[Topik] Masa Depan atau Kawan-kawan?

By Mysara Newrie - Friday, January 21, 2011



Salam Malam ini sebelum aku dengan kawan-kawan aku nak pergi buat Kek Batik kejap lagi, makanya aku nak ajak korang bercakap pasal sesuatu nie. Hehe :)


Baru-baru ini budak-budak group aku digemparkan dengan semua orang tukar group dan hanya tinggal 14 orang sahaja dalam kelas dan menyebabkan kelas aku tak boleh nak bukak. Tapi alhamdulillah ~ Sekarang ini masalah semua tu dah selesai dah :)


Masa depan dan kawan? Mana satu lebih penting? Satu persoalan yang betul-betul menyerabutkan fikirannn ! -.-"


Kalau kita pilih kawan-kawan, korang boleh jamin ke yang kawan-kawan tu akan sentiasa ada berada di sisi korang masa korang jatuh atau gagal dalam hidup? Memang lah ada tapi bilangan tu sikit dan mungkin tak cukup untuk buat korang bersemangat.


Dan jika korang pilih kawan-kawan, belum tentu korang akan berjaya sama seperti kawan-kawan korang tu. Contohnya macam ni, kalau kawan-kawan korang dapat dekan dalam final, tak semestinya kau pun akan dapat dekan. Get it? :)


Lepas tu kalau kawan-kawan korang berjaya dan memerlukan dia untuk buat satu keputusan yang menyebabkan korang akan berpisah, kau fikir kawan-kawan korang akan stay dan akan hidup semati dengan korang je? Arghh ~ Tak kan punya. Mestilah kawan korang tu akan buat keputusan yang lebih baik demi masa depan die berbanding demi persahabatan


Contohnya macam aku lahhh. Dulu masa aku dapat tawaran masuk SBP aku serba salah sebenarnya nak tinggalkan TMS sebab aku dah sayang giler-giler dengan TMS dan masa tu pulak aku dah aktif dengan School Band. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku tinggalkan TMS dan masuk SBP sebab aku rasa SBP mungkin akan ajar aku untuk menghadapi kehidupan ini dengan lebih baik


Sebab tu aku cakap, masa depan sebenarnya lebih penting sebab itu akan mengajar korang untuk keluar dari comfort zone dan mencuba sesuatu yang baru. Yelahhh ~ Tak kan selama-lamanya kau nak duduk dengan apa yang kau suka kan? Sekali sekala mencuba dan mengambil risiko, best jugak ! Haha :D


Tapi kalau fikir dari segi kawan-kawan pulak, kawan-kawanlah orang yang paling rapat dengan kehidupan korang. Kawan-kawan dapat support korang time susah dan senang. Kawan-kawan jugaklah peneman korang yang dapat mencorakkan kehidupan korang lebih beerti. Chewaaah ! Haha ;D



Sebenarnya kawan-kawan jugak memainkan peranan penting dalam masa depan korang. Yelahh ~ Kawann-kawan dapat support korang kalau korang rasa kecewa atau sedih. Kawan-kawan kornag jugak lah yang akan tolong korang kalau korang ada kesusahan kan? Kadang-kadang kawan-kawan jugak ada yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan seseorang itu :)


Haaaaaaaaaa ~ Kan dah pening? Haha ;D Padan muka korang ! :D



Bagi aku kan, masa depan dan kawan-kawan adalah sama penting tapi masa depan lebih penting dari kawan-kawan. Dah pening? Padan muka ! Haha :D


Kalau kau fikir masa depan je, maybe hidup korang akan diselubungi dengan gelap dan suram je. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia memang suka bergaul dan bersosial sesama sendiri mereka. So kenalah ada kawan-kawan kan?


Sebaliknya, kalau fikir kawan-kawan, tak boleh jadi jugak sebab kawan-kawan tak selama-lamanya ada dengan kita. Kalau kawan-kawan kita berjaya, mereka pasti akan tinggalkan kita demi masa depan mereka. Lagipun, masa depan kita sendiri lebih penting demi mencapai semua impian dan cita-cita kita dalam hidup


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Apa pendapat korang dalam hal nie?

Masa depan ATAU kawan-kawan?


p/s : Kepada kawan-kawan aku yang dalam dilema nak masuk B atau H, korang fikirlah baik-baik sepertimana aku cakap masa kat Cafe Kapas ari tue. Tak kisah lah mana-mana pun, asalkan kita kawan selamanyaaa ! ;D

  • Share:

You Might Also Like

6 comments