Final FIFA World Cup : Siapa Bakal Menjadi Juara?

Friday, July 09, 2010



Salam. Tajuk tak boleh blah betul lah ~ Macam gaya ala-ala pembaca berita pulak. Hailoh =.="


Tadi aku jawab bancian kat Facebook pasal FIFA World Cup ini kan. Hehe ;D Dan pasukan pilihan aku mestilah Spain weh ! Spain tetap dihatikuuuuu ~

Masa tengah loading tunggu keputusan die, aku dah agak dah mesti Spain dapat undian tertinggi. Alah ~ Biasalah bai ~ Team yang kuat dari semua aspek. Penjaga gol, penyerang, pertahanan, jurulatih die. Semuanya kuat lah bai ~ Semua orang tahu pasal ni tapi segan nak cakap kan kan kan ? :D Ngaku je lah !

Hoi ! Aku tak faham betul lah apa pasal England dengan Brazil pulak yang dapat tertinggu undian die. Alamak ehhh ~ Nak suruh aku goyangkan badan bagi korang sedar ke yang dua-dua team tu dah kalah awal-awal lagi dah. Hailoh =.=" Tetiba je aku rasa hot !


Argh ~ Tak kisah. Papepun, Spain tetap dihatikuuuuuu ~ :D


Eh korang, sape Sotong aka Paul lah entah apa-apa entah nama die? Die tu peramal bola sepak yang tepat ker? Aku dengar die ramal Belanda dengan Spain menang. Sekali tup tup, memang menang betul.


Tapi yang aku tak boleh blahnya ialah ada orang cakap dengan aku "Sotong tu ramal yang Belanda menang FIFA tahun ini" Grrrr ~ Ni yang rasa macam nak boikot Sotong ni ! *Tetiba =.=" Argh ~ Tak kisah ! Aku nak jugak Spain menang tahun ini :)


Ok ok lah ~ Kita bercakap secara pakai otak ok? Jangan pakai emosi. Hehe :D


Kalau diperhatikan, Spain memang kuat ok? Memang diakui hal itu. Tapi cuba fikir-fikir balik. Kalau betul lah dorang kuat kan, kenapa masa perlawanan pertama dorang masa lawan dengan Switzerland, dorang boleh kalah? Ada sesape nak jawab?


Ni semuanya sebab Torres dengan Fabregas tak main awal-awal masa tue. Spain dah banyak kali shoots tapi tak ada satu gol pun yang masuk. Tapiiiii Switzerland shoots beberapa kali je, dah masuk gol.


Faham tak apa yang aku maksudkan di sini? Maknanya walaupun dorang shoots banyak kali, tak bermakna dorang boleh sumbatkan gol. Eh korang kena tahu taw yang bola sepak ni macam-macam hal boleh berlaku walaupun perkara tersebut di luar jangkaan kita. Hehe :D


Even masa game Spain lawan German pun ada banyak kali peluang nak sumbat gol tapi sayang ~ Tak masuk-masuk jugak bola tue. Bengang aku. Pedro pulak bapak kedekut bola padahal masa tu Torres tak ada orang pun yang marking die. Hish ~ Nak nama popular lah bai ~ Biasalah tue =.="


Tapi kesian David Villa sebab budak-budak German marking die. Dia tak boleh nak bergerak sangat. Huhu. Dah lah nak sumbatkan gol pun tak boleh. Hailoh =.=" Apa-apa pun, David Villa I love youuuuuu ! Haha :D



Holland? Errr ~ Maaflah ~ Sepanjang FIFA berlangsung, aku tak pernah langsung tengok game Holland. Sebab apa? Sebab aku tak minat lah weh ! Haha :D Aah ~ Aku memang tak minat Holland. Titik ! :D


Tapi mak aku cakaplah ~ Holland menang sebab nasib jer. Sebab lawan-lawan die yang sebelum ini semuanya tak kuat. Heh? Entahlah ~ Mak aku yang cakap ok? Bukan aku. Haha ;D


Ok ok lah ~ Ini pandangan aku. Jangan tanya aku sokong sape sebab sudah semestinya aku sokong Spain ok? Spain di hatikuuuuuuuu ~ :D


Sekarang ini aku musykil dan agak pening kepala. Cafe kat UiTM Dungun tutup pukul 11 malam. Game Final FIFA pulak pukul 2.30 pagi waktu Malaysia. Habis tu aku nak tengok Final kat mana weh ?!

Tolong aku !

You Might Also Like

17 comments