haha. Tak ada modal ~

Masa tunggu cerita ni ditayangkan, aku, Hakim dan mama je yang ada. Ayah aku tak ada sebab masa nie die balik semula ke office sebab da kerja. Sumpah cakap! Memang lengang + kosong giler masa 2. Haha. Kitorang duduk kat sit yg belakangggg sekali. Haha. Amik ko! Tapi kan kan kan aku notice one thing. Bilik yg ditayangkan cerita Santau nie sama dengan bilik masa aku tengok Cicakman 2 tahun lepas. Haha. Dan dan dan aku duduk di tempat yg sama. Haha. Welcome home baby!

Habis wayang, sambung lagi shopping. Adik aku merengek2 nak beli baju kat Bodyglove. Last last 2helai baju dier kebas! Smart jugak lah baju dier 2. Jeles aku! Huh!

Then balik. Sampai di rumah dalam pukul 8.30 mlm. Lama giler kan? Haha. Mama, nak pergi lagi! Tak ingat nak main boling!

Sepanjang hari 2, aku just beli baju t-shirt sehelai *baju 2 ada corak tengkorak lah ~ tak perasaan masa beli semalam. Aiseyman ~ beg polka dot satu, gelang dan strip or tali yg nak gantung hp 2 yg penuh dengan corak2 love. Wah! Clazzz gitu!!

Malam dan hari nie, badan aku panas semacam. Macam nak demam. Akibat dari shopping sangat kut? Huhu

>> Coming soon, nak pergi Suria Sabah pulak! Shopping complex 2 baru buka taw! Haha! <<


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, December 21, 2009

help me pliss.. ~

Sumpah cakap!
Aku memang nak sepak terajang ar dengan link blog aku skunk nie.
VAVI betol !!
Nak tukar! Nak tukar! Nak tukar!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

But still, I have no idea to change my link.

Eeei ~

bengang + menyampah betol dengar link aku 2.

Entah camana entah aku leh terpikir link aku nie.

Macam budak2 terencat akal yg tak cukup umur lagi taw tak??!!

Haih ~


Desperate sgt2 nak tukar link nie

Frens outside there

Help me pliss ~

No idea to change my link

Sob3x..


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Labuan punye cerita

Salam. Blurrp! Alhamdulillah. Baru lepas makan spagetti yg ayh aku buat. Haha. Sedap woo. Saya tahu ayah saya memang terror memasak. Haha. Act aku baru sampai dari Labuan ptg td. Sumpah cakap, badan memang penat giler tp bila terpandang lappy dengan broadband kat atas meja, niat aku untuk tidur terbantut sama sekali. Haha.

Pagi2 lagi kitorang dah gerak dah. Pergi ke Menumbok. Ok. Aku taw nama tempat ini memang pelik tapi ada aku kisah ker? From Kota Kinabalu aka KK to Menumbok mengambil masa 2jam perjalanan dengan kereta. Menumbok ni macam jeti lah nak ke Labuan. Ada 2 pilihan kita nak pergi ke Labuan, sama ada naik speed boat or ferry. Tapi yang ini dari Menumbok lah. Yang tempat2 lain aku tak tahu. My dad prefered speed boat because it tooks only 20 minutes only than ferry that took almost 2hours! Fuh, baik pergi tidolah! Dan jugaklah mimpi weh! Naik speed boat satu kepala RM15 for the adult. Untuk kanak2 aku tak taw dan aku tak mahu amik taw. Hehe.

Kami sekeluarga. Masa ni aku mintak tlg dgn sorang dude yg agak comel jugak ar. Haha. Sweet giler! Lepas die tolong amik kan gmbr family aku, die mintak tolong dgn aku pulak untuk amik gmbr family dier. Tapi aku tak amik gmbr ayh die pown sebab ayh die duduk hujung skali. Mintak maaf ya bapak! Haha.

Check in di hotel. Syok giler vavi ar hotel 2. Wakaka. Bilik besar, selesa nak mampos, view cantik2 giler, makanan best, TV besar. Haha. Rasa tak mau balik jer. Wakaka. Malam tue, kitoang pergi ke Anjung Ketam. Dah ada nama ketam, mestilah makan ketam kan? Huh! Memang sedap r. Ditambah pulak dengan udang, sotong dan ikan. Haih, makan tak pandang dah kiri kanan.

Nasiblah kau ketam. Sudah selamat dah kau bersemadi dalam perut aku ini. Eh silap silap! Selamat bersemadi lah engkau kat dalam loji najis kat Labuan 2. Haha. *ayat kotor sikit. Maaf!

Esoknya pulak, aku pergi kat...

Lawa tak pose aku masa nie? Haha. Berlagak lebih jer. Kat sini biasalah, ada ikan2, sotong2, ketam2 bla bla bla. Masa aku jln2 sekitar muzium ni, tetiba aku teringat kat semua hidupan laut yg aku makan malam tadi. Kalau kau tak kena makan, mesti korang dah ada kat sini, berenang2 dalam air. Huhu.

Wah, org dalam gmbr nie kan tak pernah tengok ikan berenang sebab 2 reaksi die pelik sikit bile tengok ikan2 kat muzium nie. Huhu. Sila kutuk budak ni ok?

Weh kalau korang stay kat Terengganu tapi tak kenal ikan ni, baik sorokkan muka korang kat bawah buntut kuali lah! Wat malu org Terengganu jer. This is aya fish aka ikan aya. Haha. Ikan aya nie kan selalunya dimakan dengan nasi dagang versi Terengganu. Sgt2 sedap bile dimakan waktu panas. Tapi ada sesetengah manusia kat bumi Terengganu tak boleh makan ikan nie sebab nanti gatal. Contoh manusia terdekat 2 adalah nenek aku sendiri. Haha.


Then aku pergi ke The Chimney. Ok. Aku tak tahu sgt ar pasal chimney nie sebab masa ayh aku tgh syok2 duk cerita pasal tmpat ni aku tgh mamai masa 2. Baru bgn tdo weh! Haha. Yg aku tahu chimney ni tempat lombong arang. Dalam gmbr nie, bangunan kat belakang aku 2 adalah original dari zaman sebelum merdeka lagi taw. Haha. Act tak da pape pown kat sini. Macam Kota A Famosa kat Melaka 2 lah. Just bangunan je.


Then pergi jalan2 lagi. Dan dan dan tersesat! Haha. Tp kesesatan ayh aku dalam bwk kereta 2 berbaloi ar jugak sebab akhirnya dapat jugak aku jumpa SBP Labuan. Fuyoo! SBP diorang depan pantai dan tak jauh dengan UMS [universiti Sabah lah..]. Dah lah depan SBP diorang da food court. Ni mesti diorang fly tiap2 malam untuk pergi makan kat depan 2. Haha. Aku tahu sgt lah peel budak2 SBP ni yg memang kuat makan dan juga kuat tdo. Haha. Aku pown da jugaklah jumpa satelit kat Labuan 2. Giler, memang besat ar. Bak kata iklan Maggie 2, Besar Punyer! Haha

Gmbr ni diambil semasa di Surrender Point. Di sini adalah tempat dimana Tentera Jepun menyerah diri kepada Tentera Australia semasa Perang Dunia Ke-2. Tempat ni kat tepi pantai jer. Err ~ seperti biasa, tak da pape pown kat sini. Wat lenguh kaki jer duk jalan2. Huhu. Dekat batu 2 tertulis 'Peace is The Best'

'Peace is The Best!' Sebarkan di seluruh dunia!

Pemandangan di Surrender Point. Lawa jugak lah. ~ Sesape nak berdating kat sini, dipersilakan. Haha. Nanti kena cekup dengan JAIS padan muka ang sume. Haha.


Tiba masa untuk balik! Huhu.



Laju giler berjalan. Tak dan nak kejar. Huhu.

Bye bye Labuan!


Bilalah lagi aku nak pergi Labuan nie?


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, December 18, 2009

kisah chenta

Saya ingat lagi. Masa 2 kite Darjah 5. Kiter jalan2 area kampung 2 sebab sedara kite kahwin masa 2. Nak elakkan diri dari kena panggil buat kerja. Haha. Kejam giler kan? Semua orang berjalan kat depan tapi awak dengan saya je kat belakang sekali. Jalan perlahan-lahan sambil cakap2. Awak tanya "..kau dah ada pakwe ke belom?..". "..tak ada lagik..", saya jawab. Jalan2 sampai petang. Balik rumah tapi awak cakap awak nak jumpa dengan saya. Saya ok jer. Masa jumpa 2 awak cakap "..saya suka kat awak.." Saya just senyum jer.


Masuk Form1. Saya baru dapat hp. Masa saya tdo rumah tok awak, awak mintak nombor phone dan kiter pown start msj. Haha. Main msj dalam satu rumah. Awak tingkat atas, saya tingkat bawah. Dahsyat giler kan? Awak mintak kapel. Saya ok jer. Saya ingat lagi masa saya pergi dapur, saya tengok awak senyum kat saya. Saya cepat2 blah dari dapur. Dalam hati nie asyik berdebar jer.


Masa cuti sekolah, kiter sama2 tunggu pukul 12 tengah malam. Sebab apa? sebab nak main msj. Masa 2 msj hanya 2 sen je. Nak jimat kredit punyer pasal. Tiap2 malam kite tdo lewat kan? Tapi tak pe. Asalkan kiter dapat main mesej. Tanya khabar pasal masing2.


Sampai satu ketika, bulan September 2005, saya mintak kata putus dengan awak. Saya tak tahu kenapa. Awak kata ok jer. Masa 2 saya fikir awak tak sayang saya. Saya rasa sedih sgt2. Tapi tak lama sebab 10 hari selepas birthday awak pada bulan November, awak mintak kapel balik. Awak cakap awak sayang saya lagi. Saya pown tak menafikan dan saya pown terima awak kembali.


Masuk Form2 tahun 2006. Saya masuk asrama sekolah. Masa 2 saya tak boleh bawak hp pergi asrama. Disebabkan saya di Terengganu yang bersekolah pada ari Ahad, tiap ari Ahad, pukul 10 pagi saya akan call awak. Sebab awak stay kat Pahang. Awak akan angkat dan kiter cakap2 macam biasa. Saya rela tak pergi makan sebab nak cakap dengan awak. But we never know that there's something gonna happen at the future.


Saya teruskan rutin mingguan saya dengan call awak pada tiap2 ari Ahad. Tapi awak tak angkat. Saya cuba lagi lagi dan lagi. Saya tak pernah berputus asa. Dan satu petang, saya call awak. Awak angkat tapi bukan awak yg cakap. Suara seorang yg sama jantina dengan saya. Saya rasa sedih sangat. Saya call abg awak malam itu dan saya menangis. Abang awak tenteramkan saya dan awk juga mendengar saya menangis. Serius saya cakap, itulah kali pertama saya menangis dengan begitu teruk sekali. Perkara ini berlanjutan dan kite tak jadi macam dulu lagi.


24 Mac 2006, saya try nak berhubung dengan awak tapi tak dapat. Saya just nak hubungan kite macam dulu. Tapi tak dapat. Saya hantar msj kat abang awak. Saya titipkan pesanan kepada awak, "..Aril, cakap dengan adik kau aku mintak putus.." Lepas dari saya hntar msj 2, abg awak call dan pujuk saya. Saya hanya mendengar sahaja abg awak cakap tanpa bersuara.



Saya teruskan kehidupan saya macam biasa. Ramai rakan sekolah saya yg cuba kacau saya tapi hanya seorang sahaja yg menjadi. Entahlah, dimana silapnya. Hubungan saya dengan dia tak menjadi seperti yg diharapkan. Dia terlalu baik untuk saya. Saya tak dapat terima dia sepenuhnya.


Pertengahan bulan September 2006, awak datang bermalam di rumah tok saya. Masa 2 kite hanya bercakap2 sahaja. Dan tiba2 awak cakap pasal soal hati dan perasaan. Saya hanya diamkan diri sahaja.


Disember 2006, awk hantar msj "..Sara, will you be my gf back?.." Saya terima kembali. Masa 2 saya berjanji tak akan buat perkara bodoh lagi dengan mintak putus dengan die tanpa alasan yg kukuh. Saya berjanji dengan diri saya yang saya akan berusaha untuk jaga hubungan kite ini. Masa 2 hubungan kite berjalan dengan lancar sahaja. Rasa happy sgt2. Masa 2 azam kita nak berjaya dalam PMR sama2 kite kongsi.



Februari 2007, hubungan jarak jauh antara kite makin lama makin menjejaskan hubungan kita. Awak dah jarang2 hantar msj. Saya try hntr msj kat awak tapi awak langsung tak balas. Sedih sgt. Memang masa 2 hubungan kite ibarat terputus.

One day, abg awak hantar msj kat mak saya, "..Cik Na, Aril dengan Adam ada kat KB nie. Kitorang ada tournament boling kat KB Mall.." Masa 2 saya rasa happy sgt sebab saya tahu kite dipisahkan hanya beberapa kilometer je. Yelah, masa 2 saya stay kat Besut lagik. So, mak dan ayah saya pown pergi jumpa awak dan abg awak. Tapi saya tak boleh pergi sebab saya sekolah masa 2! Kecewa betol masa 2.


Beberapa jam sebelum awak nak balik Pahang, awak hantar msj kat mak saya, cakap awak dah nak balik dah. Saya fikir, mungkin awak akan balas msj saya. Saya pun hantar msj kat awak. Saya hantar dan hantar. Tapi awak langsung tak balas. Saya tunggu hp saya berbunyi sampailah saya tertdo. Keesokkan paginya, hp saya masih seperti sebelum itu, tiada msj. Sedih betol masa 2.


Awak main msj dengan adik saya. Saya baca msj awak. Mungkin awak akan balas msj saya. Saya pown hantar msj kat awak. Tapi awak langsung tak balas. Saya mula tertanya2, kenapa awak buat saya macam ni?


Hari persekolahan pertengahan tahun 2007, saya call awak dan awk angkat. Tapi bukan awak. Abg awk. Mula2 awak tak nak cakap dengan saya. Tapi lepas saya pujuk abg awak supaya pujuk awak cakap dengan saya, awk pown cakaplah dengan saya. Masa 2 awak terus-terang dengan saya, awak dah ada orang lain. Serius saya cakap, saya rasa sedih sgt. Entah macam mana, saya baling hp saya. Depan mata kawan2 saya, hp saya 2 berkecai. Kawan2 saya kutip dan baiki balik hp saya. Saya mula menangis dan kawan2 saya mula pujuk saya.


Hari2 yang seterusnya berlalu. Tiap2 hari saya menantikan berita dari awak tapi sungguh mendukacitakan kerana apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Saya pujuk hati saya supaya bersabar. Kawan2 saya cakap "..Mai, kalau betul lah Adam sayang kat kau, dia tak akan buat macam nie dekat kau.." Tapi saya tak amik peduli pasal hal 2. Saya fikir mungkin awak ada halangan yang menyebabkan awak tak boleh berhubung dengan saya.

Awak tak tahu, sepanjang saya menunggu awak, saya betul2 terseksa. Awak mana tahu kan? Tiap2 ari saya cek hp saya. Tiap2 ari saya berdoa agak awak datang pada saya balik. Tiap2 malam saya teringat kat awak. Masa 2 kawan2 saya suruh saya bersedia jika ada apa2 kemungkinan yg mungkin berlaku. Saya ikutkan aje. Kawan2 saya cakap "..lupakan dia..". Saya mengiakan sahaja tapi jauh dalam lubuk hati saya, saya masih mengharapkan awak. Saya betul2 sayang kat awak.


Penantian saya berakhir pada satu petang. Awk hantar msj dekat saya. Saya rasa happy sgt2 masa 2. Tapi apa yang saya harapkan tidak berlaku sama sekali. Saya masih ingat lagi awak tulis "..Awak, saya rasa kita tak mungkin bersama. Mungkin sampai disini sahaja hubungan kita.." Saya terpaku dengan hp masih di tangan. Saya balas "..Ok.." Saya bangga dengan diri saya masa 2 sebab saya langsung tak nangis.


Tapi kebanggaan saya 2 hanya sekejap sahaja. Malam itu, dengan bertemankan bantal dan selimut dan bersaksikan langit yang gelap dan bulan saya menangis. Menangis sebab awk tinggalkan saya. Menangis sebab penantian saya sia2 sahaja. Menangis sebab saya bertindak bodoh dengan tinggalkan orang yang sayangkan saya demi awak. Menangis sebab awk tipu saya. Menangis sebab saya kehilangan awak. Menangis sebab saya akan keseorangan selepas ini. Awk tinggalkan saya tanpa khabar berita selama hampir 6bulan lamanya. Bodohnya saya masa 2. Kesedihan yang saya alami pada masa itu tidak dapat digambarkan melalui kata2.



Hari2 yang berlalu. Saya masih mengharap lagi pada awk. Bodoh kan? Cacilah saya. Pukul lah saya. Saya tak kisah. Masa 2 hubungan kita rasa macam dah berakhir macam 2 sahaja sampailah pada satu hari kite berjumpa untuk pertama kali selepas kiter putus 2. Saya cuba untuk tidak melihat langsung muka awak dan saya berjaya. Tapi masa saya dalam kereta nak balik, saya tengok jugak awak dan awak juga tengok saya. Kiter berdua hanya mengeluh dalam diam.

Saya tengok bintang2 dan langit. Saya tengok bulan. Saya dengar lagu2 dalam mp3 saya. Tetiba saya teringat lagu Yuna
oh bulan
enggan melayan diri ku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio
seolah2 memerli aku
pabila engkau bersama yang lain

Bulan, bintang dan langit. Terima kasih sebab teman aku masa aku sunyi dan keseorangan masa 2. Aku tahu korang bertiga mesti rasa bosan kan sebab tiap2 malam terpaksa menerima dan melayan perasaan orang yang telah dikecewakan. Mungkin bukan aku tapi orang lain jugak. Tapi tak ape. Korang bertiga dah jalankan tugas korang dengan jayanya dengan meneman orang2 seperti aku, cuba membaiki hati yang telah dilukai. Terima kasih.

Aku teringat satu ayat ini yang baru2 ini aku terjumpa dalam hp aku yang telah disavekan sejak tahun lepas lagi

If you never had a broken heart, you never experienced a true love

*segala nama yang disebut adalah bukan nama sebenar



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts