Jangan Buat Perkara Ini Dengan Aku

Saturday, July 10, 2010



  • Jangan tanya aku dah ada boyfriend ke tak.
Sebab aku tak tahu nak jawab macam mana. Walaupun aku boleh jawab ya atau tidak, tapi aku tetap tak boleh nak jawab. Lagipun aku rasa kau boleh nilai sendiri samada aku ni masih single atau double kan?


Kalau aku double, tak kan aku boleh main mesej, keluar dengan kawan-kawan lelaki aku, cakap telefon, chatting sesuka hati aku? Mestilah BF aku marah kan? Makanya ikut suke kau lah nak anggap aku ni single atau double. Aku tak kisah :)


  • Jangan tanya aku sayang kau ke tak.
Sebab aku rasa macam malas nak jawab. Kalau aku sayang dekat kau, aku akan cakap straight forward jer. Tak payah kau nanti-nantikan. Aku rasa aku nak cakap, aku cakap je lah ~ Kadang-kadang aku pun dapat rasa kau tak expect kan yang aku cakap aku sayang dekat kau? Hehe :D


Jenis aku, aku jenis yang straight forward dalam sesetengah hal. Kalau aku rasa aku nak cakap, aku cakap jer. Jangan bimbang. Aku memang sayang dekat kau cuma lambat atau cepat je aku nak bagitahu pasal nie :)


  • Jangan tanya aku cintakan kau ke tak.
Sebab aku rasa fobia. Aah. Aku rasa fobia. Dulu aku pernah ucapkan 143 dekat orang yang aku sayang. Memang lah suke weh ~ Tapi aku silap. Rupa-rupanya aku ditipu. Bukan sekali tapi aku rasa banyak kali kot.


Kalau aku cakap 143 dekat kau, maknanya aku betul-betul maksudkan. Dan masa tu kalau kau nak lompat setinggi mana pun, kau lompatlah. Aku tak kisah. Yang penting, aku dah cakap ayat keramat 143 tue. Cuma buat masa ini, mulut aku sangat-sangat berat nak ucapkan 143 tue. Aku harap kau faham :)


  • Jangan tanya aku sanggup tunggu kau ke tak.
Sebab aku rasa sedih. Dulu aku cakap aku sanggup tunggu orang yang paling aku sayang. Bila aku cakap macam tue, die pergi tinggalkan aku selama setahun lebih. Aku tunggu die tanpa putus asa.


Sampai satu ketika, aku ditipu. Die dah ada GF lain. Macam bodoh kan aku tunggu die? Kalau aku sanggup tunggu kau, aku akan tunggu. Tapi kalau tak, aku mintak maaf =.=


  • Jangan tanya aku rindu kau ke tak.
Sebab aku rasa takut nak cakap. Kalau aku betul-betul rindu kau pun, aku akan senyapkan je. Aku akan pendam dalam hati. Kalau aku rindu dengan kau sangat-sangat, kadang-kadang je aku akan bagitahu dekat kau. Aku rasa kau dah tahu kan? :)


Dan akhir sekali,


  • Jangan pergi dari aku
Sebab aku tak suka. Kau bagi semangat dekat aku selama ini. Kau lah yang sanggup call aku, mesej aku tiap-tiap hari tanpa jemu. Kau lah yang buat aku happy dan kau jugaklah yang buat aku marah. Walaupun kau dah ada GF, aku tahu masih ada sikit lagi tempat untuk aku di hati kau kan sebagai kawan kau yang paling rapat dengan kau kan?


Dedicated special to someone that I care so much ~

You Might Also Like

13 comments